Pages

12 September 2013

supermom??

Super mummy?hohoho…aku ada sorang kawan yang betul2 super mom. Kawan baik forever…insyaallah..Kenapa aku rasa dia supermom??meh sini aku cerita..

Aku kenal dia tahun 2007…lama dah kami berkawan..masa tuh aku jumpe dia masa nak daftar belaja kat UTM untuk part time…kene g daftar jauh nun kat skudai sana…masa tuh mana ada kawan, tambah2 plak ngan aku nih berat mulut nak bercakap…lagi la susah aku nak berkawan (patutla alysa anti social, ngikut mamanye yg anti social gak nih..hihihi)..tetibe aku bertembung ngan dia…so kami berkenalan la…tapi masa tuh juz tanya2 nama je, pastuh habis di situ sahaja sebab kami bz dengan urusan masing2…

Minggu pertama memulakan sesi kat UTM sebagai student part time…fuh, tetibe teringat kenangan lama, n tetibe macam tak percaya aku boleh konvo dengan jayanya tanpa repeat paper, walaupon masa tuh macam tak berapa yakin ngan diri sendiri untuk belaja part time…tapi aku ada sumber kekuatan yang sentiasa member semangat kat aku untuk teruskan pembelajaran…sape dia??supermom kawan aku nih la..
Aku jumpe lagi ngan dia…kali nih aku tgk dia bawak perut yang comel tuh…ehh, dia nih mengandung rupe2nye…owh, dah kawen…tapi kecik comel macam belum kawen je…start dari hari pertama tuh, aku pon mula berkawan ngan dia sampai lah ke hari nih…masa hari first day tuh, ada lagi 2 orang kawan yang aku jumpe…kami berempat kawan baik…kalau ada pape mesti bersama…J ..tapi entry kali nih nak cerita tentang supermom yang hebat tuh kan, so tak payah aku panjangkan entry nih ngan 2 orang lagi kawan baik aku tuh…(jika anda membaca entry nih, pastu anda tahu anda siapa J)

Dah 2 3 kali kelas, baru aku tau yang dia ulang alik dari MELAKA – KL setiap minggu dengan perut comel dia tuh seorang diri…dengan tak tau jalan, tanpa GPS, dia harung jugak jalan2 KL yang sesak barat n bersimpang siur nih…aku yang duk KL nih pon kalau tak de GPS tak mo gerak g memana, takut sesat…haih, memang langsung tak lew berdikari la aku nih…masa nih aku memang respek abis la kat dia…sebab bagi aku, dengan perut comel dia tuh, dia selamba je ke hulu kehilir…sampai la saat2 dia dah sarat pon, dia masih ke kelas tak ponteng tuh…seorang diri ok, bukan ditemani ahli keluarga yang lain..

Hujung semester 1, orang lain sibuk final exam, dia sibuk ngan baby comel dia…hihihihi, dengan erti kata lain, dia bersalin waktu kami semua tengah sibuk perah pale otak untuk final exam…tau2 je masuk semester 2, dia datang kelas bertitlekan status seorang ibu comel…masa tuh aku tertanya2 gak, macam mana dia bahagikan masa antara anak, suami and pelajaran…terror betul dia…masa tuh aku tak dapat bayangkan macam mana kalau aku berada ditempat dia…tapi bile aku sendiri lalui perkara yang sama, aku gunekan kekuatan dia dulu sebagai sokongan kepada diri sendiri J


Bagi aku, dia masih lagi supermom, bile tiap2 minggu, dia angkut baby comel dia tuh datang ke KL drive sendiri ngan anak duk sebelah…sebelum g klas, dia hantar anak ke rumah kakak ipar dia kalau tak silap aku, pastuh baru lah g kelas…satu bende yang aku memang respek habis kat dia, yang dia tak pernah ponteng kelas…paling2 tak pon dia masuk kelas lambat, tuh pon dengan alas an sesat jalan lar, anak buat hal lar…tapi alas an yang munasabah la…buka direka2…bukan macam aku, asek lah nak ponteng je kejenye…huhuhhu

Sampailah semester 5 kalau tak silap aku, sekali lagi dia bawak perut untuk 2nd baby, tapi semangat dia tinggi…tiap2 minggu dia tetap muncul kat kelas…pastu dia nih rajin, kalau masa nak final exam je, masa tuh la aku nak potostat seme nota2 yang dia buat…huhuhu, senang, potostat je nota dia, buku tak payah bukak, seme dah lengkap…teringat bile time nak final exam…mesti sama2 belajar, sampai lewat malam, orang yang pertama akan lelap mata, aku lah orangnye, diikuti sorang lagi kawan aku yang kaki tido gak (kalau anda baca entry nih, sila terasa ok), last sekali supermom nih…selalu gak dia membebel2 kat aku cakap jangan asek nak tido je, belaja untuk final, tapi nak buat macam ne, dah mata aku nih asek la nak lelap, sudahnye memang lena la jugak…hahaha

Perjalanan kami sebagai student diteruskan lagi…tapi kali nih dia dah ada anak 2…aku??masih membujang masa tuh…so boleh enjoy2 lagi…hahaha…last2 aku kawen masa semester 7, semester 8 aku preggy, semester 9 aku dah dapat alysa…so start semester 7 aku dah tak study sesame ngan dia waktu final…tapi nota2 dia masih aku potostat sampai abis semester…

Last aku jumpe dia masa aku bulan 6 tahun lepas kalau tak silap…pastuh baru2 nih, kebetulan aku g Melaka, so ajak lew en laki g bertandang ke rumah dia…guest what…aku ada sorang anak, tapi masa aku g jumpe dia 2 minggu lepas, dia dah ada 3 orang hero yang hensem2 and LASAK ok…aku pon pening kepala ngan anak dia…tapi supermom macam dia, kompem2 la boleh handle 3 orang hero dia tuh…huhuhu..

Ok, abis citer pasal supermom, eh, nak tau sape nama dia??aku panggil dia maz je, nama penuh mazlisah J
Buat maz, ko lar sumber kekuatan aku masa aku tgh mengandung, masa aku dah ada alysa…sebab bagi aku, kalau ko boleh harung semua bende tuh, takkan aku tak boleh kan…TQ banyak2 maz… J



alysa bersama hero2 aunty maz

kami...aku n heroin - maz n hero2 hensem :)



2 comments:

DYatie ABakar said...

Allah anugerahkan kita dengan kekuatan yang berbeza seiring dengan kesanggupan kita berdepan dengan ujianNya. And Alhamdulillah bertuah Eira dapat jumpa dengan supermom sebagai inspirasi. :)

mommy.aisy.hana said...

Tabik spring dgn org yg tekun bkorban utk belajar mcmtu. Sebab saya x tabah mcmtu.. sy mngandung terus stop blajar smpi sekarang anak dah setahun x sambung sambung..

♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com