Pages

24 February 2011

protection entry

sape nak tau macam ne nak buat 'entry rahsia'...hah, angkat tangan cepat


act, ira tau daripada sini, tapi kat situ tak de tutorial yang lew ajar kite cara2 nak buat protection entry...



TAPI jangan risau, setelah godek2 mr google, ira terjumpe sesuatu yang best...huhuuh...


jom kite tgk step untuk buat entry rahsia ..

senang je cara2 dia...so ape lagi, kalau korang semua ada masalah yang tak nak di kongsi ngan readers lain, korang bolew lar ikut langkah2 di blog ini



yang penting, korang semua kene save link ini :


dan save coding ini :
"cript type="text/javascript" src="http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js">"


selamat mencuba ;)

23 February 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad
source : facebook

22 February 2011

hiasan meja guesbook : done

hello semua..

assalamualaikum


hehehe, hiasan untuk guesbook table dah siap dibeli, tapi, guesbooknye tak dibuat lagi..hehehe



ok, ira ingat nak letak tree photo frame tuh, pastuh cawan yang letak lollychoc untuk orang yang sign guesbook tuh, pastuh, letak pen yang cantik..ok tak??


nanti jangan lupe tinggalkan jejak kat guesbook ira tau..TQ ;)

21 February 2011

merancang kehamilan???

sape nak tau gender anak mereka nanti???hehehe, tapi tak lew percaya 100% tau..nh untuk suke2 je...


tapi setakat nih kalau ikutkan yang dah lepas2 kebanyakkan menjadi, mungkin kebetulan kot..


ok, cara2nye ialah


1. pilih umur kamu sekarang, contohnye umur ira 26

2. bulan kamu disahkan mengandung, contohnye, kalau ira kawen bulan 4, insyaallah kalau murah rezeki, disahkan mengandung bulan 5

3. pastuh tengok lar gender tuh, macam contoh diatas : ira mungkin dapat baby GIRL...hooyeh..


hehehe...sekali lagi diingatkan, ini untuk suke2 aje tau


selamat mencube ;)


zoom untuk lebih jelas ;)



untuk maklumat lanjut,
click sini ok ;)

18 February 2011

day 3 - korea


ok, hari ke 3 berjalan lancar
masih dalam mud gembira semasa disana..hehehe
hari nih snow turun, tapi tak berapa lebat..ala2 hujan renyai2
so ramai yang jakun termasuklar ira ;)



hari nih after breakfast, kitaorang akan bergerak ke Seohae Grand Bridge
perjalanan amik masa lebih kurang 1 jam setengah
so sepanjang perjalanan ape lagi, tido lar
nak tengok pemandangan luar tak lew
sebab tingkap berwap

bile kite lap je, nanti titisan air tuh akan beku
so lebih baik biarkan aje



wahh, ape yang ira tengok tuh??
jom tengok ;)




hah, tu lar jambatan Seohae Grand

jambatan nih menhubungkan antara Pyongtaek, Gyeonggi-do dengan Dangjin, Chungcheongnam

macam jambatan pulau pinang je kan??
jarak dia sepanjang 7,310m

hah, ni plak roomate ira masa kat sana..kitaorang satu bilik ada 4 orang..2 pelajar malaysia n dua pelajar korea
yang bestnye, roomate saya nih tak pandai berbahasa inggeris..so kami bercakap menggunakan bahasa isyarat je..macam ayam cakap ngan itik..kadang2 dia kene bukak kamus untuk translet kat kitaorang
tapi, dorang amat2 baik..memang the best..walau macam mana susah pun, diaorang akan tolong..layanan dorang kat pelajar malaysia memang 1st class..rasanya masa pelajar korea datang malaysia, pelajar malaysia tak dapat nak berikan layanan yang terbaik macam dorang

lagi satu, the best thing..mereka sangat menghormati orang islam..bile tibe je waktu solat, dorang akan cube usaha cari tempat yang bersih untuk kami solat
kat sana susah sangat2 nak jumpe surau or masjid..so kami kadang2 kami sembahyang merata je, asalkan bersih..macam hari nih, kami solat di salah satu tingkat menara kawalan di seohoe bridge

ok, nih plak dinner dengan mr president KYU..kire nak beramah mesra lar nih..mr president pun kurang fasih bercakap BI, so dia banyak baca skrip je lar..
hehehe...ok, abis perjalanan untuk hari ketiga
bye ;)



16 February 2011

kompius





dugaan

orang kata dugaan nak kawen.. ;(


semua perancangan untuk setel2 hal kawen terhenti semalam sebab


moto en tunang kene curik



owwhhh, dah planning, kononnye awal2 pagi nih nak g amik kotak doorgift yang ditempah, pastuh nak g nilai beli barang2 doorgift yang tak cukup..pastuh, balik dari nilai nak singgah bangi, nak beli barang2 choc untuk doorgift nanti...


TAPI,


semua perancangan untuk siapkan doorgift terbantut...


pagi2 lagi en tunang call, ingatkan dia cakap dia nak gerak datang amik ira, rupe2nye dia nak bagitau yang motor dia kene curik...so seme planning hancus berkecai..makanya, semalam duk umah je lar sebab en tunang bz menguruskan motonye yang hilang itu


dah tak de rezeki, kene beli moto lain je lar ;(

tudung : done

alhamdulillah, satu lagi misi februari telah berjaya

sesi mencari tudung sampai penat...warrgghhh...mau pengsan rasanya..masuk dari satu kedai ke satu kedai..at last, jumpe kedai nih, pastuh duduk sampai sejam lebih sebab memilih tudung yang sesuai

bile ada yang dah match ngan baju, tetibe corak manik2 tuh terlalu serabut plak...
bile dah ada corak yang sweet n simple, tak de lar plak kaler yang diinginkan..

jenuh tul mencari, setelah penat SA tuh melayan ira, akhirnye, ira grab gak tudung tuh...

1 tudung sanding - biru
1 tudung tandang - hijau
1 tudung nikah - putih

kesemuanya bernilai rm60
murah je kan??hehehe, ira tak kisah pun murah, asalkan cantik mata memandang..buat ape nak beli mahal2 sangat sedangkan yang murah pun cantik..jangan membazir ok.. ;)

14 February 2011

tempah kasut : done

alkisah nak dijadikan cerita, dari sehari ke sehari..sehingga lar dah berminggu-minggu..suke sangat pospone date nak g tempah kasut...


8 februari 2011

after abis kerja, terus ajak jelan g tempah kasut...masuk je kedai, baru je cakap nak custom wedding shoe, terus SA tuh cakap



SA : kak, tempahan dah ditutup sampai bulan 5..kalau wedding akak after may, kite bolew buat
ira : hah???tak bolew ke??? (dah mula sedih, sambil pandang jelan - nak marah jelan, sebab dia yang selalu tangguh)
SA : tak bolew kak sebab tempahan terlalu banyak semenjak ayu raudah tempah kasut dengan kite
ira : owh...errmmm, ada tak mana2 kasut yang ada saiz 3, saya tak kisah design, asalkan ada saiz (sambil berharap akan ada mana2 kasut yg sesuai, masa nih dah tak pikir nak design yang macam2, yang penting ada, sebab ira memang amat bermasalah untuk cari kasut)
SA : tak de kak, yang kat sini semuanye customer punye..cube akak pegi kedai princess ke, primavera ke, mana2 kedai kasut lain lar..sekarang kedai kasut biasa pun dah banyak patern untuk wedding shoe
ira : masalah saya sekarang tak de saiz..design tuh saya tak kisah, asalkan ada saiz..sekarang nih dah berpuluh kedai saya g, semuanya tak de saiz
SA : akak pakai saiz ape??
ira : 3 kot
SA : keciknye..cube akak try kasut nih (sambil tunjuk salah satu dari wedding shoe yang di display)
ira : ermmm, muat..tapi macam longgar sikit..tapi ok lar kot..saya nak beli kasut nih je lah bolew?? (dengan harapan dia nak bagi kasut tuh)
SA : tak lew kak, kasut tuh customer punye..tapi kasut tuh pun besar ngan akak, nanti akak pakai tak selesa...
ira : abis tuh macam mana??saya memang terdesak nih..tak boleh tolong ke??
SA : macam ni lar kak, saya tengok memang saiz kaki akak nih susah nak dapat kat kedai kasut biasa sebab terlalu kecil..saya bolew tolong akak, tapi dengan syarat akak mesti g amik sendiri kasut nih kat kilang kami di cheras...kemudian akak tak bolew pilih design kasut yang susah2..
ira : (muka dah mula bercahaya) ye ke???terima kasih lar..saya tak kisah lar design tuh..buat kasut simple je...saya tak kisah pun..

pastuh SA tuh pun suruh lar try kasut nih, kejap kasut tuh..ukur sana, ukur sini..pilih2 kaler ape yang sesuai...kemudian setel...


nak tau berapa kos upah kasut tuh???murah je, rm100 untuk kasut + rm30 untuk keronsang atas kasut untuk menaikkan seri kasut...ok lar kan..ira memang happy gile lar masa dia cakap dia boleh tolong tuh..haih, nasib baik sangat2...


ok, so, bagi sesiapa yang wedding after may, yang tak de saiz macam kaki ira, bolew lar pegi ke kedai ini





GAVY
venue : maju junction ( berdepan dengan famaos amos )
call: 03-2698 8222
017-327 9604




p/s : harap2 kasut tuh dapat siap seminggu b4 my wedding..please pray for it...tapi nak kene g cari kasut back up jugak nih..haih, mana lar ada kedai kasut yang ada saiz kecik ehh???

11 February 2011

CNY : terengganu

sape g jalan2 masa CNY yang lepas???
angkat tangan

saya...saya...hehehe

ok, ira sempat lar berjalan2 sambil singgah sekejap2 kat negeri yang ira lalu sementara nak sampai ke kampung kelantan

orang kata, sambil menyelam minum air..hehehe, dah alang2 nak balik kampung, parent ira decide, nak balik ikut terengganu, so singgah kuantan dulu sebab ira nak hanta kad kawen kat membe2 yang ada di kuantan (jimat duit pos)

pastuh yang paling penting, amik baju nikah saya

yeay!!!

baju nikah yang amat super gojes...terlalu lawa..memang terbaik lar, rasa macam tak sabar2 nak pakai...memang puas hati sangat2..


TQ aunty sebab jahitkan baju ira cantik2 dan kemas ;)


tinggal baju sanding and bertandang je tak siap lagi..maybe hujung bulan nih kot...hopefully, baju2 tersebut pun akan siap dengan cantiknye


OK, bile dah siap urusan kat kuantan, kite teruskan perjalanan ke terengganu
singgah sebentar di BAZAAR WARISAN dan PASAR PAYANG






posing, jangan tak posing ;)




masa kat pasar payang nih, ibu ira sempat grab 5 pasang baju batik..katenye stok untuk 6 bulan..huhu..ye lew tuh..nanti tak sampai lagi 3 bulan, dah g borong lagi


ok, bile dah abis memborong baju batik, kite g serang kopok lekor losong plak

yeaahaaa



hah, sesape nak cari kepok losong, g lar kedai kak yah nih..sedap!!!


ok lar, dah siap bershopping sakan kat pasar payang n losong, ape lagi, teruskan perjalanan ke kelantan lar


ok buibye

09 February 2011

WGM - korea reality show


salam semua,

sape minat ngan citer korea???kalau ada yang berminat, nih ira nak kongsikan satu program reality yang sangat2 ira suka

WE GOT MARRIED

act program nih dah lama dah, tetibe je hari nih mud baik sikit nak kongsi cerita..hehehe..program nih, dia menggabungkan 2 artis korea, seorang lelaki n perempuan berkahwin dan menjalani hidup mereka sebagai sepasang suami dan isteri..

sangat menarik dan sangat comel dan sangat romantik...;)


jom tengok pasangan couple yang paling ira suke..



seohyun -

salah seorang anggota SNSD
sangat comel
pewatakan seperti gadis kampung yang manja
sangat baik, kadang2 macam lurus bendul






yonghwa -
salah seorang anggota CN blue
hensem
pewatakan seperti pembuli n suke mengusik
suke tgk aksi yong mengusik seo..comel lar


jom2 kite click link kat bawah untuk pertemuan pertama diaorang..
oppsss : amaran keras, jangan ketagih ok kalau dah start tgk citer nih..sebab setakat nih, majority bile ira bagitau pasal citer nih, semuanye dah ketagih nak tgk setiap episod
ok, selamat menonton

08 February 2011

day 2 - korea

assalamualaikum


haih, sejak akhir2 nih semakin malas sangat2 nak update blog..tak tau lar nape..
asyik upload gambar, pastuh save as draft



padahal banyak sangat nak dikongsikan bersama
banyak benda yang nak dicerita




tapi maybe 2 minggu terlantar sakitkan,
so memang tak de mud langsung nak ngadap lappy

ok lar, jom kite sambung cerita korea hari tuh

day 2 - 3 jan 2011

wah, first time nak breakfast kat korea..hehehe, excited ok, sambil2 tuh berdoa dalam hati, mintak2 ira lew telan makanan tuh




sampai je kat cafe, tengok2 ada 'nasi lemak korea'
hehehe, bukan lar nasi lemak exactly


so first breakfast, kami semua disajikan dengan
1. air orange juz
2. telur puyoh
3. nasi
4. kimchi kobis
5. sayur
6.sup kosong




kalau korang seme nak tau, ira makan telur puyoh n sup kosong ngan nasi je..tapi habis tau..huhuhu, so tak de lar perut ini menderita kelaparan


ok, hari first day kat sini, kitaorang tak keluar dari universiti, sebab kene dengar ceramah2 yang tak berapa best untuk di dengar..
iye lar kan, dah nama pun g student exchange program, bukan nye nak g melancong bersuke ria..so tahan je lar telinga




tgk tuh, siap dia dah tentukan tempat lagi..so tak lew nak pilih2 ikut suka..dah siap ada nama tau kat atas meja..


hah, buat pengetahuan semua, orang korea nih tak berapa reti berbahasa inggeris..so memang agak susah lar gak nak communicate ngan dorang


sedangkan professor dorang yang bagi lect tuh pun, first time bagi lect in BI...so memang mengantuk lar sangat bile kitaorang tak bape paham ape yang dia terangkan kat depan..
setelah abis sesi ceramah semua, time untuk melawat kawasan universiti




ok lar, jom ira kongsikan sikit ilmu2 yang ira dapat dari korea..sharing is caring kan..
hahaha, tetibe macam rasa tgh buat report lawatan harian je..


ok, memula kitaorang di bawa ke ONE STOP SERVICE CENTER
kirenye nih seme alar2 macam bilik HAL EHWAL PELAJAR kite lar kot,kire semua maklumat pelajar ada kat sini




ok, nih part yang paling best


kat universiti nih, disediakan satu pusat khas untuk orang yang selalu fail untuk interview kerja
contohnye :
ira nih selalu sangat tak dapat kerja, g interview pun selalu gagal, so ira pegi lar kat UNIVERSITI KONYANG (KYU) untuk mendapatkan bantuan

dekat sini, dia bolew kaji kat mana weak point kite semasa interview..ada 5 step
jom kite tgk ape dia 5 step tuh..tapi gamba macam tak lengkap lar ikut step2 yang ada..kite tengok ape yg ada je lar ehh





1. bilik interview individu
memula interview dengan PC je..ada web cam kat situ, and konon2 ada orang tgh interview kite..so kite kene jawab lar antara soklan2 yang diutarakan..

2. bilik individu berkumpulan

yang nih plak, dia akan masuk secara berkumpulan, so sekali masuk dalam 3 ke 5 orang..
ada real interviewer kat depan, and ada web cam yang akan rakamkan aksi kite masa ditemuduga


so masa kat sini nanti kite dapat tahu kat mana kelemahan kite, samada dari segi percakapan, gaya duduk or benda2 lain lar yang buat kite gagal dalam interview




3. ira tak tau ape nama bilik nih, tapi kat sini plak dia tunjuk cara2 untuk duduk, cara2 berpakaian, cara2 berinteraksi semasa ditemuduga



yang pentingnye, bagi dorang, kalau pakai skirt pendek tuh maknenye formal..kalau pakai seluar maknenye informal





4. hah, masa kat bilik nih, dia ada cermin besar, pastuh berlatih berjalan ikut garis lurus tuh..alar2 model gitu



5. masa step terakhir nih, ada satu bilik khas, tapi ira tak amik gamba plak, dia akan buat rumusan kenapa kite gagal dalam interview


memang best lar tempat nih.. ;)






ok, dah nak petang, ape lagi, jom kite bergambar dulu, lepas tuh dah lew buat aktiviti bebas



owh, kul 7 petang sampai kul 8 malam ada kelas bahasa korea supaya memudahkan kami berkomunikasi ngan pelajar dorang



kelas korea memang best, ditambah plak ngan cikgu dia yang hensem..hehehe...



opppsss, masa kat kelas nih tak amik gambar pun, so tak dapat lar nak di kongsikan kat sini



ok, nanti kite sambung hari ketiga kat korea lak ye..



buibye

07 February 2011

bridal shoe

tengah pikir, nak tempah kasut jenis macam manae erkk??
setakat nih ada 4 pilihan hati..

kalau ikutkan, macam nak je semua sekali..
hehehe










♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com