Tuesday, August 3, 2010

bandung (1st day)

~tuhan beri aku cinta~

ok, entry ini tiada kene mengena dengan ayat di atas...entry kali nih nak citer pasal perjalanan masa kat bandung minggu lepas..owh, cerita sudah basi berkulat, tapi baru nak publish kat sini..bukan sengaja melewat2kan entry ini, tapi sebenarnya masih mencari ruang untuk menconteng-conteng kat blog kesayangan ini

ok, jom kite review macam mana keadaan semasa menshoppingkan diri untuk barang-barang kawen semasa berada di sana


1st day bandung (20 julai 2010)


b4 ke sana, mengira-ngira duit yang ada kat dalam bank..errkk..cukup ke yerk untuk membeli segala persiapan kawen kat sana..yang ada kat dalam kepala otak untuk waktu itu, yang WAJIB dan PASTI perlu menyetelkan :

doorgift tunang
doorgift kawen
baju nikah
baju sanding
baju bertandang
kartu undangan

ok, so disebabkan semua bende ini adalah BAJET SDN BHD tanpa dibantu oleh mana-mana loan, maka semua benda harus berjimat...setelah dikira-kira..di tolak di tambah di bahagi dan di darab


(barang-barang wajib bawak)


maka kami berdua (ira + jelan) telah bersetuju menukar sebanyak RM10k...huhuh..banyak nye..half-half..so kalau tak cukup nanti pandai-pandai lar masa kat sana..

takut gak masa bawak duit bebanyak dalam beg masa kat sana..rasa tak secure, so ira pun pk, tak lew bawak handbag, lagi bahaya, so terus tukar barang2 dari handbag ke beg sandang..so agak secure sikit..

ok, mari meneruskan perjalanan, kul 5 pagi dah bangun, siap2 mandi semua, dalam kul 6 pagi dah gerak menuju ke LCCT, malaysia..

sampai sana dalam kul 7 lebih, siap segala cek in ape semua dalam kul 8 lebih..so masa tuh perut dah menyanyi-nyanyi..ape lagi, kitaorang pun pergi lar mengalas perut kat mc d..



dah kenyang semua, gerak nak masuk balai berlepas..owh, tetibe nampak chocolate lounge, disebabkan ira memang hantu choc, so terus terberenti kat situ..hahaha, nak amik gambar lew..


cepat-cepat naik..nanti kene tinggal..owh, masa nih kitaorang antara orang yang terakhir naik pesawat..haih..


setelah 2 jam dalam kapal terbang yang sempit itu..akhirnya kami selamat tibe ke airport bandung..masih seperti dulu..tak berubah pun..




hah, tengok tuh, sampai je, pak tarmidzi dah siap tunggu..siap ada nama lagi..

..welcome to bandung eira zainal..

bagus tul perkhidmatan zafiracar.com..sesapa yang nak ke bandung tuh..ira cadangkan 200%, gunalah perkhidmatan zafiracar..memang berbaloi-baloi..

caj perkhidmatan rp 400,000 (rm144) sehari..dari 8am to 9pm..memang puas lar berjalan..non stop..cakap je kite nak g mana..mesti dia bawak punye..



ok, destinasi pertama..mesti lar makan dulu..hehehe..asyik g makan je lar..lapar kot duk dalam kapal terbang..

KARAMBA salah satu restoran makanan sunda di bandung...bolew tahan lar sedapnye..tapi makanan malaysia lagi sedap kot..huhuhu..tempat dia bersih, siap ada surau lagi..so senang lar kalau kite nak solat..;)

masa kat bandung, ira memang tak berani nak makan kat kedai-kedai sebarangan kat tepi-tepi jalan tuh..takut terkene food poisoning..sebab perut ira nih tak tahan..so ira memang masuk restoran sahaja..bersih dan dijamin selamat..dari segi harga pun ok, tak berapa mahal..standart harga malaysia gak..3 orang makan = rp 80 000 (rm 28.80)


dah siap makan, tetibe lalu plak kat kedai kasut nih, so jelan lar sibuk nak singgah..harga kasut kat sini memang murah..berbeza dengan malaysia..alamak, dah lupe lar plak nama jalan kedai kasut nih..tapi dia kat area restorant karamba tuh..masa kat sini, jelan sempat membeli kasut futsal puma dengan harga rp 150 000 (rm 57.24) bezanya dengan malaysia..kat malaysia harga kasut tuh rm169..



ok, dah selamat membeli kasut, baru lar kitaorang check in hotel..di sebabkan sebelum nih pun ira memang dah biasa kat hotel unik, so kali nih pun ira check in kat hotel unik..

hotel dia ok lar..rate dia pun bolew tahan

bilik standart = rp 248 000 (rm 89.28) ada satu katil queen
bilik family = rp 348 000 (rm 125.28) ada satu single bed n satu katil queen

harga tuh untuk semalam + breakfast untuk 2 orang..kire ok lar..yang penting bersih..kalau tak bersih susah gak

hotel nih dekat ngan pasar baru..dalam 10 min naik kete ke pasar baru..kalau agak2 nak sewa hotel nih, juz cakap je kat pak tarmidzi dari zafiracar untuk tolong booking..kan senang, tak payah kite nak susah2 pikir


dah cek in, solat semua, siap-siap menuju ke destinasi seterusnya

first target : kartu undangan

disebabkan sebelum pergi ke bandung ira memang dah siap survey awal-awal kat mana tempat2 yang murah untuk kartu undangan, so tak de masalah sangat, ira juz arahkan supir untuk ke jalan astana..kalau bride to be yang nak g beli kad kawen yang cantik n murah, bolew lar g ke jalan astana...kat sana ada berderet2 kedai kad kawen..

tapi setelah berjalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai, ada 2 kedai yang menjadi pilihan hati

1. undangan milky

~kedai nih kite bolew beli min 10pc kad kawen hard cover dengan harga serendah rp 4000 (rm1.44) tapi dengan syarat kene DIY kad tuh..so kene print semua kat malaysia lar..tapi kalau nak suruh dia print sekali pun bolew, tak de masalah..tapi harga dah kire lain, kalau tak silap paling murah pun rp 9000 (rm 3.24) tapi harga tuh pun dikira murah berbanding di malaysia..

sebelum ira ke bandung, memang ira dah survey banyak kad kawen untuk hard cover nih kat malaysia..min order dia nak 500pc..n paling murah ira pernah jumpe rm4.50/pc..kalau kite nak sikit harga dia dah jadi mahal..ira try tanya untuk 100pc, kedai tuh lew bagi rm13.50..huh, jauhnya beza ngan kat bandung..

so masa kat sini, ira decide untuk amik 50pc je kat hard cover..juz for VIP..25pc untuk jelan and 25pc untuk ira..so ira akan print kad nih kat KL sebab jelan yang akan design sendiri kad tuh..so tinggal nak cari kedai untuk print je..;)

so masa kat sini harga kad ira
rp 4800 (rm1.73/pc)





antara contoh-contoh kad kawen hard cover yang ada kat sana..yang ira punya tak de lar kat atas nih..nanti tak surprise lar nanti kan


2. pusat kartu undangan modern invitation

ok, kedai nih pun ok gak dari segi harga, memula ira lebih minat design untuk kad hard cover kat sini, tapi min order kene 500pc = rp 9000/ pc..so tak jadi lar, dia tak lew untuk order sikit2..bile pikir2 balik nak buat pe kad hard cover banyak2..malas nak membazirkan duit, so kitaorang pun decide masa kat sini amik kad biasa je..ok lar, design dia pun not bad..

ira amik 1500pc, nanti half2 ngan jelan, so sorang dapat 750pc
harga kad ira = rp 850 (rm 0.30/pc)
murah kan??


ok, dah setel beli kad kawen, kita orang pun terus gerak g toko tiga..syurga jeans kat bandung..sesapa yang dah sampai bandung, WAJIB pergi kesini..huhuhu..kitaorang duk kat sini masuk tuh terang lagi, tetibe keluar alih2 dah gelap..menshoppingkan diri sampai dah tak ingat siang ke malam

masa kat sini, ira berjaya memborongkan diri membeli jeans untuk adik2..so rabak arr jugak rp 1 326 000 (rm 477.36) untuk 3 helai jeans levis n sehelai jeans lee..so purata sehelai jeans lebih kurang rm 100+- je..ok lar tuh..;)

dah penat berjalan, g singgah makan, pastuh balik hotel n tido..

ok, nanti ira sambung perjalanan cerita hari ke 2 plak ye

bye ;)

11 comments:

Emma said...

Salam ira..

tq for info psal kad kawin..ira beli kad hard cover tue yg kosong (x print lg) RM 1.73 sekeping kan. 50 keping ira beli tue berat x..agak2 bape kg ye? sy nk beli cam ira gak then print kt kl..tqsm!!

luvira said...

salam dear,

yup, kire +-rm 1.73 lar sekeping
tak sure lar berat dia..tapi rasanya dalam +- 5kg kot...

Anonymous said...

hye ira..first time baca ur blog ni..menarik sgt...

nak tanya la...kalau print di msia...dekat mana ya? ada ke tmpt yg murah? atau ira print sendiri?

luvira said...

hye, ira print sendiri jea...kalau u nak, i bolew tolong..juz send design ;)

Anonymous said...

hai ira, juz nak tanya psl hotel kat bandung...ok ker hotel unik tuh? selesa tak?

luvira said...

setakat nih ok lar hotel unik...tak mahal sangat, tapi selesa...bersih ;)

aleensya said...

salam kak ira.. finally, dpt gak info yg sgt best. U really help me out =) several things 2 ask: card 15OO pcs tue akk bw blk sdiri or pos? berat bpe kg tue? klu pos, kt mane? nk print kt sini blh pki servis akk? Huu...

luvira said...

aleensya : seme card akak bawak sendiri balik malaysia n print sendiri di malaysia...

berat tuh dah tak ingat lar dear, tak bolew nak agak bape berat dia...tapi kalau aleen nak pos, rasanya org kedai tuh bolew tolong pos kan...cube la tanya bape kos pos...

bolew je kalau nak print ngan akak...sebab husband akak memang freelance buat printing service...kalau nak suh print bunting n banner pon bolew gak...

juz anything u want to ask, juz email je : aienadhira@gmail.com ;)

diekha permana said...

Assalamualaikum Wr.Wb.Tuan / Puan
Diekha tour menyediakan Khidmat Transport Di Bandung &
Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra,jujur, dan peramah

Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu +Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam
pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat)270RM


Mengenai untuk
pengesahan tempahan
kereta kita perlu maklumat
penerbangan anda /
nombor atau nama hotel di
mana anda tinggal di
Bandung. Kami tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan
menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.

Jika anda mempunyai
sebarang soalan, jangan
teragak-agak untuk
menghubungi saya melalui
e-mel atau sms panggilan.
diekha38@gmail.com
+6281 320 627 412
CALL / hubungi / sms /
whatsapp / konsultasi percuma
FB.. pusing pusing bandoeng
terimakasih

diekha permana said...

Assalamualaikum Wr.Wb.Tuan / Puan
Diekha tour menyediakan Khidmat Transport Di Bandung &
Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra,jujur, dan peramah

Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu +Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam
pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat)270RM


Mengenai untuk
pengesahan tempahan
kereta kita perlu maklumat
penerbangan anda /
nombor atau nama hotel di
mana anda tinggal di
Bandung. Kami tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan
menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.

Jika anda mempunyai
sebarang soalan, jangan
teragak-agak untuk
menghubungi saya melalui
e-mel atau sms panggilan.
diekha38@gmail.com
+6281 320 627 412
CALL / hubungi / sms /
whatsapp / konsultasi percuma
FB.. pusing pusing bandoeng
terimakasih

hana said...

salam kak..
sy nk bli kad kosng jgk rncng je..
tp nk tau rate print dgn akak cmne ye??
snang nk kre bajet ni..
huhuh..
ni emel sy sharifatul_hana@yahoo.com
hrp sgt akk rspon...
tq