Pages

30 November 2011

Baby Kiko Warehouse Clearance



dah baca iklan kat atas??

so, ape tunggu lagi???



moh kite serbu!!!

29 November 2011

si kecil ;)


teaser lar dulu

review??nanti dulu ehh...bz nih baru masuk opis ;)
bye

26 November 2011

Pureen Stock Clearance Promotion (December 2011)



sila baca betul-betul...
CLEARANCE STOCK

selalunye klu clearance nih mesti murah kan??
so apelagi??

25 November 2011

detail scan : part 2

semalam buat survey berkenaan detail scan for baby...so here we are~~~

Klinik : Pusat Perubatan Naluri Sdn Bhd.
Lokasi :
No. 94, Jalan 1/27F
Pusat Bandar Wangsa Maju,
Kuala Lumpur
53300 Wilayah Persekutuan.
Tel : 03-4143 3633

Rate : rm 250
Hanya bayaran consultation sahaja, tak termasuk CD...ceh, bayar kemain mahal, tapi tak dapat pape...bile eira tanya nak gamba n CD video macam ne, dia cakap, kene amik sendiri gune HP or kamera...so REJECT

Klinik : Kampung Baru Medical Centre (KBMC)
Lokasi :
No. 85, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26931007

Rate : rm 200
Dapat semua lengkap, CD and gamba...TAPI next appoinment pada 19/12/2011...masa tu rasanya macam dah lambat sangat je...ira pon dah 30 week kot...so REJECT lagi


Klinik : Gombak Medical Centre
Lokasi :
No. 1, 1A, 3& 3A JALAN 3/16,
TAMAN SRI GOMBAK,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-61892829

Rate : bermula dari rm200

Hanya bayaran consultation sahaja, kalau nak CD kene tambah rm10...so macam ok lar kan, ingat nak g kat sini jea, tapi masih dalam pertimbangan lagi, next appoinment 27/11/2011...so termasuk dalam senarai, tapi masalahnye plak, ira ada kelas pada hari ahad tuh...so 50-50 lagi


Klinik : Pusat Pakar Wanita Medina

Lokasi : sebelah highway MRR2, dekat dengan Satay Samuri, Taman Melati

Rate : bermula dari rm150

Hanya bayaran consultation sahaja, kalau nak CD kene tambah rm10...tak payah buat appoinment, hanya walk in sahaja, setiap hari dari pukul 1 petang - 8 malam...ok, macam ini pilihan yang tepat...bile2 masa sahaja bolew pegi...so agak2 free je terus angkat kaki dan pegi ;)



Klinik : Hospital Pakar An- Nur
Lokasi :

No 14 & 16, Medan pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi
No Tel : 03-89266060

Rate : rm 200
Dapat semua lengkap, CD and gamba... next appoinment pada 29/11/2011...ni pon ok gak, TAPI macam jauh la plak dari rumah…huhuhu…


Kesimpulannye :

Tak sure lagi samada nak g Klinik Pakar Wanita Medina or Hospital Pakar An-Nur…nanti pape ira update lagi yea…k buibye

24 November 2011

detail scan

ingat lagi tak entry nih??pasal 3d/4d scan baby??

Masih lagi dalam pertimbangan, nak buat ke tak nak details scan???meh kite tengok sikit2 tentang details scan nih...ira copy paste je dari google...


ape pendapat mommy yang lain??perlu ke tak buat detail scan??korang ada pengalaman tak??



Skan ultrasound pada minggu ke-18 sampai ke-23

Kebanyakan wanita diberikan skan ultrasound terperinci kira-kira pada 20 minggu kehamilan untuk memeriksa jika ada sebarang masalah struktur atau kecacatan bayi semasa lahir. Selalunya ini dinamakan skan anomali fetus dan digunakan juga untuk memeriksa posisi plasenta.

Melihat bayi anda terpapar di skrin adalah masa yang sangat emosional dan menggembirakan. Kebanyakan pasangan mahu mengetahui jantina bayi merekadan mahu menyimpan beberapa gambar. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk beringat bahawa tujuan utama skan ini ialah untuk mengenal pasti sebarang keabnormalan.

Adakah saya perlu menjalani skan minggu ke-20 ini?

Ini adalah skan yang paling penting untuk sepanjang tempoh kehamilan sebab ia akan mengenal pasti sebarang masalah struktur yang ada pada bayi anda. Bagi kebanyakan orang, ini akan meyakinkan anda bahawa bayi anda adalah normal. Walau bagaimanapun, semua skan ultrasound, juga dikenali sebagai skan ultrabunyi, adalah merupakan pilihan opsyenal.

Apakah yang saya dapat lihat?

Kebanyakan tempat akan membenarkan anda melihat bayi anda semasa skan dijalankan. Jika anda belum lagi menjalani skan, doktor akan memeriksa sama ada terdapat seorang bayi sahaja dan memastikan tarikh bersalin anda. Dia akan menunjukkan denyutan jantung dan bahagian bayi yang lain seperti muka dan tangan(lihat imej dibawah) sebelum pemeriksaan lebih terperinci dibuat. Skan akan mengambil masa kira-kira 15-20 minit.

Muka dan tangan bayi pada minggu ke-20 gestasi





Apakah dikaji dalam skan 20 minggu kehamilan ini?

Organ dalaman bayi anda akan dikaji secara keratan rentas dan ini agak sukar difahami oleh anda. Dalam skan itu, tulang akan berwarna putih, cecair berwarna hitam dan tisu-tisu lembut berwarna kelabu dan berbintik.

• Selalunya kepala akan diteliti dahulu dari segi bentuk dan struktur dalaman dan juga otak. Sesetengah masalah otak yang serius boleh dikesan pada peringkat ini. Doktor akan memeriksa wajah bayi untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang lekuk pada bibirnya, tetapi rekah pada lelangit di dalam mulut bayi (cleft palate) agak sukar untuk dilihat dan selalunya tidak dapat dikesan semasa skan.

Tulang belakang diperiksa dari perspektif panjang dan juga secara melintang untuk memastikan semua vertebra adalah tersusun dan sejajar, dan tulang serta bahagian belakang diselubungi kulit sepenuhnya. Dinding abdomen bayi juga diperiksa untuk menentukan ianya menutupi semua organ dalaman di bahagian hadapan.

Jantung diperiksa untuk mengetahui saiz dan bentuknya. Dua ruang jantung sebelah atas atau "atrium" dan dua ruang bawah atau "ventrikel" mesti mempunyai saiz yang sama dan injap mesti boleh membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung. Sesetengah doktor menjalankan skan jantung yang lebih terperinci untuk mengkaji salur-salur darah utama. Sama ada hospital anda menyediakan skan yang lebih terperinci ini atau tidak, tergantung kepada kualiti mesin ultrasound yang ada, jumlah masa bagi setiap satu skan dan sama ada doktor mempunyai latihan khas untuk menjalankannya.

Perut yang terletak di bawah jantung, boleh dilihat. Bayi anda sudah tentu telah menelan sedikit cecair amnion yang mengelilinginya, dan ini dilihat seperti buih hitam di dalam perut.

• Doktor akan memastikan bahawa bayi anda mempunyai dua ginjal, dan pengaliran urinnya ke pundi kencing berjalan dengan lancar. Jika didapati yang pundi kencing kosong bila menjalankan skan, anda akan dapat memerhati dan melihat pundi beransur-ansur menjadi penuh dengan mudah – sebenarnya pada masa ini, bayi anda sudah mula membuang air kecil kira-kira setengah jam sekali untuk beberapa bulan!

Tangan dan kaki diperiksa, dan jari-jari dan ibu jari diperiksa tetapi tidak dikira bilangannya.

Plasenta, tali pusat dan cecair amnion semuanya diperiksa.

Plasenta akan terletak sama ada di bahagian hadapan atau belakang dinding rahim anda, selalunya berhampiran bahagian atas (atau fundus) jadi ia dinyatakan sebagai "fundal" dalam laporan imbasan anda. Ia selalunya dinyatakan sebagai "rendah" sebab ia menghala ke bawah atau menutup leher rahim (serviks). Jika plasenta anda rendah, satu lagi skan akan dijalankan pada trimester ketiga, yang mana kebanyakan plasenta telah berpisah daripada serviks. (Baca dengan lebih lanjut mengenai plasenta rendah.)

Tiga saluran darah dalam tali pusat dapat dikesan tetapi ini selalunya tidak dilakukan secara rutin. Pada masa ini adalah penting cecair amnion itu cukup untuk mengelilingi bayi sebab ini membolehkannya bergerak bebas.

Apakah perkara-perkara lain yang perlu diperiksa?

Jika anda mempunyai sejarah perlahiran pramatang atau keguguran, satu skan untuk mengukur kepanjangan serviks mungkin akan dijalankan.

Apakah yang diukur semasa imbasan 20 minggu kehamilan ini?

Ukuran lilitan (HC) dan diameter (diameter biparietal atau BPD) kepala bayi anda diambil bersama dengan lilitan abdomen (AC) berserta tulang femur atau paha (FL). Ini bertujuan memastikan bayi anda berkembang dengan normal dan saiznya bersesuaian dengan tarikh yang diberikan semasa skan pentarikhan. Selepas skan pertama di trimester kedua, jika terdapat perselisihan lebih daripada tujuh hari antara tarikh bersalin skan dan tarikh mengikut haid terakhir (LMP), maka, tarikh skan akan digunakan bermula dari masa ini.

Apakah keabnormalan yang dapat dikesan semasa skan 20 minggu kehamilan?

Kira-kira separuh daripada keabnormalan utama boleh dilihat semasa skan ini dan yang separuhnya tidak dapat dilihat. Jadi, walaupun skan anda adalah normal, terdapat juga kemungkinan yang bayi anda ada menghidapi sesuatu masalah.

Maklumat berikut, yang diterbitkan oleh Kolej Diraja Pakar Obstretik dan Ginekologi UK, menunjukkan kemungkinan untuk mengesan keabnormalan-keabnormalan yang serius semasa skan 20 minggu kehamilan. Namun begitu, sebenarnya, amat jarang berlaku masalah-masalah ini.

• Anensefali (ketiadaan bahagian atas kepala) - 99 peratus.
• Eksomfalos /gastroschisis (kecacatan pada dinding abdomen) - 90 peratus.
• Keabnormalan utama tangan dan kaki (ketiadaan atau tangan atau kaki atau terlalu pendek) - 90 peratus.
Spina bifida (tulang belakang rekah) - 90 peratus.
• Masalah ginjal serius (ketiadaan atau ginjal yang abnormal) - 85 peratus.
Hernia diafragma (lubang pada otot di sempadan dada dan abdomen) - 60 peratus.
• Hidrosefalus (cecair berlebihan dalam otak) - 60 peratus.
Sindrom Down (sesetengah bayi Sindrom Down mungkin mempunyai masalah jantung atau usus yang boleh dilihat semasa skan) - 40 peratus.
• Masalah jantung serius (kecacatan pada ruang jantung, injap atau saluran) - 25 peratus.
• Autisme – tidak dapat dikesan.
• Palsi serebrum – tidak dapat dikesan.

Sesetengah masalah termasuk kecacatan jantung dan masalah berhubung usus tersumbat, mungkin tidak dapat dilihat sehinggalah di peringkat akhir kehamilan.

Apakah penanda-penanda ultrasound atau ultrabunyi?

Penanda ultrasound atau ultrabunyi yang kadang-kala dikenali sebagai ‘penanda-penanda lemah', adalah pelencongan-pelencongan kecil pada anatomi normal yang dilihat dalam skan. Kadang-kala ia dikaitkan dengan keabnormalan kromosom yang tertentu. Walau bagaimanapun, keabnormalan kromosom hanya boleh didiagnosis dengan tepat dengan CVS atau amniosentesis.

Penting untuk diingati bahawa kebanyakan bayi normal juga memperlihatkan penanda tertentu, yang selalunya hilang dalam beberapa minggu. Walaupun begitu, penemuan penanda semasa skan boleh menyebabkan ibu bapa berasa sangat bimbang dan takut.

Bagaimana jika terdapat tanda-tanda masalah?

Jika suatu masalah dikenal pasti atau disyaki, anda akan dimaklumkan dengan segera. Doktor anda akan mencadangkan satu temu janji untuk menjalani satu lagi skan dengan pakar perubatan fetus. Kira-kira 15 peratus skan perlu diulang atas pelbagai sebab, walaupun kebanyakan masalah yang memerlukan skan semula tidaklah serius. Jika masalah jantung disyaki, anda akan dirujuk untuk skan terperinci jantung bayi yang dikenali sebagai ekokardiogram fetus.

Jika masalah tersebut tidak serius, anda diberi kesempatan bagi membincangkan semua pilihan yang terbuka. Antaranya ialah sama ada membuat pembedahan atau rawatan selepas bayi dilahirkan, atau membuat pembedahan semasa bayi masih di dalam rahim. Untuk ini anda akan disokong oleh satu pasukan yang terdiri daripada bidan, pakar obstetrik, pakar bedah dan pakar bius. Kemudahan ini boleh didapati di kebanyakan hospital atau unit pengajaran perubatan di Malaysia. Terdapat juga beberapa pusat swasta yang menyediakan kepakaran tersebut. Walau bagaimanapun, ia adalah sangat mahal. Tanyalah pakar obstretik anda dan minta dia mengesyor atau merujukkan anda kepada pakar yang sesuai.

23 November 2011

Bb makin nakal!!!

Bb da semakin kerap menendang...huiissshhh,seronok tul dia main2 kat dalam tuh...pastu Bb mcm suke sangat nk geletek2 mama tau...geli ok...kadang2 tuh,mama tgh meeting,masa tuh la dia nak main geli geli...adoi,tak senang duduk mama...tepuk2 sikit suh dia benti main...tp degil ni yea,hepi sgt ke or bosan dengar mama meeting???

Pastuh bb suke sangat masa time mama nak tido...aip,biasa ni main2 masa tgh2 mlm...nti bile da keluar behave sikit ye...tido waktu malam,main waktu siang...jangan nak twist masa mama plak...

Skang sangat2 tak selesa...perut da semakin membesar,nak tido pon asek tak lene je...nak tido meniarap mmg kompem la tak bolew,tido mengiring plak rasa tak selesa, so kene tdo telentang..adoi,ira plak mmg tk biasa tdo telentang..so slalu sgt tesedar..

Pastu kalau da duduk bersila ke kat lantai,rasa mcm ssh sgt nak bangun...so mmg hubby la kene tarik...huhu,tak lew bayangkan klau perut da lagi membesar,mcm ne l agaknye kan???

Mommy to be kat luar sana tuh ada tak rasa mcm ne ira rsa skng ni???

22 November 2011

ceramah penyusuan ibu

assalamualaikum semua ;)


sape dah g ceramah untuk susu ibu??
hah, ira dah g, 2 minggu lepas (10/11/11)...memula tuh macam malasnye nak g...ye lar, bile pk2 macam tak best jea...lagipon masa tuh hubby plak tak lew teman, sebab dia bz gile...nasib baik adik pompuan ira tuh ada, so ira angkut lew dia skali



owwhhh, rupe2nye, ceramah susu ibu nih SANGAT BEST dan SANGAT BERGUNA....hhihihi...rugi kalau tak g...banyak la perkara2 yang ira tak tau, tapi bile dengar ceramah, dia bgtau....


so pasnih dah lew breastfeed baby dengan selamat...insyaallah...;)

21 November 2011

warehouse sale : mid valley


jumaat lepas, membe hubby email bagitau ada baby expo kat Mid Valley...memula macam malas jea nak pegi sebabnye ari sabtu and ahad tuh ada kelas, so macam xde masa lar...

pastuh tgk2 dia tutup kul 9malam plak, lagi lar tak terasa nak g...mesti rushing, sebabnye balik kelas pon dah kul 7malam...mana sempat nak g mid valley plak...so memang tak de hati lar nak g sana..huhuhuhu

tapi, nak dijadikan cerita, ari sabtu tuh, balik jea kelas sampai dah kul 730 malam, tgh rehat2 tuh, hubby tanya, tak nak g ke mid valley??dengan yakin nye cakap : tak nak lar, penat....

lagipon, memang malam tuh patutnye kene anta choc kat customer, janji ngan customer kul 8.30 mlm kat tesco selayang...so, kul 8 tuh dah siap mandi, solat seme, terus nak gerak g tesco selayang...tapi, customer tuh plak, tetibe ada hal, tak lew sampai kul 830 kat selayang, dia still kat area kl...pastuh, terus dalam pale otak, jumpe kat mid valley lar...

Akhirnye, pergi juga aku kesitu...hahaha, nasib baik jln tak jem...tepat 8.30 sampai mid valley, cepat2 cari lif, terus g kat tapak expo...huhuhu, still ramai orang...so ape lagi, mari mencuci mata..

kih kih kih...cuci mata konon, alih2 beli jugak...hahaha, tengok tuh, dah ada yang bekenan dah tuh, pastuh amik lagi, dan lagi...ok stop, banyak dah shoppingnye...huhu...

hah, ni plak ada sesi photoshoot untuk kanak2...comel2 sangat budak2 nih...geramnye tgk!!!!

ok, jom balik, tgk tuh, kaunter goodies bag pon da tutup...hahaha, tak puas ok, tak sampai sejam pon...banyak kedai dah nak tutup....tapi nak buat mcm ne, pegi pon da lambat...ingat nak repeat ari ahad, tapi ada kelas sampai petang... ;(

kesimpulannye : best sbb dapat shopping baju baby yang comel2... ;)
tp kalau stakat nak beli stroller ke, baby cot, walker or car seat tuh rasanya tak bebaloi kot, sebabnye, harga lebih kurang jea...n ada gak yang lagi mahal ;)

17 November 2011

perubahan???

perubahan masa preggy??ada lar 2 3 bende, tapi tak de lar ketara sangat...

ok, aku rasa sejak pregnent nih, aku semakin COMOT...dan pemakaian aku dah seakan makcik-makcik....kadang-kadang tuh aku rasa macam bibik indon tuh pon ada...

sejak preggy, aku MEMANG TAK SUKE LANGSUNG nak pakai foundation ke, krim2 kat muka ke, ape tah lagi alat2 mekap yang berwarna warni tuh...kadang2 kalau aku terlebey rajin aku pakai bedak baby johnson tuh, TAPI selalunye, aku biarkan je muke tak berbedak...

lagi satu, sejak preggy nih, banyak lew sangat2 jerawat2 halus tuh muncul kat muka nih, tuh yang aku jadi MALAS sangat nak membelek muka...memang stress tgk jerawat2 yang tak diundang tuh...orang kata, tuh jerawat disebabkan oleh pembawakan budak...ENTAH lar, aku pon tak tau nak kata ape...

