Pages

07 November 2010

mengongkong, terkongkong atau di kongkong??

lama nye tak bercerita...korang seme ape kabar??sihat tak??

ira sebenarnya tengah sibuk ngan final exam..so ira pandang buku, buku pandang ira..ira pandang bantal..bantal pandang ira..kesimpulannya, tido je..haih..kenapa lar bile bukak buku je jadi mengantuk??


saje je nak berceloteh hari nih..ada satu kisah yang mencuit hati..

nak dijadikan cerita, pagi nih, rasa boring sangat, so macam malas lar sangat nak study..ingat nak lepak ngan kawan2 lama..so ira pun amik tepon, cari no tepon kawan2 lama yang ada area2 umah..

ok, kawan2 sudah dikenalpasti..lalu, mari ber message..yea..

ira : mowning...jom jalan2 nak ari nih??

lalu msg yang sama di hantar kepada 4 orang kawan lama termasuk 1 hubby darling...
1) hubby darlink
2) aizat
3) li
4) faiz
5) ika

owhh..kenapa seme nama lelaki??sebabnya yang ada berdekatan umah semenye lelaki..lagipun kawan2 lama yang dah setahun 2 tak jumpe..kiranya hantar kepada 5 orang serentak dengan msg yang sama, dengan harapan nanti dapat lew lepak reramai..baru best gak..ala2 mini gathering lew nih..

so nih jawapan yang diterima

1)hubby darlink
~ alamak, ari nih tak lew, ada hal..jumpe petang sikit lar..

2) aizat
~nak balik pahang

3)li
~ msg pending..maybe dah tukar no kot

4) faiz
~ msg dibalas..tapi...nanti kite cerita kemudian

5) ika
~pending jugak..so maybe dah tukar nombor jugak kot


so kesimpulannya, yang dpt respon hanya dari faiz...tapi respon yang sebegini, dihantar serentak dalam satu masa

faiz : awat??pakwe hang tak da ka?

masa nih ira berfikir...ehh, bile pakwe tak de je ke lew kuar ngan kengkawan??dulu ok je, skang nih nape lain macam??tgh berfikir, tetibe msg nih plak masuk..

faiz : awat?pakwe hang tak da ka??nak ajak pakwe org g jejalan?

aik..nih macam dah salah nombor je nih..betul ke nombor faiz..kang tak pasal2 salah orang..maklumlar, dah setahun lebih tak contact..tetibe msg nih plak

faiz : awat hang senyap??sonok kaco pakwe orang??

owh, memang sah ira rasa ira salah nombor..so bagi mengelakkan kekeliruan, ira pun terus call no tersebut..

owh, memang betul, bukan suara lelaki, tapi perempuan..so ira pun cakap lar baik2..takut dia salah paham plak kan??

ira : assalamualaikum, bolew saya tau tu sapa??
dia : hang nih sapa??tetibe msg pakwe orang ajak kuar
ira : (mula blur, sebab tetibe dah kene sembur) bolew saya tau pakwe awak tuh sape nama, manalar tau kot2 saya tersalah orang ke..maaf lar
dia : faiz
ira : owhh..betul lar tuh, bolew saya cakap ngan dia?
dia : ko nih kenapa??tetibe je nak cakap ngan pakwe orang? (suara dah mula memekik-mekik marah)
ira : (masih bolew bersabar dengan bercakap lembut) saya kawan lama dia..dah setahun lebih tak jumpe..
dia : ko tak lew pk ke??kalau dah setahun lebih tak jumpe, mana lar tau kot2 kawan ko tuh dah kawen ke, bertunang ke, ada makwe lain ke??
ira : (mula terdiam, dalam hati mula bertanya, kenapa dia tetibe nak marah) maaf lar kalau mengganggu, tapi rasanya tak salah kan kalau kawan lama nak berjumpe
dia : ke ko nih tak de pakwe??nak kacau pakwe orang??ko nih perempuan ape??
ira : (owhh..masa nih dah mula naik angin, kite berlembut, tapi dia start nak berkasar, memang dah melampau) maaf lar, kalau begitu..assalamualaikum..

ira terus letak telefon..masa nih ira berfikir..ada lagi ke perempuan sebegitu??mengongkong pakwe sendiri sampai macam tuh sekali??lain lar kalau ira ngan pakwe dia tuh memang hari2 jumpe or hari2 msg..nih tak..

kalau ira dalam situasi ini, ira takkan sekali2 marah perempuan tuh, tapi first thing ira akan tanya hubby ira dulu...pastuh kalau cakap kawan lama ok lar..bagi ira..berkawan biar seribu, tapi berkasih biarlah setia pada yang satu...

dalam hati ira terfikir : malangnya faiz dapat perempuan macam tuh..sebab setahu ira, faiz yang ira kenal sangat baik orang nya..setia..sepatutnya dalam satu hubungan, yang paling penting saling mempercayai...

betul tak kawan2??huh, maaf lar kalau korang rasa dalam situasi nih memang ira yang salah, sebab tetibe je ajak pakwe orang kuar..tapi niat ira sekadar nak jumpe teman lama...itu jea..

so kalau korang seme macam ne plak??memang nak terus melenting macam nih je ke or do something else yang lebih bersopan???

p/s : maaf lar, jika ada diantara anda yang membaca nih adalah perempuan tersebut..tapi percaya lar, niat ira nak jumpe pakwe awak tuh, sekadar nak jumpe kawan lama je..tak lebih pun dari tuh...

3 comments:

Rilla said...

Rila rasa tak salah pun kalau setakat nak jumpa kawan lama. Rilla pun tak halang kalau bf Rilla nak jumpa kawan lama. Tapi Rilla banyak jumpa perempuan camni, tak boleh terima konsep lelaki dan perempuan berkawan. Mungkin diorang ni insecure

luvira said...

rilla : ira rasa pelik lar ngan girl macam nih...ape lar yang dorang takutkan sangat...

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum ira,

kesian kamu. tak pasal-pasal kena marah. kalau saya berada di tempat perempuan itu, saya akan tanya baik-baik. diakui, akan timbul sedikit rasa cemburu tapi hurm.. dengan marah-marah macam tu bukan satu langkah yang bijak. amat memalukan.. sabar ye ira..

♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com