Tuesday, June 16, 2009

puisi hati

Aku termenung sendiri..
Mencari sesuatu yang tak pasti..
Dia entah jauh pergi
Pergi meninggalkan aku sendiri
Jauh kebelakang tanpa bimbingan
Tanpa menghiraukan aku
Tanpa mempedulikan aku
Mampukan aku untuk terus mengejar
Mengejar sesuatu yang masih belum pasti
Mengejar sesuatu yang masih belum kuketahui jawapannya?

Aku masih disini
Melihat diluar jendela
Merenung sehingga ke hujung dunia
Kadang kala aku terpikir
Mampukah aku untuk bersamanya?
Mampukah aku untuk mendekatinya?
Mampukan aku untuk terus tersenyum sedangkan hatiku merana?

Oh tuhan
Tunjukkanlah jalan
Tunjukkan lah peluang
Untuk aku mencari jawapan
Jawapan pada sebuah persoalan
Yang tak mampu aku huraikan

Oh tuhan
Berikanlah aku peluang
Agar aku dapat mendampinginya
Hingga ke akhir hayatku
Kasihku hanya untuknya
Hanya dia yang satu
Yang mampu bertahta dalam hatiku...


18/02/2009 8.15 mlm

No comments: