Pages

29 October 2016

Pantang 44 hari??

rajin la plak aku skang nih kan update blog…
maklumlah tengah cuti…pastuh plak aqyl jenis budak senang jaga…
dia ada je nih sebelah aku, dok pandang je mak dia…huhuhu..


ehh, nak tau korang pantang bape hari?
aku kompius, rupe2nye pantang 44 hari tuh pantang keluar umah je ye??

yang makan tuh semua still kene pantang sampai 100 hari ye?
ada yang aku baca sampai setahun pon ada…
wakaka, sumpah sebelum nih aku tak tau..
nasib baik la anak2 aku seme ok je kalau aku bedal makan bende pedas pon deme tak sakit perut…

so yang si aqyl nih aku pantang bape lama?
still 44 hari..
tapi aku dah telan udang dah pada hari ke 46..
tapi idok lew banyak..sekadar melepaskan rindu nak makan udang :P

ni masa nak g cucuk aqyl sebulan…haa, ni je dah langgar pantang…
hari ke 30 dah keluar umah

ni hasil carian aku kat google lew..

Pantang 44 hari. 
-Pantang keluar rumah 

Pantang 100 hari. 
- Pantang suami (Bersama) 
- Pantang mandi air sejuk 
- Pantang ber aircond 
- Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn 
- Pantang kena hujan 

Pantang 6 bulan 
- Pantang makan selagi baby yg fully bf x start solid food. Kalau x fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar2 sihat. 
- Pantang excercise yg hardcore. 

Pantang setahun 
- Minuman berais 
- Pantang laksa dan pulut

so pasni sesiapa yang lepas bersalin tuh ikut lew senarai pantang diatas yejagalah diri anda tuh betul2kesan dia tak nampak skangtapi nanti ko tunggu 5 6 7 tahun akan datangsegala sakit urat sakit pinggang seme ada

oklah, si kecik nih dah bunyi2…boring lew tuh mama tak borak2 ngan dia…
nah tepek sekeping dua gamba dia sikit...




owh jangan lupe, rajinrajinkan tangan anda click www.dolceryna.com

k bye


28 October 2016

aqyl 46 hari


saje je nak tepek gamba nih…
k bye



eh, kalau nak shopping barang baby lew g website www.dolceryna.com

bayaran balik pinjaman MARA

Assalamualaikum

nih cerita pasal zaman dulu2 aku nak bayar bulanan…
jenuh la aku bayar tiap2 bulan rm100…pastu skang nih dapat tau ada dapat diskaun 50% kalau ko bayar lump sum…so ape lagi, jom lew...

hah, nih nak bagi berita gembira kat peminjam pinjaman MARA nihkorang dah bayar ke belumkalau dah bayar tuh, alhamdulillahkalau belom, meh sama2 kite ikut step nih pastuh boleh dapat 50% diskaun weh..banyak weh 50% tuhbaik ko buattarikh tutup 31 disember 2016..



Berikut adalah syarat seseorang itu layak untuk mendapatkan diskaun 50%.

- Peminjam pinjaman pelajaran MARA tahun 2010 dan sebelumnya.
- Peminjam lulus pengajian.
- Peminjam yang tidak mendapat pengurangan bayaran balik (conversion).
- Membuat bayaran sekaligus (lump sum)


Cara Memohon Diskaun 50%

- Buat permohonan di sini : http://insentif50.mara.gov.my/
- Permohonan dibuat sekali sahaja.
- Permohonan pengurangan pinjaman akan terbatal jika maklumat yang diberikan adalah salah.

Aku dah buat dah tadi…dah anta segala dokumen yang dia nak…tapinye sekarang nih aku musykil macam mana aku nak tau aku berjaya ke tak dapat diskaun tuh…aku tengah selidik lagi nih…maybe gak nanti MARA hantar email ye dak?? kalau dalam tempoh seminggu tak dapat jawapan lagi nanti aku call lew MARA…

Aku plan nak setelkan semua sekali gune KWSP je…senang lah kan abis satu lagi loan…serabut weh banyak hutang nih…aku kalau boleh nak bebas utang tau tak…huhuhu…harap2 dapat lew 50% diskaun tu yea…

ok lah, kalau dah dapat nanti aku buat entry post yang lain plak ye…k bye

27 October 2016

AHNAFF semanis honey datang DOLCERYNA??

amboii tajuk ko tak boleh belah…
wakakaka…poyo je bile baca kan??
tapi itulah hakikatnya… :P

nak dijadikan cerita, isnin lepas aku dah 45 hari…
so dengan rasa tak sabarnya nak keluar rumah…hihhihi…
tapi bukan keluar sesaje, aku keluar g bank islam…

masukkan duit untuk alysa n afryna…duit raya depa hari tuh tak masuk lagi…asek bz je manjang…ni time cuti ni lah baru ada masa nak g masukkan…

pastu kononnye aku nak bukak terus acc tabung haji untuk aqyl, tapinye aqyl mcam tak senang duduk plak…aku tgh isi borang nak bukak acc tuh dia dah start bunyi2…elok je abis isi borang dia meraung dah…hahaha…kelam kabut mak ko masa tuh…last2 terus keluar bank lah…malas plak nak tunggu no panggil dengan si kecik nih macam xsenang duduk…

nanti lah plak aku g buat acc tabung haji dia tuh…borang seme dah siap isi, tinggal amik no je nanti…maybe esok luse lah kot…pastuh plan nak g maybank gak…nak bukak acc dia n tukar kad bank aku tuh…huhuhu…tu kene spend satu hari gak tuh…maybe ari jumaat lah kot..kalau aku rajin nak keluar…



pastuh, aku ingat nak terus balik umah…tapi tetibe teringat plak botol milk storage dah tinggal 8 ketoi…so nak singgah dolceryna la kejap g shopping ape2 yang patut…ok, niat asal nak shopping milk storage je, tapi tapi tapi, banyak plak aku rasa nak amik kat kedai tuh…tu lah aku malas je rasa nak g kedai…kalau x nanti melalut ke barang2 lain…huhuhu..

hah, elok je aku naik kedai, laki aku ada kat opis dia…owh, opis laki aku kat dalam dolceryna tuh…kecik je, dia amik satu bilik untuk buat opis dia…pastuh dia kata dia tengah tunggu alif nih nak datang..ada hal katanya…aku pon macam dengar tak dengar jelah…

yelah, ape kene mengene customer dia ngan aku..wakakaka…malas aku amik tau alif mana…so aku pon g masuk bilik aku kat sebelah…bilik lepak2 kalau aku masuk kedai…n bilik untuk mommy nak test breastpump jugak…owh, jangan tak tau plak dolceryna sediakan perkhidmatan testing breastpump before korang beli tau..pastu tetibe aku dengar ting tong…ok, aliff masuk..aku dalam ati, eh eh, macam aku kenal mamat nih, sape eh??

dia sangat2 friendly…wife dia lagi friendly…masuk je, dia tengok aqyl terus mintak nak dukung aqyl…rindu nak cium newborn katanya…aku tgk dia pregnant, saje la borak2 bile due and so whatever borak2 kosong…

pastuh dia pon masuk opis laki aku n bincang hal keje…aku pon pikir dan pikir sape dia nih ehh??pastuh, yoo, baru teringat…alif satar la…aduyai, apo buto hiburan sangat aku nih…maafkan mak…mak memang jarang tengok tv n amik tau pasal2 hiburan nih…g keje balik keje main ngan anak2 lalu tido…hahaha..baru la hegeh hegeh stalk ig dia kejap…wakaka…sedey tol aku…


pas dah abis bincang2 ngan laki aku, bini dia pon keluar shoping barang baby plak…senang katanya semua beli sekaligus..hihihi…rezeki lah ari tuh masuk kedai dapat jumpe retis…wakaka..




owh, pas dia dah balik aku pon melepak dolceryna sampai petang…
so hasil rembatan kat kedai, aku sempat capai autumnz storage bag…towel dua lai…ngan bib comey…
eh eh, kalau korang nak custome bib n rompers macam gamba bawah nih pon boleh…roger je terus aku tau…aku buatkan untuk korang…ni save terus no telepon aku 019-5205540 :P


disebabkan ramai nau yang suke kiss aqyl, pp dia pon macam sensitip kan..so aku pon buat lew satu bib cenggini ke dia…harapnye pasni idok lew ada orang yang suke cium2 pp dia…huhuhu..maap lew ye…mak bukan kedekut anak, tapinye mak nak jaga kulit dia tuh…


hah, yang bib tuh dia boleh gune dua2 belah tau…aku lupe plak nak amik gamba side lagi satu…huhuhu..haa, ko bayar murah tapi boleh dapat ala2 dua jenis bib…ok lah weh, nak citer pasal si ahnaf tu je, nih dah merepek bende lain…korang pon kalau nak shopping barang2 baby boleh lew g je beli kat website : www.dolceryna.com




26 October 2016

review : Set Berpantang Amway Tropical Herbs


ok, ari nih aku nak review pasal set bersalin yang aku pakai masa pantang kali nih…
set bersalin AMWAY

setelah beberapa kajian dibuat..cewaah, siap buat kajian tuh, aku google jelah kan…tengok set pantang mana yang elok, aku tengok review set AMWAY ni ramai gak orang gune n bagitau ok…
so aku pon decide untuk beli lah set bersalin ni (pastuh tak memasal aku jadi ahli amway sebab nak beli dengan harga ahli la kononnye) OK, pasnih kalau korang berminat nak beli set pantang nih boleh lew order ngan aku, aku bagi harga special punye…boleh roger terus 019-5205540 or g je kat website : www.dolceryna.com … eh, dah kenapa promote barang plak nih, aku nak review barang…wakaka, ok dah mula melalut bende lain...

hah, memula kite tgk ape yang ada dalam box ni


Untuk dimakan:
10 uncang x Teh Herba
60 kapsul herba x Lepas Bersalin 1
80 kapsul herba x Lepas Bersalin 2

Untuk kegunaan luaran:
20 uncang x Herba Pembersih Wanita
20 uncang x Herba Mandian
20 paket x Campuran Peramping Perut (param)
15 paket x Campuran Penghangat Badan
15 paket x Campuran Penenang (pilis)
1 botol 60ml x Minyak Bayi (minyak telon)
1 botol 60ml x Minyak Urut Herba (untuk Ibu)
1 x Bengkung Lepas Bersalin FREE



1. Teh Herba: 
Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.

Arahan:-
Ini boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-9 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Letak satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu, jika mahu.

Review :
bagi aku yang sangat2 memilih makan n minum nih, aku boleh telan air the herba nih…memula aku macam was2…boleh ke tak boleh aku telan nih…mind set aku, herba kompem pahit n tak sedap…tapi bile dah try, eh, ok je rasa dia…macam teh biasa je…TAPI dengan syarat ko kene tambah madu baru sedap…tapi kalau ko jenis yang tak kisah makan herba pahit2 tu, ko boleh minum begitu sahaja… 

owh ye, sile minum SELEPAS anak anda disahkan BEBAS dari penyakit KUNING…jangan minum selagi ada kuning ye…nanti kesian kat baby...




2. Pil Lepas bersalin 1
Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi
• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Arahan:-
Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.

Review :
yang nih aku try memang boleh jadi milk booster…tapi aku memang jenis culas makan ubat or pil2 yang seangkatan dengannye…time aku ingat aku makan, time tak ingat aku xmakan…so jangan jadi macam aku…



3. Pil lepas bersalin 2: 
Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.

Arahan:-
Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.

Review :
maaf yang nih aku tak makan sebabnya yang no 1 pon tak abis lagiapehal lah teruk sangat aku nihso sila jangan jadi mcm aku tau 



4. Herba pembersih wanita: 
Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan.
• Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
• Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
• Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Arahan:-
Guna produk pada hari ke-1 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.

Review :
bende alah ni dah pack dalam uncang…so ko letak dalam air panas pastu letak je dalam bilik air…setiap kali ko buang air kecil tu, ko basuh la dengan air herba nih…bagi aku baguslah sebab dia elakkan kuman2 merebak, n yang palinf penting cepat sembuhkan luka kat bahagian bawah tuh...



5. Herba Mandian: 
Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
• Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
• Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
• Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.

Arahan:-
Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyedia:
• Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
• Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
• Guna sebagai air mandian.

Review :
yang nih pon dia dalam bentuk uncang…dah panaskan dengan air panas tuh, ko campur ngan air biasa…aku suke mandi air herba nih sebab badan rasa segar gitu…kalau ko lesu ke kan, boleh lew ko pakai…bagus nih mandi air herba



6. Campuran Peramping Perut (Tapel): 
Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.
Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
• Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
• Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.
*JIKA BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN, DIGUNAKAN SELEPAS SEBULAN.


7. Campuran Penghangat Badan (Param): 
Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki.
• Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke
kulit.
• Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti
ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.


8. Campuran Penenang (Pilis): 
Menenang dan menyamankan dahi.
• Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
• Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur
dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi,
elakkan kawasan mata.

Review untuk 3 produk atas ni :
aku pakai 3 bende ni sekali gusn aku hanya pakai time aku berurut and masa mak mentua aku ada je sebabnya tak de orang nak sapukan kat seluruh badan aku..(ok tu alasan) 
yang sebenarnye aku malas nak kene mandi lepas dah sapu bende ni satu badan…satu je aku suke masa pakai ni badan ko rasa berangin je sedap...


9. Minyak Urut Herba: 
Menyingkirkan angin dan merehatkan badan.
Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
• Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
• Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.

Review :
bende pertama yang abis…huhuhu…sebabnya mak bidan buat jadi minyak urut aku satu badan…result dia, badan jadi segar…fresh gitu



10. Minyak Bayi: 
Melegakan angin dan kembung
Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
• Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
• Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
• Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
• Menyamankan kulit bayi.
• Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada perut bayi. Sapu setiap pagi dan petang selepas mandi.

Review :
aku jadikan sebagai minyak telonbau dia pon wangi jeni kalau nak beli ngan aku pon bolehsebab aku ada jualRM28 je sebotolmemang sedap pakaibukan setakat aqyl yang pakai, tapi ngan mak pak akak dia semua gunehuhuhukalau nak beli boleh roger tau019-5205540..akak sedia membantu gitu :)



hah gitulah ceritanya pasal set berpantang aku kali nih…
owh lupe nak bagitau, kalau ko beli set pantang dari amway ni, nanti dapat FREE BENGKUNG tau…korang mesti suke barang free nih kan?? dan lagi, kalau beli ngan aku, aku bagi lagi satu bende FREE, bedak FREE…bagus untuk seisi keluarga…dan lagi…FREE POSTAGE…haaa…suke tak??kalau suke order ngan aku tau…wakakaka…

eh nak bagitau bengkung dia tahan lama tau…sebab aku dah gune bengkung brand amway nih dari zaman alysa…n bengkung tuh dari bos aku…bos aku bagi sebab dia kata dia dah tak beranak dah…n dia dah gune bengkung tuh untuk 6 orang anak adia…haaa, 6 + 3…dah 9 kali gune…anak sulong bos aku tuh dah bape belas tahun tah…so usia bengkung tuh pon dah lama…pastuh plak kali nih aku beli satu set nih dapat bengkung…so aku ada dua bengkung la…huhuhu…so kali nih aku tukar2 la kejap pakai yang lama kejap pakai yang baru…hihihi..

ok lah…sekian sahaja review aku kali nih…
owh nak iklan lagi sekali, kalau nak beli set nih roger je aku tau…harga special i bagi u all seme :)
save terus no auk nib…019-5205540

tak pon kalau korang nak beli barang2 baby terus je pegi kat www.dolceryna.com
tips : korang sign in terus boleh nampak harga terlajak murah…kalau tak sign in harga gitu2 jelah…

ok bye

20 October 2016

aqyl dah 1 bulan

Bismillah

cepat tol masa berlalu…
pejam celik pejam celik…eh, dah satu bulan dah ulat beluncas mama nih…


nanti kang pejam celik pejam celik, eh eh dah setahun pulak kan??
amboi ko, cepat sangat nak anak umur setahun…hahaha


ok, setakat hari nih, aqyl dah pandai senyum, nangis no 1, dah boleh nampak, kirenye kalau kite bergerak mata dia dah boleh ikut arah pergerakkan…


dah pandai isap jari sendiri, tu tande protes nak susu, kalau mama lambat sangat bagi dia akan hisap jari…
kulit makin lama makin cantik, dah makin putih mama tengok ko dik…ape rahsia??boleh bagi mama sikit putih tu…mak ko nih itam…maklumlah lahir time bulan gelap … :P


eh, pandai buli mak ko nih, kadang ko pandai beza siang malam, kadang tuh ko tido 48 jam, pastuh ko bangun 6 jam je…stress mak ko nih…nak tido pon xsempat tau…



lagi ape lagi eh??
aqyl dah banyak ragam, orang letak je bising mintak diangkat…orang pegang je elok je ko baik kan, last2 tido…mengada sangat, skang boleh lah mak ko jaga, nanti bulan depan orang jaga nasib ko la nak oii…harapnye dapatlah pengasuh yang baik hati boleh melayan kerenah ko…

aqyl azlan
3.9kg
52 cm

iklan jap : kalau nak beli baju macam aqyl tuh, boleh order kat ig : @allaboutprinting 


ehh, udah lah tu…itu sahaja untuk hari ini…
nanti kite cerita lain…
bye








nota aqyl : nak shopping barang baby? boleh click je www.dolceryna.com :)

19 October 2016

review : bedung barut baby

Assalamualaikum...
Yuuhuuu...
Acik acik seme tengah buat ape tu??

Ok, kali ni mama kite nak review pasal barut and bedung yang saya pakai ni...jom baca..

Disebabkan ni dah anak no 3, so aku masih ada simpan lagi yang lepas2 punye barut n bedung kakak2nye dulu...cumenye biasalah, kakak dulu banyak pink purple...girlish sangat tau...hahaha, so aku decide untuk cari la dua tiga helai tambahan yang nampak boyish sikit

Tetibe plak ada satu ig shop ni nak sponsor barut n bedung untuk si aqyl ni...amboi ko dik, macam retis plak ada orang nak sponsor kan...wakaka...dah orang nak bagi, mama terima je...murah rezeki ko nak...so meh lew kite tgk sendiri mcm ne kualiti barut n bedung kat ig : @bedungbarutbaby ni


ok, nih antara barang2 yang aqyl and mama dapat…ada lagi satu, stokin gebu gebas tak sempat nak amik gamba, aku dah rembat dulu pakai sebab sedap sangat…tak sabar2 rasanya…wakakaka



Untuk barut, aku memang selalu pakai sampai 6 bulan lebih...or selagi muat lah barut tu...macam kat bedungbarutbaby ni ada 3 jenis saiz...saiz S, M dan L...disebabkan aqyl pon dah 4kg, so aku amik saiz M and L...mcm yang aqyl pakai ni saiz L...nampak besar kan?? 😘

kalau mom to be tu, tak tau nak pilih saiz ape, aku suggest beli 3 saiz sekali gus…
n kalau untuk anak first, ko beli la 5 keping setiap saiz…so nanti ko dapat lah 15 keping…boleh la pakai sampai umur 6 bulan lebih…haa gitu, siap dapat tips membeli barut lagi… 😘



barut ni jenis cotton flannel tau…kain memang sejuk gitu kalau baby pakai…memang selesa abis lah...
n yang paling penting, kain ni jenis tahan lama...ko simpan la empat tahun pon boleh...xtipu ni sebab aku kan dah jadi mak anak 3 weh, aku dah buat eksperimen dah bende2 ni seme...hihikalau korang nak beli barut, haa, belilah yang jenis kain cotton ataupon cotton flanneljangan g beli jenis kain yang merepek2 plakkang panas plak si baby tu pakai nanti...

Meh kite zoom in sikit, ko tgk jahitan dia, memang kemas n kualiti...bukan pakai taram je tau...sebab tu boleh tahan lama...n paling aku suke sebab corak warna warni...biasalah, mak mak skang ni seme nak bende comel2 kan...so ko pilih je nak corak ape...kaler pon banyak pilihan...eh kalau korang jenis suke yang plain pon ada gak...senang cakap seme design pon ada 😘



Hah, tu barut cerita pasal barut, ni nak citer pasal bedung plak...bedung pon dia ada jual...ni bukan biasa2 punye bedung...saiz besar ok, memang boleh bedung sampai umur setahun...sebab saiz dia 1m x 1m...besarkan??harga pon murah plak tu...so tak yah pikir panjang, boleh je p shopping terusmcm2 jenis corak n design adako pilih je mane nakjanji siapkan duit pastu click sana click sini setel gitu…




korang, kalau dap at baby boy, tungku ni amatlah penting sebab senang nak tuam kat bebird dia tuh…eh, kalau anak pompuan pon boleh…masa zaman alysa dulu aku tak tau kewujudan tungku nih semua, so mak aku pon tuam je lah gune kain gumpal2 pastu panaskan kat seterika…kelaka kan…rupenye, ada tungku comel cenggini untuk baby…mudah kerja you all…
pastu yang best tu, tungku dia tu alysa boleh plak buat jadi mainan gak...dia kata nak cek cek doctor...tekan tekan kat perut adik...ko ni alysa mmg lew suke meniru ape yang mak ko buat...huhu..eh, tungku baby ni bagus tau...ada banyak kelebihan bertungku...ni memang must have item ni kalau ada anak kecik...senang dia agak2 nampak mcm sakit perut pon boleh bertungku...sebab tungku baby ni ada macam2 jenis herba kat dalam tu...kalau ko panaskan, bau dia, perghhh harum semerbak bau herba 😝 … bukan macam aku dulu, gumpal kain, tuam…kelakarlah kalau diingat2kan balik…



Yang setokin ni alysa panggil stokin lembut lembut...aku suh dia pakaikan ke mama, dia plak yang terbekenan, dia plak yang pakai...syok plak dia tumak ko dapat pakai sekali sekala jetau2 dia yang sarungbertuah punye budak tau...

Eh panjang pulak ko bebel kan...aku ni memang, kalau dah suke memang la gini, panjang bebel, kalau xsuke, aku bebel panjang gak...aku straight to the point...kalau aku suke aku cakap aku suke, kalau xsuke pon aku cakap aku xsuke...senang, xde nak selindung2, xde nak review yang baik2 je...bukan ape, yang xelok pon kite kene bgtau supaya orang tu dapat tingkatkan servis dia kan...haa, take a positive part ye kalau aku review xok tu...jangan pk negative ajopikir untuk kebaikkan

haa, cenggitulah ceritanya…eh, udah lah tuh…ni ada satu cerita best nak bagitau korang semua…dah bebel2 panjang, asek dok hasut korang dok belikan…nih haaa, tokei kedai wasap akk cakap nak bagi 10% diskaun haa kat korang…tapi tapi tapi, untuk 10 orang yang terawal je tau

dan lagi, 10% diskaun nih hanya valid bile korang buat pembelian di WEBSITE sahaja…kalau nak order kat ig ke fb ke tak valid ok…tak de sape nak layan korang kat situ…so kalau nak diskaun, g beli kat website…banyak tuh 10% diskaun..

ok senang je caranya…g website : www.bedungbarubaby.com.my pastu shopping, order, pastuh last sekali tuh jangan lupe masukkan code ni : DOLCERYNA10 pastu nanti korang akan dapatlah 10% diskaun tu ok…so jangan lambat2, kalau lambat nanti tak dapat…k bye…muaahhh...


16 October 2016

Kisah si bujang

Bismillah...

Alhamdulillah tepat kul 11pg selamatlah si bujang mama tu keluar...aku ni masa meneran memang dok tutup mata je...sampaikan anak dah keluar pon tutup lagi...pastu bukak sipi2 je sebab nak tau jantina ape...maklumlah masa dia dalam perut banyak berteka teki...Alhamdulillah, lelaki wei...lelaki...lega aku rasa...kompem2 pas ni tutup kilang weh...wakaka...udah lew tu...semput dah mak nak mengandung...makin berumur makin banyak dugaan n cabaran...😅

Elok je dah potong tali pusat terus doc letak baby atas badan...skin to skin kaedahnye...pastu uri keluar, doc pon jahit terus doc keluar...kalut jugak lah doc nak keluar sebab ramai patient menunggu weh kat bawah...so nurse je lah yang uruskan selebihnye...


Selalunye orang dapat anak happy, aku dok kalut nak muntah xabis2 lagi...wakaka...xsampai 20min skin to skin aku dah tanya nurse bile nak angkat baby ni...aku nak muntah...nurse kata skin to skun sejam...aku suh angkat jugak, sebab terasa dah nak keluar sangat dah muntah tu...tapi nurse dok la xnak angkat baby...haih stress plak aku masa ni, kang ada jugak yang termuntah atas baby ni kang...😑


Last2 nurse kata dia bagi ubat tahan muntah...aku cakap haa bagus lah tu...kang aku dah start muntah nanti xboleh benti pulak...tapi aku mmg suh angkat gak baby, sebab aku xlarat nak pegang...last2 nurse angkat gak bawak g cuci bersih2 baru la dia hantar balik...eh sebelum dia bawak g cuci tu, laki sempat lew azankan kejap...☺️

Ok, setel semua, terus dapat ward, elok je aku dapat ward parent aku pon sampai bawak alysa...alysa excited lew ngan baby barunye itu...sonok lew tu dapat adik lagi...
Pas parent aku balik pas sorang sorang sorang family datang melawat...last2 dah malam baru la maknye ni dapat belek anak bujang...kalau x sebelum ni pas sorang2 datang...kebetulan beranak ari sabtu, orang cuti kan, so sempat lew singgah...hihi…


orang pertama datang melawat…kebetulan plak dia pon ada checkup ngan doc asmah yun masa ari tuh...


~family mentua datang melawat~



~cik man n family~



~cu and family~

Ok lah, sampai sini aje, nanti kalau sempat lagi aku review satu2 produk n servis yang aku gune masa dalam pantang ni...benonye banyak sangat bende nak share ngan korang...tapi alahai xsempat nak cerite...huhu

K bye




07 October 2016

Detik kelahiran Aqyl Azlan

9 september 2016
11.30 malam
Pusrawi

Ok, aku dengan rasa malasnye pergilah serah diri kat spital kul 11.30 malam...dok daftar ape seme kat kaunter tu...nurse pon kata ok jom masuk LR utk buat ctg dulu...

Masa masuk LR tu dalam kul 11.50 mlm...nurse suh tuka pakai baju pink tu la...aku masa ni benonye dah ingat nak amik gamba, buat kenangan la kan, tapi entah lah...dok kelam kabut tuka baju, pastu terus buat ctg...pastu sampai lew ke beranak xamik gambo...lupe...hahaha...

Ok, dah buat ctg nurse kata contraction aku selang 5minit...dia tanya aku sakit ke x...aku cakap xde rasa pape 😂...nurse muke pelik...wakaka...so dia kata nak cek bukaan...masa ni aku macam was2 ngan nurse sorang ni, masa nak cek jalan tu muka xkompiden langsung...sekali dia selok je, aduyaiii...sakit betul...pastu lama plak tu...menahan je lah aku...

Dah lepas tu dia mcm xkompiden jugak dah bukak bape...adoyai...pastu nurse yg nampak macam otai sikit datang, kata nak seluk lagi sekali...nak nangis rasa, tapi pasrah je lah...ehh, tau2 je dah setel...haa, xde pon rasa sakit..mcm ni la kalau orang pro buat...huhu...so aku tanya dah bape cm...dengan harapan dah bukak lew 3 4 cm ke kan...sebabnye dah jenuh aku jalan banyak sepanjang seminggu, xkan la xde progress jalan xde bukak...

Sekali nurse kata baru bukak 1cm...n servik tu pon still tebal lagi...kecewa aku...nampak gayanya memang kene induce lew ni pagi esok...waaa, meremang bulu roma rasa bile mikir induce tu...huhu...so nurse suh tunggu je la kat LR tu...

Aku mintak nak masuk ward, sebab nak selesa sikit...ye lah, kesian ke laki xde tempat yg selesa nak tunggu...tapi nurse kata xboleh...hahaha...so pasrah je lah laki...

Padahal masa afryna dulu aku mcm ni gak, serah diri malam, pastu lepas dah cek jalan seme dia bagi ward suh rehat dlm ward sementara nak tunggu jalan bukak full...tapi kali ni xboleh la plak...so laki pon terpakselah tido je kat lantai beralaskan sejadah...sian...tapi lena gak dia tido siap berdengkur lagi...aku plak yg stress...

3pg aku terjaga, rasa mcm nak berak, tapi aku kompius, nak berak ke nak beranak...huhu...so aku layan je...lama2 layan aku rasa tu bukan nak berak, tapi sakit contraction dah datang...huhu...so aku pon mula lah berjalan jalan...pusing LR...mcm2 posisi aku buat...huhu...merangkak, mencangkung, seme gaya ada...

Sampai lew ke pukul 5pg nurse datang...kata nak buat ctg lagi...nurse lain dah plak, dah tuka shift kot..huhu..masa ni boleh rilex2 lagi walaupon sakit...sebab xde la sakit sangat...just sakit manja2 gitu...sampai lew ke kul 8pg aku dah mula start xboleh tahan...doc msg2 ngan memember whatsapp nak bagi leka sambil tahan sakit...tapi dah pagi2 sabtu kot, cuti weh, mana ada nak melayan...wakaka, deme layan katil lagi bagus dari melayan aku...so aku layan la diri sendiri...😂

Elok kul 9.10 pg, doc pon sampai, tapi masa tu aku tgh dok posisi macam dalam gamba ni sebab menahan sakit ...elok je aku nak bangun sekali terasa panas je...air keluar la...tapi xbanyak...hahaha, blur kejap waktu tu...

Aku cakap lew terasa air keluar, doc kata xpe, baring dulu, katanya dia nak cek jalan dulu...kalau dah ada bukaan kurang2 3cm kire proceed bersalin normal...tapi kalau jalan still xbukak kenelah induce...masa ni dup dap dup dap...mintak2 lah dah bukak jalannye...xnak induce oiii...

Ok, tau2 doc senyum cakap, eh jalan dah bukak 5cm ni...haa, kejap lagi dah boleh bersalin...lega rasanya...sambil2 doc cakap tu dia pecahkan air ketuban...tau2 je air dah kuning 😞...terus doc kata, baby awak dah berak...so awak kene induce la jugak ye bagi cepat...takut baby makan najis dia sendiri...waaa...nak nangis rasanya masa tu...

Masa ni kelam kabut sikit sebab doc nak cepat...memula dia suh drip air dulu sebotol bagi ada tenaga...pas abis air baru masuk ubat katanya...Masa doc nak cucuk masukkan jarum drip tu dia tersalah cucuk pulak 😭😭 sakit yang amat...sampai skang ni pon tangan aku kebas tang sakit tu...rasanya dia xmasuk tang urat...😓

Pastu dia cucuk lagi sebelah ok je, pas dah masuk air, doc tanya awak nak epidural x sebelum kite induce ni...aku DENGAN confidentnye jawab : TAK NAK ...wakaka...masa ni berlagak gile...tp kalau sakit pon aku kalau boleh mmg xnak la epidural tu...masa masuk air tu laju gile, dalam 15min kot dah abis sebotol...ok abis je air tu nurse datang masukkan ubat induce tu...lebih kurang kul 10 la nurse masukkan ubat...

Masa ni aku tetibe je rasa sakit...pas sakit sakit lagi, pastu makin lama makin sakit...nak bercakap pon xboleh sebab sakit sangat 😂...lalu aku pakse laki aku suh tanya nurse ada x ubat tahan sakit selain epidural...aku dah xboleh tahan...mcm nak patah pinggang...

Aku tgk jam, masa tu baru dalam 10 min ubat jalan, tapi sakit dia ya allah...tak boleh nak cakap mcm mana...huhu..nurse datang bagitau xboleh dah nak bg ubat sebab dah lambat sangat...tkut aku xboleh nak meneran nanti...aduiii, nangis lagi masa ni 😁...mmg menangis je la keje aku...wakaka...

Datang mak bidan otai...gaya macam garang, tapi xmenyakitkan hati...wakaka...maksud xmenyakitkan hati tu maknenye, walaupon cara dia cakap mcm garang tapi aku boleh terima...hahaha...aku dok kata nak juga ubat tahan sakit...dia dok lekakan aku smbil cakap dengan garangnya...

"Ni sakit nak beranak dah ni...tunggu je...sakit nak beranak macam ni la"

Dok ulang ayat tu 40 kali...wakaka...aku pon dok ulang ayat sama kt dia..." Tp saya dah xboleh tahan ni"...sambil tu perut menggelodak nak muntah...ok, sila maklum, aku 3 kali beranak 3 kali kene ada bekas kat sebelah sebab sibuk nak muntah masa meneran...wakakaka...mana nak muntah, mana nak meneran...aku pon kompius...😜

Ok, pastu mak bidan cek jalan dia kata dah bukak 7cm, dia tanya ada rasa nak teran x...aku jawab TAK...tapi lepas sesaat aku jawab tak, tetibe je aku rasa nak teran...wakaka, mcm main2 plak kan...pastu aku jerit...saya nak teran...hahaha...mak bidan kata, aih tadi kata belum lagi...meh nak tgk jalan, betul ke dah boleh teran ni...dia pon cek jalan kata dah 9cm...punye la cepat...xsampai seminit dari 7cm dia bukak 9cm...

Aku dengar Mak bidan suh nurse panggil doc cepat...10 min lepas tu doc sampai, dia suh teran je kalau rasa nak teran...

Ok push cubaan pertama...lupe macam ne nak teran...yang ni aku rasa lawak jugak...patut tangan kat buku lali ye masa nak teran, dagu kat bawah macam menunduk...tapi aku dok tangan angkat ke atas tah mcm nak gapai ape je...kelaka kelaka kalau ingat balik mcm malu...😂
Doc cakap, salah tu...push lagi sekali...ok masa ni sekuat hati...memula dah xboleh tahan tapi laki aku cakap eh dah nampak kepala, aku pon meneruskan teran sampai abis nafas dah, lalu keluarlh kepala...lega...

Doc puji untuk bagi semangat, hah, pandai nurul...ok sikit lagi, teran kuat je nak keluarkan bahu ni...jangan angkat bontot...amboi ko dengar je doc cakap sikit je lagi, sepenuh tenaga ko teran lalu keluarlah si aqyl tu...tapi tapi tapi sebab beria sangat teran aku dengan selambernye angkat bontot...padan muka, kene jahit sikit...tak pasal2huhu







Alhamdulillah...lega...ok dah panjang sangat citer, aku sambung next entry plak eh...bye😘







06 October 2016

39 week - 3rd pregnancy

9 september 2016
39week
Pusrawi

Ok, ari ni kite checkup 39 minggu...
Ingat lagi x kisah masa 38 minggu??tak ingat??g klik kat link ni kalau nak tau citer selanjutnya...

Ok, sambungan dari kisah minggu lepas...elok je lepas doc cakap dah bukak 1cm, beria lah aku ni nak jjcm sebelum pantang...maklum lew dah bukak 1cm kan??so elok je aku keluar spital, aku terus ajak laki g taman melati...sebabnye nak makan roti canai...wakaka...mcm xde mende lain ko nak makan kan??tapi kalau korang nak makan roti canai melayu buat sedap, lembut gitu dengan kari kambing dia perggghhh mengancam...korang boleh g kat area lrt tmn melati tu, jalan menghala ke m3 tu banyak kedai2 kecik tepi jalan tu kan...memang akan nampak tulis beso roti canai kari kambing...kedai tu hujung sekali kt corner tau…✌

image1.jpeg


Ok, abis makan, sempat plak aku ngecek laki g singgah m3 mall tu kejap...sempat lagi naik nagoya, beli kain nak buat sarung bantal...haa, baru ko hegeh2 nak g anto jahit satung bantal...dah nak beranak la baru dok nak mencari kain...seme keje nak buat last minit...wakakaka...nasib baik xberanak kat m3 mall tu...

Wokey, ni nak citer pasal checkup 39 minggu kan...mcm biasa, sebelum solat jumaat, laki g amik no letak buku...kul 3.30 baru aku hegeh2 nak g pusrawi...ye lah, aku keje, nak kene setelkan keje baru lew keluar g spital...so sampai spital mmg selalunye no aku dah lepas, nurse tanya g mana lambat, aku punye alasan, saya lapar, g makan kejap...huhu...so elok je duduk dalam 15min no kene panggil...nampak x sebab ape aku suh laki aku g amik no dulu?sebab aku xlarat nak tunggu lama2...huhu

Ok, masuk bilik doc...doc tanya ada sakit??aku jawab xde doc...elok je saya sihat xde rasa sakit...amboi ko belagak betol...huhu..so doc suh baring nak scan...

Sekali dah elok scan, tgk2 air ketuban dah sikit la...doc tanya ada air keluar ke...aku jawab x, sebabnye aku pon xperasan...entah, mcm xde...tapi doc kata air ketuban dah kat border...masih ok katanya cume dah xcantik la...lebih2 lagi aku plak xperasan bile masa air tu leaking...

Then doc cek lagi uri aku, ingat x ari tu masa 37minggu doc kata uri dah matang??kali ni dah over matang...so doc pandang aku n dengan selamber dia cakap, ok, awak admit lah hari ni ye...

Aku laju je cakap, kalau malam boleh x??saya nak p makan dulu...wakaka...ingat makan lagi tu...😝...doc kata, ok malam eh masuk, esok pg2 kite induce...

Hah?? Induce??aku rasa mcm nak pengsan dengar doc nak induce...weh, aku xpenah induce...orang dok kata induce tu sakit...aku tanya la doc, kenapa nak kene induce...aku pon belum over due lg...biar jelah baby keluar sendiri...nak buat pe pakse2...

Doc pon cakap ada 2 sebab aku nak kene induce...1 sebab air ketuban dah border line, doc risau aku xperasan air tu makin lama makin sikit nanti baby boleh lemas...aku dengar word baby lemas terus setuju...wakaka...
Pastu no 2 uri aku dah over matang, kalau dah over tu sampai situ je lah...so nanti baby pon xboleh dpt oksigen dengan cukup...owh, baru aku tau uri ni pon ada gak expired date...

Oklah doc, saya ikutlah cakap doc...mungkin itu yang terbaik...so aku pon balik tu call parent aku bgtau nak p anto budak2 ni dok sana, aku nak beranak dah...wakakaka...😁

So malam tu, aku list kat laki suh p beli char keow tiow, eskrim mc d nak cicah ngan fries, ngan biskut femes ames tu...2 bende laki aku sempat beli, tp femese emes xsempat sebab dah malam kedai dah tutup...xpelah, nasib baik aku xngidam sangat...hihi…

image2.jpeg



So kisah aku bersalin nanti bersambung kat next entry plak...buibye ✌
♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com