Pages

28 July 2010

lagi cerita 5544

ini cerita hari isnin lepas (19 julai 2010)
lamanya dah berzaman kan?



owh, masa nak balik opis tuh, tetibe tayar kete lew pecah plak..adei, nasib baik dah dekat ngan caltex jalan kuching..and thank god sebab tak de ape2 yang buruk berlaku pada aku..

aku call jelan, tapi dia tak de kat kawasan berhampiran..so aku call cik ki (pakcik aku ye)
cikki pun datang lar untuk menyelematkan keadaan semasa..nasib baik dia ada




hah, tengok tuh, bertungkus lumus membuka tayar kete



nasib baik ada seorang lelaki cina yang baik hati..haa, ini lar yang dikatakan semangat 1 malaysia

cina nih lar yang telah menyenangkan keadaan sebab dia ada alat yang gune mesin je tuh, so tak yah lar berpeluh2 nak bukak tayar kete tuh..so aku pun ada planning nak g cari lar jugak kat kedai..dia kata dalam rm300 je..senang nanti kalau ada ape2 yang berlaku..lebih2 lagi aku nih perempuan, ape lar ada kudrat sangat nak bukak tayar tuh kan



dah balik umah pun dah lambat..dengan nak setelkan barang2 nak g bandung lagi..so tak sempat lew aku nak g tukar tayar pecah tuh, so aku pakai spare tayar je lar untuk sementara waktu..huh, masa tuh dah pk duit lagi..dah lar masa nak g bandung gune banyak duit, pastuh lew plak tayar kete buat hal..


tapi syukur alhamdulillah, masa aku g jengka hari tuh tak de ape2 yang jadi...nasib baik lar semuanya selamat


then sabtu lepas (24 julai 2010), sebelum aku g kelas, aku mintak tolong hubby darling tolong g tukarkan tayar yang pecah tuh...


alih2 aku balik dari kelas, aku tengok2 bukan setakat tayar je dah bertukar..rim pun dah bertukar..owh, TQ so much..semenye di sponsor olew hubby darling..aku juz bagi duit untuk tukar tayar je (huh, save duit)


rim honda city baru..tak dapat honda city baru, dapat rim dia pun jadi lar.. ;)

kolam ikan pirana..here i jump!!!

vs


hari nih baru ada mud n ada sedikit masa untuk menghappykan diri setelah 2 hari menserabutkan kepala otak dengan masalah kerja


so, ari nih, bangun pagi2 dan mula bersedia untuk melompat keluar dari kolam ikan mas ke kolam ikan pirana dengan hati yang terbuka (walaupun terpakse)


mula2 bangun, cari dress yang cantik supaya membangkitkan mud yang ceria untuk ke kolam ikan pirana...kemudian mandi n mula bersolek...wahh, maklum lew, nak mententeramkan hati..so kenelar b positif..


dah siap semua, call mr hubby darling ajak g bekpes sesama...;)
nasib baik lar hubby darling yang banyak bagi semangat n perangsang untuk aku terjun ke kolam ikan pirana dengan tenangnya

hope lepas nih, aku tak de lar serabut2 lagi..
~think positif..be positif ~


*
*
*
*
*
*
*


ok, nih ada sedikit artikel yang di curi disini, berkenaan ikan pirana...so happy reading ;)





Tragedi paling sadis pada 1981 apabila 300 mangsa bot karam di jeti Sungai Amazon maut dibaham piranha ketika cuba berenang ke tepian pada 19 September 1981, berlaku suatu kejadian mengerikan berhampiran sebuah jeti di Sungai Amazon, Brazil. Dilaporkan pada hari itu, sebuah bot yang membawa lebihan muatan iaitu dinaiki lebih 478 penumpang terbalik dan karam ketika menghampiri sebuah jeti di Obidos yang terletak di tepi sungai sepanjang kira-kira 6,240 kilometer itu.

Keadaan kecoh mula tercetus apabila ramai penumpang terhumban ke dalam sungai dan terkapai-kapai cuba menyelamatkan diri. Bagaimanapun, pada ketika itulah satu kejadian mengerikan berlaku kepada mereka. Tanpa sempat berenang ke tepian, penumpang itu diserang suatu makhluk air di sungai berkenaan. Dengan kejam dan sadis, makhluk itu pantas menggigit untuk memakan daging penumpang yang masih terkapai-kapai. Rasa sakit teramat sangat setiap kali rahang dan gigi tajam makhluk itu mencengkam tubuh mereka.

Suasana di kawasan itu semakin mengerikan apabila darah merah mangsa segera bercampur dengan air sungai. Tidak lama kemudian, lebih 300 penumpang bot berkenaan dilaporkan maut dalam sungai yang menjadi saksi tragedi ngeri itu. Hanya 178 penumpang yang berjaya diselamatkan daripada serangan makhluk kejam terbabit.

Ramai percaya bahawa lebih 300 penumpang malang itu mati dan menjadi makanan kepada piranha iaitu sejenis ikan air tawar paling kejam dan berbahaya di dunia. Walaupun jasad ikan itu kecil iaitu sekitar 20 sentimeter panjang, hidupan air itu memiliki gigi yang teramat tajam seumpama mata pisau. Dengan sekali gigit saja, gigi piranha mampu mengoyak daging manusia dengan mudah.

Tambahan pula, ikan itu bergerak dan menyerang secara berkumpulan sekali gus menyebabkan jasad mangsa yang diserang dengan pantas tinggal tulang. Walaupun ikan itu turut memakan buah, tumbuhan dan ikan lain, mereka dikatakan paling menggemari daging bangkai haiwan ataupun mayat manusia. Keadaan itu menyebabkan piranha turut digunakan sebagai ejen untuk melupuskan mayat penduduk kawasan hutan di tepi Sungai Amazon ketika musim banjir. Berikutan mayat tidak dapat ditanam ketika banjir, penduduk yang mati ditinggalkan di dalam sungai dan selepas beberapa jam, piranha akan memakan jasad itu sehingga meninggalkan tulang. Tulang rangka mayat kemudian dikumpul, dikeringkan sebelum dikebumikan.