hah, aku yang dulunye memang tak bolew SEJUK nanti tangan aku gatal2, tapi sejak preggy, aku tak bolew PANAS, kalau panas jea, otomatik aku akan selsema, pastuh rasa loya, paling tak best muntah...bak kata orang, anak aku mengada lebey, konon2 macam orang putih, tak lew panas...hahaha, baby, kalau keluar nanti jangan nak mengada sangat ok, rumah kite tak de aircond...so please behave!!!

dulu aku TAK SUKE makan KENTANG...tapi skang aku gile KENTANG
dulu aku TAK SUKE minum air MANIS...tapi skang, sentiasa nak air manis (jangan kene kencing manis sudah)...kalau aku minum air masak, kompem aku nak muntah....stresss!!!
dulu aku SUKE makan ayam MC D, dan aku TAK SUKE BERGER MC D...tapi skang aku makan berger Mc D, pastuh ayam Mc D aku tolak tepi...
dulu aku suke AYAM GOLEK kat taman samudera tuh, tapi skang, aku BAU ayam golek tuh pon aku nak muntah

tapi yang masih kekal sampai skang, n makin menjadi2 aku suke makan : COKELAT!!!seme jenis cokelat aku nak....KEK COKELAT, COKELAT CADBURY, BISKUT COKELAT ahhh, ape2 je lar yang berkenaan dengan COKELAT...memang aku suke...!!!

banyak lar perubahan2 yang berlaku...tak kisah lar ape pon, asalkan aku n bb sihat...haih, pejam celik pejam celik, rasa macam kejap je dah nak masuk 7 bulan...sedar2 je banyak dah baju tak muat...huhu...k lar, nanti sambung cite lain plak...bye ;)

haih, bile agak2 nak jadi rajin balik ehh...semenye jadi MALAS sangat2 skang...

16 November 2011



semakin hari terasa semakin MALAS untuk bekerja...adoii!!! mana semangat untuk KERJA nih...rasa macam nak BERENTI jea...bile lar DUIT tetibe MAGIC bolew muncul kat pintu rumah aku???

need a MOTIVATION please!!!!


13 November 2011

Ice room

Now...im here!!!







Sempat lagi update blOg....huhu...k bye!!!



Eira zainal
Sent from my iPhone

Preggy info : Week 25

Baby Size
34.3 cm
rutabaga
Baby Weight
0.680 kg
Baby
Your baby's body parts are continuing to become more proportional to each other. Baby fat is also continuing to fill in your baby's wrinkled skin for a smoother look and more hair is growing, developing texture and color.
Body
Now roughly the size of a soccer ball, your uterus is halfway between your sternum and your bellybutton. All this growing might cause your stretched out skin to feel itchy in places. Try to relieve the itching with lotions and moisturizers.

On the flip side, you're probably still enjoying the fullness of your hair, actually caused by your hormones decreasing the shedding process. Unfortunately, this extra hair won't last after you've given birth.
Health Tip
Many pregnant women are concerned about household cleaners, insecticides, and chemicals. Always check with your doctor for his or her recommendations before using any chemicals.

09 November 2011

wordless wednesday : baju baru

comel tak??

08 November 2011

penghibur duka lara


teman ibu di kala kesunyian...peganti anak2 yang jauh di mata...


surabaya : sweet memories day 3

day 3



masa untuk bershopping


belakang tuh lew bangunan JEMBATAN MERAH



UFO again for the last time ;)



berbeg beg...datang bawak satu beg jea...



attention to all mama to be yang nak naik aeroplane...baca nih tau!!!

07 November 2011

surabaya - sweet moment day 2

~day 2~


menunggu supir yang lambat, janji datang kul 8, tapi 830 baru sampai... ;(




@ UFO



@ Glamour



pening, banyak sangat shopping...huhu



@ nike factory



taraa taraaa papaaaa.....i love it
hasil barangan shopping pada hari kedua :)

06 November 2011

BULAN ZULHIJJAH DAN HARI ARAFAH

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat,manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari ke 10 pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Peristiwa ini ada di terangkan dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Daripada Jabir telah berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan mereka para malaikat maka kataNya : lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu(malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka. Maka kata malaikat : Sesungguhnya ada di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan.Sabda baginda lagi : Allah berfirman: sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah S.A.W : maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada hari Arafah.
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi-

diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: “Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata’ daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata’ tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

1. Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
2. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan
solat Adha.
3. Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan
yang lain.
4. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid.
5. Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah
hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
6. Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat
Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal
Muharram.

W’allam.

05 November 2011

4th check up

2 nov 2011


hubby yang sabar menunggu...nasib baik ada game tuh, kalau tak, tak de maknenye dia nak menunggu sampai 2 jam kat klinik tuh tanpa buat ape2 keje yang berfaedah..

so far nurse kata tak de pape...pastuh kene injet kancing gigi untuk kali kedua....warrggghhhh, sakit tau...2 hari tak lew angkat tangan...tido pon kene statik je, sebab tangan tak lew nak gerak2 sangat..

nothing to worry, yang penting, si kecik kat dalam nih sihat...alhamdulillah ;)


next appoinment

10/11/2011 - ceramah penyusuan ibu - 2 petang
17/11/2011 - 5th check up - 9 pagi

surabaya : sweet memories day 1

~day 1~





singgah makan dulu...lapa!!!!



us @ JEMBATAN MERAH

04 November 2011

pindah rumah

26 oktober 2011



memula sekali nak ucap berbilion TERIMA KASIH yang tak terhingga untuk :

1. ADIK....tanpa adik, agaknye tah bile lar rumah tuh nak siap kemas...siap ponteng sekolah seminggu tuh sebab nak tolong mengemas...ok lar tuh, dari ponteng pastuh melepak je kat umah kan...baik lar ko tolong along ko nih...lagi ada faedahnye....

p/s : adik baru abis PMR, so bolew la kalau nak memonteng...hihi

2. IBU n ABAH n IKA
sebab dorang lew yang susah2 angkat barang...tolong kemas sikit2...ibu siap tolong buatkan breakfast untuk tetamu yang datang...ceh, tetamu ke??

3. ALANG
sebab bagi pinjam lori...tanpa lori alang, kompem2 kitaorang tak tau mana nak sewa lori

4. CIK MAN, NGAH, PAK NGAH, ILMI
sebab tolong memunggah barang2 yang nampak sikit tapi sebenarnya sangat banyak

5. YAT, FIK n ALIN
sebab memeriahkan suasana rumah baru aku...huhuhu, tanpa kerahan tenaga korang, terutama sekali FIK, mesti tak siap kemas rumah baru aku tuh...TQ sesangat ;)

lagi sape yea???adoi, kalau ada yang tertinggal nama tuh, harap maaflar...tak disengajakan...tapi aku rasa memang nih jea kot...ape2 pon, kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tak langsung, TERIMA KASIH daun keladi...lain kali kalau aku pindah umah lagi, aku panggil korang lagi yea ;)


ok, jom tengok gamba semasa hari kejadian



fik kepenatan...alin sampai dah tak tau nak kene buat pe



penat...kene sedut 'vitamin C' dulu kat depan umah




superwomen ok...yat n alin yang angkat tilam berat nih...korang sakit pinggang tak angkat berat2 nih???




berehat sebentar bersama kit kat...mari kite tengok aksi pasangan bahagia ni...haih, saya jeles ok!!!



akhirnye tewas juga...keletihan, tertidur dah kat celah2 kotak


jammed

pagi2 lagi dah serabut kepala otak disebabkan ini



disebabkan ini juga, punch card aku MERAH!!!

03 November 2011

baby sock

hello baby,

disebabkan mama memang teramat suke ngan STOKIN....so, secara automatik, baby pon WAJIB suke ngan STOKIN yang mama belikan...haih, rasa macam nak beli untuk diri sendiri...










tak bolew tengok STOKIN, mesti nak beli.....adoyaiiii!!!!
♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com