Pages

26 October 2016

review : Set Berpantang Amway Tropical Herbs


ok, ari nih aku nak review pasal set bersalin yang aku pakai masa pantang kali nih…
set bersalin AMWAY

setelah beberapa kajian dibuat..cewaah, siap buat kajian tuh, aku google jelah kan…tengok set pantang mana yang elok, aku tengok review set AMWAY ni ramai gak orang gune n bagitau ok…
so aku pon decide untuk beli lah set bersalin ni (pastuh tak memasal aku jadi ahli amway sebab nak beli dengan harga ahli la kononnye) OK, pasnih kalau korang berminat nak beli set pantang nih boleh lew order ngan aku, aku bagi harga special punye…boleh roger terus 019-5205540 or g je kat website : www.dolceryna.com … eh, dah kenapa promote barang plak nih, aku nak review barang…wakaka, ok dah mula melalut bende lain...

hah, memula kite tgk ape yang ada dalam box ni


Untuk dimakan:
10 uncang x Teh Herba
60 kapsul herba x Lepas Bersalin 1
80 kapsul herba x Lepas Bersalin 2

Untuk kegunaan luaran:
20 uncang x Herba Pembersih Wanita
20 uncang x Herba Mandian
20 paket x Campuran Peramping Perut (param)
15 paket x Campuran Penghangat Badan
15 paket x Campuran Penenang (pilis)
1 botol 60ml x Minyak Bayi (minyak telon)
1 botol 60ml x Minyak Urut Herba (untuk Ibu)
1 x Bengkung Lepas Bersalin FREE



1. Teh Herba: 
Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.

Arahan:-
Ini boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-9 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Letak satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu, jika mahu.

Review :
bagi aku yang sangat2 memilih makan n minum nih, aku boleh telan air the herba nih…memula aku macam was2…boleh ke tak boleh aku telan nih…mind set aku, herba kompem pahit n tak sedap…tapi bile dah try, eh, ok je rasa dia…macam teh biasa je…TAPI dengan syarat ko kene tambah madu baru sedap…tapi kalau ko jenis yang tak kisah makan herba pahit2 tu, ko boleh minum begitu sahaja… 

owh ye, sile minum SELEPAS anak anda disahkan BEBAS dari penyakit KUNING…jangan minum selagi ada kuning ye…nanti kesian kat baby...




2. Pil Lepas bersalin 1
Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi
• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Arahan:-
Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.

Review :
yang nih aku try memang boleh jadi milk booster…tapi aku memang jenis culas makan ubat or pil2 yang seangkatan dengannye…time aku ingat aku makan, time tak ingat aku xmakan…so jangan jadi macam aku…



3. Pil lepas bersalin 2: 
Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.

Arahan:-
Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.

Review :
maaf yang nih aku tak makan sebabnya yang no 1 pon tak abis lagiapehal lah teruk sangat aku nihso sila jangan jadi mcm aku tau 



4. Herba pembersih wanita: 
Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan.
• Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
• Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
• Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Arahan:-
Guna produk pada hari ke-1 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.

Review :
bende alah ni dah pack dalam uncang…so ko letak dalam air panas pastu letak je dalam bilik air…setiap kali ko buang air kecil tu, ko basuh la dengan air herba nih…bagi aku baguslah sebab dia elakkan kuman2 merebak, n yang palinf penting cepat sembuhkan luka kat bahagian bawah tuh...



5. Herba Mandian: 
Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
• Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
• Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
• Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.

Arahan:-
Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyedia:
• Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
• Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
• Guna sebagai air mandian.

Review :
yang nih pon dia dalam bentuk uncang…dah panaskan dengan air panas tuh, ko campur ngan air biasa…aku suke mandi air herba nih sebab badan rasa segar gitu…kalau ko lesu ke kan, boleh lew ko pakai…bagus nih mandi air herba



6. Campuran Peramping Perut (Tapel): 
Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
• Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
• Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.
*JIKA BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN, DIGUNAKAN SELEPAS SEBULAN.


7. Campuran Penghangat Badan (Param): 
Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki.
• Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke
kulit.
• Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti
ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.


8. Campuran Penenang (Pilis): 
Menenang dan menyamankan dahi.
• Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
• Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur
dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi,
elakkan kawasan mata.

Review untuk 3 produk atas ni :
aku pakai 3 bende ni sekali gusn aku hanya pakai time aku berurut and masa mak mentua aku ada je sebabnya tak de orang nak sapukan kat seluruh badan aku..(ok tu alasan) 
yang sebenarnye aku malas nak kene mandi lepas dah sapu bende ni satu badan…satu je aku suke masa pakai ni badan ko rasa berangin je sedap...


9. Minyak Urut Herba: 
Menyingkirkan angin dan merehatkan badan.
Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
• Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
• Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.

Review :
bende pertama yang abis…huhuhu…sebabnya mak bidan buat jadi minyak urut aku satu badan…result dia, badan jadi segar…fresh gitu



10. Minyak Bayi: 
Melegakan angin dan kembung
Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
• Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
• Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
• Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
• Menyamankan kulit bayi.
• Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada perut bayi. Sapu setiap pagi dan petang selepas mandi.

Review :
aku jadikan sebagai minyak telonbau dia pon wangi jeni kalau nak beli ngan aku pon bolehsebab aku ada jualRM28 je sebotolmemang sedap pakaibukan setakat aqyl yang pakai, tapi ngan mak pak akak dia semua gunehuhuhukalau nak beli boleh roger tau019-5205540..akak sedia membantu gitu :)



hah gitulah ceritanya pasal set berpantang aku kali nih…
owh lupe nak bagitau, kalau ko beli set pantang dari amway ni, nanti dapat FREE BENGKUNG tau…korang mesti suke barang free nih kan?? dan lagi, kalau beli ngan aku, aku bagi lagi satu bende FREE, bedak FREE…bagus untuk seisi keluarga…dan lagi…FREE POSTAGE…haaa…suke tak??kalau suke order ngan aku tau…wakakaka…

eh nak bagitau bengkung dia tahan lama tau…sebab aku dah gune bengkung brand amway nih dari zaman alysa…n bengkung tuh dari bos aku…bos aku bagi sebab dia kata dia dah tak beranak dah…n dia dah gune bengkung tuh untuk 6 orang anak adia…haaa, 6 + 3…dah 9 kali gune…anak sulong bos aku tuh dah bape belas tahun tah…so usia bengkung tuh pon dah lama…pastuh plak kali nih aku beli satu set nih dapat bengkung…so aku ada dua bengkung la…huhuhu…so kali nih aku tukar2 la kejap pakai yang lama kejap pakai yang baru…hihihi..

ok lah…sekian sahaja review aku kali nih…
owh nak iklan lagi sekali, kalau nak beli set nih roger je aku tau…harga special i bagi u all seme :)
save terus no auk nib…019-5205540

tak pon kalau korang nak beli barang2 baby terus je pegi kat www.dolceryna.com
tips : korang sign in terus boleh nampak harga terlajak murah…kalau tak sign in harga gitu2 jelah…

ok bye

No comments:

♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com