Super mummy?hohoho…aku
ada sorang kawan yang betul2 super mom. Kawan baik forever…insyaallah..Kenapa aku
rasa dia supermom??meh sini aku cerita..
Aku kenal
dia tahun 2007…lama dah kami berkawan..masa tuh aku jumpe dia masa nak daftar
belaja kat UTM untuk part time…kene g daftar jauh nun kat skudai sana…masa tuh
mana ada kawan, tambah2 plak ngan aku nih berat mulut nak bercakap…lagi la
susah aku nak berkawan (patutla alysa anti social,
ngikut mamanye yg anti social gak nih..hihihi)..tetibe aku bertembung ngan dia…so
kami berkenalan la…tapi masa tuh juz tanya2 nama je, pastuh habis di situ
sahaja sebab kami bz dengan urusan masing2…
Minggu
pertama memulakan sesi kat UTM sebagai student part time…fuh, tetibe teringat
kenangan lama, n tetibe macam tak percaya aku boleh konvo dengan jayanya tanpa
repeat paper, walaupon masa tuh macam tak berapa yakin ngan diri sendiri untuk
belaja part time…tapi aku ada sumber kekuatan yang sentiasa member semangat kat
aku untuk teruskan pembelajaran…sape dia??supermom kawan aku nih la..
Aku jumpe
lagi ngan dia…kali nih aku tgk dia bawak perut yang comel tuh…ehh, dia nih
mengandung rupe2nye…owh, dah kawen…tapi kecik comel macam belum kawen je…start
dari hari pertama tuh, aku pon mula berkawan ngan dia sampai lah ke hari nih…masa
hari first day tuh, ada lagi 2 orang kawan yang aku jumpe…kami berempat kawan
baik…kalau ada pape mesti bersama…J ..tapi entry kali nih nak cerita
tentang supermom yang hebat tuh kan, so tak payah aku panjangkan entry nih ngan
2 orang lagi kawan baik aku tuh…(jika anda membaca
entry nih, pastu anda tahu anda siapa J)
Dah 2 3 kali
kelas, baru aku tau yang dia ulang alik dari MELAKA – KL setiap minggu dengan
perut comel dia tuh seorang diri…dengan tak tau jalan, tanpa GPS, dia harung
jugak jalan2 KL yang sesak barat n bersimpang siur nih…aku yang duk KL nih pon
kalau tak de GPS tak mo gerak g memana, takut sesat…haih, memang langsung tak
lew berdikari la aku nih…masa nih aku memang respek abis la kat dia…sebab bagi
aku, dengan perut comel dia tuh, dia selamba je ke hulu kehilir…sampai la saat2
dia dah sarat pon, dia masih ke kelas tak ponteng tuh…seorang diri ok, bukan
ditemani ahli keluarga yang lain..
Hujung semester
1, orang lain sibuk final exam, dia sibuk ngan baby comel dia…hihihihi, dengan
erti kata lain, dia bersalin waktu kami semua tengah sibuk perah pale otak
untuk final exam…tau2 je masuk semester 2, dia datang kelas bertitlekan status
seorang ibu comel…masa tuh aku tertanya2 gak, macam mana dia bahagikan masa
antara anak, suami and pelajaran…terror betul dia…masa tuh aku tak dapat
bayangkan macam mana kalau aku berada ditempat dia…tapi bile aku sendiri lalui
perkara yang sama, aku gunekan kekuatan dia dulu sebagai sokongan kepada diri
sendiri J
Bagi aku,
dia masih lagi supermom, bile tiap2 minggu, dia angkut baby comel dia tuh datang
ke KL drive sendiri ngan anak duk sebelah…sebelum g klas, dia hantar anak ke
rumah kakak ipar dia kalau tak silap aku, pastuh baru lah g kelas…satu bende
yang aku memang respek habis kat dia, yang dia tak pernah ponteng kelas…paling2
tak pon dia masuk kelas lambat, tuh pon dengan alas an sesat jalan lar, anak
buat hal lar…tapi alas an yang munasabah la…buka direka2…bukan macam aku, asek
lah nak ponteng je kejenye…huhuhhu
Sampailah semester
5 kalau tak silap aku, sekali lagi dia bawak perut untuk 2nd baby,
tapi semangat dia tinggi…tiap2 minggu dia tetap muncul kat kelas…pastu dia nih
rajin, kalau masa nak final exam je, masa tuh la aku nak potostat seme nota2
yang dia buat…huhuhu, senang, potostat je nota dia, buku tak payah bukak, seme
dah lengkap…teringat bile time nak final exam…mesti sama2 belajar, sampai lewat
malam, orang yang pertama akan lelap mata, aku lah orangnye, diikuti sorang
lagi kawan aku yang kaki tido gak (kalau anda baca entry
nih, sila terasa ok),
last sekali supermom nih…selalu gak dia membebel2 kat aku cakap jangan asek nak
tido je, belaja untuk final, tapi nak buat macam ne, dah mata aku nih asek la
nak lelap, sudahnye memang lena la jugak…hahaha
Perjalanan kami
sebagai student diteruskan lagi…tapi kali nih dia dah ada anak 2…aku??masih
membujang masa tuh…so boleh enjoy2 lagi…hahaha…last2 aku kawen masa semester 7,
semester 8 aku preggy, semester 9 aku dah dapat alysa…so start semester 7 aku
dah tak study sesame ngan dia waktu final…tapi nota2 dia masih aku potostat
sampai abis semester…
Last aku
jumpe dia masa aku bulan 6 tahun lepas kalau tak silap…pastuh baru2 nih,
kebetulan aku g Melaka, so ajak lew en laki g bertandang ke rumah dia…guest
what…aku ada sorang anak, tapi masa aku g jumpe dia 2 minggu lepas, dia dah ada
3 orang hero yang hensem2 and LASAK ok…aku pon pening kepala ngan anak dia…tapi
supermom macam dia, kompem2 la boleh handle 3 orang hero dia tuh…huhuhu..
Ok, abis
citer pasal supermom, eh, nak tau sape nama dia??aku panggil dia maz je, nama
penuh mazlisah J
Buat maz, ko
lar sumber kekuatan aku masa aku tgh mengandung, masa aku dah ada alysa…sebab
bagi aku, kalau ko boleh harung semua bende tuh, takkan aku tak boleh kan…TQ
banyak2 maz… J
alysa bersama hero2 aunty maz
kami...aku n heroin - maz n hero2 hensem :)