nih cerita pasal zaman dulu2 aku nak bayar bulanan…
jenuh la aku bayar tiap2 bulan rm100…pastu skang nih dapat tau ada dapat diskaun 50% kalau ko bayar lump sum…so ape lagi, jom lew...
hah, nih nak bagi berita gembira kat peminjam pinjaman MARA nih…korang dah bayar ke belum…kalau dah bayar tuh, alhamdulillah…kalau belom, meh sama2 kite ikut step nih pastuh boleh dapat 50% diskaun weh..banyak weh 50% tuh…baik ko buat…tarikh tutup 31 disember 2016..
Berikut adalah syarat seseorang itu layak untuk mendapatkan diskaun 50%.
- Peminjam pinjaman pelajaran MARA tahun 2010 dan sebelumnya.
- Peminjam lulus pengajian.
- Peminjam yang tidak mendapat pengurangan bayaran balik (conversion).
- Membuat bayaran sekaligus (lump sum)
Cara Memohon Diskaun 50%
- Buat permohonan di sini : http://insentif50.mara.gov.my/
- Permohonan dibuat sekali sahaja.
- Permohonan pengurangan pinjaman akan terbatal jika maklumat yang diberikan adalah salah.
- Buat permohonan di sini : http://insentif50.mara.gov.my/
- Permohonan dibuat sekali sahaja.
- Permohonan pengurangan pinjaman akan terbatal jika maklumat yang diberikan adalah salah.
Aku dah buat dah tadi…dah anta segala dokumen yang dia nak…tapinye sekarang nih aku musykil macam mana aku nak tau aku berjaya ke tak dapat diskaun tuh…aku tengah selidik lagi nih…maybe gak nanti MARA hantar email ye dak?? kalau dalam tempoh seminggu tak dapat jawapan lagi nanti aku call lew MARA…
Aku plan nak setelkan semua sekali gune KWSP je…senang lah kan abis satu lagi loan…serabut weh banyak hutang nih…aku kalau boleh nak bebas utang tau tak…huhuhu…harap2 dapat lew 50% diskaun tu yea…
ok lah, kalau dah dapat nanti aku buat entry post yang lain plak ye…k bye
No comments:
Post a Comment