Monday, August 1, 2011

to all mummy to be

Setiap kali kalau kita mengandung, kita kena patuhi pantang larang macam-macam. Mestilah kita mahu anak kandungan kita menjadi yang terbaik dan sempurna seperti orang lain.Ingat, bukan sahaja cara pemakanan yang perlu kita jaga, tetapi sesetengah produk kosmetik juga bahaya kepada janin kita!


Apakah Ftalat?

Hodohnya nama payah nak sebut. Ftalat adalah kumpulan bahan kimia yang digunakan untuk buat plastik PVC pembungkus makanan itu. Tahu tak, Ftalat juga digunakan untuk sesetengah bahan kosmetik kita. Ftalat ini lah yang akan menjadi punca meracunkan kandungan kita dengan menjejaskan kemampuan pembiakan janin, termasuklah kecacatan sewaktu lahir pada organ pembiakan lelaki. Contohnya, elok-elok anak kita lelaki, aleh-aleh keluar anak tak ada testis. -_- Anak tak nangis, kita yang nangis. Tsk.

Takpun kenapa bila anak dah besar jadi mandul? Salahkan emak. Salahkan emak yang suka pakai kosmetik bukan bukan sewaktu mengandungkan kita. Paling sedih, anak kita akan berisiko tinggi terkena kanser testis pabila dewasa, jika kita menggunakan kosmetik yang mengandungi Ftalat.

Antara produk yang mengandungi racun Ftalat:-

  1. Pewangi Poison dari Christian Dior
  2. Pantene Pro V “Healthy Hold”
  3. Deodoran Arrid
  4. Penyembur rambut Aqua Net
  5. Tresor Eau De Parfum
  6. Deodoran intensif 24jam Rexona
  7. Perfume dari Eternity, Chanel no 5, dan Tommy Girl
  8. Produk penyembur rambut Vidal Sassoon, Essentials dan Tommy Girl
  9. Deodoran dari The Body Shop dan Nivea
  10. Mousse rambut dari Wella dan Studio Line

Bukan tak boleh pakai, tapi jangan pakai waktu pregnant. To all, please share this ok?




copy paste : DR COMEL


2 comments:

P . J . A . A . M . I . R said...

pdn mcm kenal penulisan ni.. amik dr blog totinx eh.. huhu..

luvira said...

Aah...malas nak edit2...copy paste je la..kongsi ngan kawan2...