Monday, October 13, 2008

kalaulah.....

semakin aku cuba lari dari dia
semakin dekat dia datang menghimpit...

aku hanya menyakitkan diri aku sendiri dengan berbuat begini..
bila dia melayan perempuan lain, aku cuba untuk melayan lelaki lain...
sekali dua aku berjaya...
tapi sebenarnya aku sengaja menyakitkan hati sendiri
melukakan perasaan sendiri
dia tak pernah faham
dan tak pernah ambil peduli...

makin banyak aku melayan lelaki
sebenarnya semakin pedih hati ini terluka...
aku hanya berpura2 ceria...
berpura2 gembira dengan lelaki lain...
lelaki lain yang pandai mengambil hati dan perasaan aku...
tapi aku tetap mahukan dia...

kenapa aku harus memilih dia?
tolonglah tunjukkan aku jalan
jalan mana yang harus aku tuju
jalan mana yang harus aku pergi...

aku ingin lari darinya...
tapi hatiku terluka
hatiku pedih...

kalau aku tak pernah muncul dalam hidupnya, mungkin dia kini bahagia bersama yang lain...
dan
kalaulah dia tak pernah muncul dalam hidupku, mungkin aku boleh terus bernafas dengan sempurna...

No comments: