Pages

22 June 2011

rejab bulan keampunan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.



Firman Allah Ta'ala:

قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله إن الله يغفر الذنوب جميعا

Katakanlah : Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Az-Zumar:53

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة

Demi Allah aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih dari 70 kali dalam sehari.

Riwayat Imam Bukhari.



Kata para ulama: "Rejab bulan Istighfar ,Sya'aban bulan Selawat,Ramadhan bulan Al-Quran."

Hikmah dari Kekata itu:
Dimulakan dengan Istighfar adalah kerana sebelum kita menerima limpahan cahaya dan nafahats dan rahsia2 Al-Quran di bulan ramadhan,maka hendaklah kita mempersiapkan hati kita dengan membersihkannya terdahulu iaitu dengan istighfar .Kerana cahaya itu tidak masuk ke hati yang tertutup dengan kegelapan.Bulan Syaaban pula dikhaskan untuk banyak berselawat adalah kerana untuk memperbaiki hubungan kita dengan Rasulullah.Sesungguhnya tanpa melalui lisan Rasulullah As-Syarif,kita tidak akan dapat menikmati nikmat


Al-Quran itu.Firman Allah Ta'ala:
فإنما يسرناه بلسانك
Maka sesungguhnya Kami memudahkan Al-Quran ini dengan lidah/bahasamu.

Surah Maryam:97




رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وارْحَمْنِيْ وَ تُبْ عَلَيَّ

Ya Allah,ampunilah dosaku,rahmatiku,terimalah taubatku.

Rindu sangat suasana itu.Siapa yang pernah kesana,pasti akan melanda rindu bak Tsunami.Cara untuk mengubati kerinduan tersebut adalah dengan menghidupkan suasana itu dalam keluarga/ahli rumah kita.Apabila kita menghidupkan suasana tempat itu di rumah kita,terasa seolah-olah kita sudah terbang ke musolla sana,membaca bersama mereka.Allah...Syurga Dunia!


DOA BULAN REJAB:


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.



Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:


Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.




sumber petikan : google

No comments:

♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com