Thursday, April 30, 2015

dolceryna : penghargaan

bismillah,

alhamdulillah, majlis soft lauching dolceryna berjalan lancar minggu lepas.
firstly thanks to my ibu...sebab tolong jaga AFRYNA azlan sepanjang acara berlangsung..huhuhu, kalau tak de ibu, mau kelam kabut jugak aku dibuatnya.

special thanks to my beloved husband aka teman gaduh hari2 sepanjang proses renovation, proses touch up butik, proses nak sampai ke tahap sekarang nih...tanpa dia, rasanya tak wujud kot dolceryna hari ini...laki aku yang banyak bagi support n semangat untuk bukak butik ni...laki aku yang banyak membanting tulang untuk laksanakan impian n cita2 bini dia ni...dan yang paling penting, laki aku jugak adalah salah sorang penyumbang terbesar dari segi kewangan...huhuhu..
TQ TQ TQ...walaupon laki aku tak seromantik laki orang lain, walaupon laki aku panas baran, walaupon laki aku bile mula bersuara selalu menyakitkan hati, TAPI, dialah tetap dihati...luaran je macam hampeh kelapa...tapi dalaman umpama berlian emas gitu :)

hundred thousand thanks
to my abah aka my banker n funder ... tq abah...
to my adek2, ika n arief...
to my aunty (alang)

tanpa korang tak kan wujud dolceryna hari ni..



and buat anak anak mama, alysa and afryna...
maaf sebab dalam proses membangunkan dolceryna mama banyak mengabaikan kalian...
macam nilah hidup sebagai anak tokei kedai, hari2 duduk kedai sampai lewat malam, main dikedai dan membesar dikedai...harapnya kamu berdua membesar dengan ilmu2 perniagaan...insyallah..

terima kasih juga buat tetamu2 yang sudi hadir sepanjang majlis launching berlangsung..
lain kali datang lagi ok :)

bye.

No comments: