Saturday, October 27, 2012

homemade vs instant??

alahai, topik nih memang hangat lar...sebagai seorang mama, aku mesti nak yang terbaik untuk alysa...tak kire dalam ape bende segi sekalipon...

dulu, masa alysa mula celik mata lahir ke dunia, ramai orang mempertikaikan,
" kenapa tak bagi susu FM??"
" ehh, cukup ke susu ko tuh??"
" ko tuh da la kurus kering, ada zat ke nanti bagi susu kat alysa?"
" apesal lar nak susah2 pam susu, bagi FM kan senang"
" ehh, bagi la air masak kat alysa, haus dia tu"
" alysa dah 4 bulan kan, badan halus je, masuk lar nestum dalam susu, mesti badan debab"
dan bla...bla...bla

(hasil perahan 24/10/2012)

ok, soal susu skang dah selesai...aku berjaya fully breastfeed alysa sampai 6 bulan...semuanya sebab sokongan dari suami dan family tersayang...alhamdullah, rezeki untuk alysa...hak untuk alysa pon mama dah tunaikan...semoga menjadi anak yang bijak sayang :)


sekarang nih, masa untuk alysa makan...sama jugak...bile aku nak beli peralatan untuk memasak, ada jer suara-suara berbunyi...

" elew, anak first, biasalar tuh, 2 3 minggu je rajin, pastuh bagi la instant"
" kenapa la nak susah2 bangun pagi masak, ko bagi je nestum, kan senang"
" kenapa tak bagi nasi??kenyang ke alysa makan buah je"
dan bla...bla...bla



Haih, ko ingat senang aku nak melalui semua itu??alahai,lebih2 lagi kalau suara yang berbunyi itu adalah di kalangan kaum saudaraterdekat…tapi aku pekakkan je telinga…buat macam tak dengar ape2…aku yangdulunya malas, boleh jadi rajin sebab anak…ok, alysa telah ubah mama jadirajin..tq alysa J …walau macam mana penat pun, makanan alysa tetap mama sediakan, sampaikan papa pondh mula mengomel, “asek2 anak…asek2 anak…anak makan sedap je hari2…” (tapi papabest, sebab dia yg byk support mama)

Masa raya ari tuh, bile aku g umah orang, sibuk orang nakmenyuap kuih raya lar, itu la, ini lah…nasib baik papa ada…papa yang banyak menghalang…TQpapa sebab protect alysa…

bile kitaorang cakap, “eh, alysa kecik lagi, tak boleh makantuh”
dorang cakap : elew, dulu korang kecik2 pun, inilah yangkorang telan, sihat je sampai skang”

ok, kadang2 aku terkedu, nak melawan, cakap orang tua…sojalan terbaik, amik je alysa dah bawak g jauh dari tempat tuh, dengan alsan,alysa nak susu…


(breakfast time)

cume sejak akhir2 nih, aku dah ada cara terbaik untukprotect alysa, ayat power aku..
“ehh, jangan suap alysa sebarangan…dia nih allergic kalauinstant food, nanti abis merah2 muka dia”

Orang kata, cakap ibu adalah doa…aku bukan sengaja nak tipuorang, tapi memang aku perhatikan, alysa akan mula naik ruam kalau makan nestumor sesetengah food…so aku tak nak anak aku tanggung risiko yang besardisebabkan kesalahan orang lain…owwhh, tidak!!!


(walaupon keluar jalan2, makanan untuk anak mama tetap diutamakan)

Sekarang, alysa dah 8 bulan, bermakna dah 2 bulan alysamakan solid food air tangan mama (erkk, ada la aku sumbat dia nestum 2 3 kalimasa aku g bandung ari tuh, n masa aku mula2 start bagi dia makan…sorry alysa)dan suara2 yang berbunyi tuh dah mula faham kenapa aku buat macam tuh untukalysa…sekarang, aku plak mampu tersenyum bangga kalau mulut2 yang bising dulutuh, mula memuji pengorbanan aku untuk alysa…segalanya untuk alysa…

Insyaallah, mama akan berusaha untuk alysa mendapat yang terbaik…bukan untuk alysa sorang, tapi untuk semua bakal anak-anak mama…insyaallah…J

4 comments:

erna said...

LIKE this entry ira! teruskan perjuangan...

P . J . A . A . M . I . R said...

good job mama.. kuatkan usaha.. semalam aku pi holiday.. xtau mne nak cekau nasi insyirah utk ari ahad tu.. last2 aku amik plain porridge mse breakfast kt hotel.. naseb plain dia btol2 plain tanpa perasa or garam.. hihi.. waiter kt hotel tu tgk je.. siap bwk msk bekas utk bekalan.. janji anak aku mkn..

joeayu said...

saya salute dgn ira. sy pun bersemangat nak bg solid food dr air tgn sendiri. teruskan usaha ira. segalanya untuk anak.

Mommy_Cha said...

air tangan ibu adalah yg terbaik!