Gigi piranha yang tajam dan rahang yang kuat menyebabkan penduduk Amerika Selatan di tepian sungai itu turut menggunakan organ berkenaan sebagai pisau dan alat memotong. Bagaimanapun, penyelidik percaya hanya dua jenis piranha yang ganas sehingga mampu mendatangkan bahaya yang dahsyat kepada manusia iaitu dari jenis merah berjalur dan piranha hitam. Kedua-dua piranha jenis ini hidup di kawasan air mengalir perlahan di Sungai Amazon.

Selain dua jenis ikan itu, piranha dikatakan tidak ganas dan jinak malah turut dibela dalam akuarium di rumah atau pejabat oleh pihak tertentu. Ikan itu turut dimakan dan dijual di pasar oleh penduduk Amazon. Kewujudan piranha juga dikatakan penting dan turut menyumbang kepada keseimbangan ekologi menerusi beberapa cara. Antaranya mereka ‘membersihkan’ Sungai Amazon daripada dicemari bangkai yang mungkin menyebabkan keracunan selain mengawal populasi ikan dengan memakan ikan yang beracun dan lemah.

Bagaimanapun, hakikat bahawa ikan kecil itu menyerang dan mampu melukakan manusia bukanlah suatu mitos. Justeru, sekiranya anda melawat Sungai Amazon dan merendamkan kaki di dalamnya, maka berhati-hatilah. Mungkin jari kaki anda akan hilang dimakan piranha.

Artikel asal : Si ganas dari Amazon
Ihsan : Nasron Sira Rahim (Berita Harian)

27 July 2010

sebenarnya banyak sangat yang nak diceritakan kat sini..tentang trip membeli barang2 kawen di bandung..tetapi disebabkan ketiadaan mud yang amat terlampau dan ditambah plak ngan tekanan jiwa kat opis, so kite pospone je lar citer tuh yea..maybe next week or free time aku citer ye..k bye

26 July 2010


sedang berduka lara, tetibe jumpe gambar nih kat google..agak2 nak buat baju pengantin macam ni bolew tak??

tapi tak mo lar cekci sangat kat bahagian dada tuh, kene tutup lar sikit...nanti tak pasal2 mak aku mengamuk

tapi nak tempah kat ne ehh??sesapa ada tak tailor yang best2 ang murah??

kawen paksa


hari nih masuk je opis tetibe kene 'kawen pakse'...gile ke ape? tak de ribut taufan, tak de merisik or meminang, tetibe cakap nak 'kawen'...waaa...tak mau...ingat aku nih senang2 je ke nak bawak 'lari', pastuh suh aku 'kawen'?



macam ne nih???haih, korang semua mesti tak paham kan?? ari nih tetibe je aku kene tukar deparment,

dari unit CEE ke unit OPTI..
dari syurga fraud ke neraka fraud,
dari akuarium ikan mas ke akuarium ikan pirana...

tensionnye!!!!!!!!!!


yang membuatkan aku lagi tertekan, tak bincang ape2 ngan aku, alih2 cakap, berkuatkuasa 1 ogos 2010 aku akan ditukarkan ke operasi..memang tak terkata..langsung tak lew terkeluar sepatah huruf pun dari mulut aku


waaa..air mata dah nak ngalir dah masa tuh, tapi tahan jea..tadi memang bengang sangat, rasa nak marah semua orang...tapi sekarang dah bertenang sikit..dah mula bolew berfikir, so permohanan aku untuk still kat unit aku sekarang di tolak, so aku akan melancarkan perang dingin


plan A
still nak try untuk memujuk rayu supaya tak ditukarkan..try ugut2 sikit..buat drama air mata, tapi kalau tak jadi gak, kene buat plan B


plan B
ikut je cakap bos2 yang GILER KUASA tuh, tapi tengok lar, aku tak nak perform kerja..pedulik pe aku..kalau dia nak bising2 kat aku, aku nak cakap je yang aku tak minat kerja kat situ


plan C
pindah terus dari unit FRAUD..so jap lagi aku nak g amik borang tukar, nak try jea, kalau dapat tukar aku blah je lar dari sini..biar aku tension keje kat tempat lain, dari aku duduk kat dalam akuarium pirana tuh..



errkkk..ataupun korang ada cara untuk aku atasi benda nih??????

25 July 2010

teringinnye

huhuhu..teringin sesangat nak pakai gaun macam nih masa wedding nanti..tapi ibu tak bagi lar plak..nak buat konsep tradisional..alar, aku nak english style..



(nih kawan aku punye wife,huhuhu, aku cilok gambar nih dari FB dia..sorry pit lala)


semua yang aku impikan semua tak bolew, bila nak buat macam nih, ibu kata nak macam tuh...so, nak tak nak ikut je lar..tapi aku tau, ape yang ibu buat tuh, semua yang terbaek untuk aku..:)



aku : nak konsep english
ibu : nak konsep tradisional

aku : sewa je lar baju
ibu : beli je terus

aku : doorgift kite bagi makanan je lar, bende lain orang buang je nanti
ibu : tak lew, kene bagi cenderahati sekali, nanti baru orang ingat

aku : kad kawen murah2 je lar, bukan orang simpan pun
ibu : jangan murah sangat, nanti buat malu ibu je

aku : tak nak cincin yang ada permata besar (cincin bajet, sebab bukannye nak pakai pun, aku tak suke pakai cincin)
ibu : tak lew, kene yang ada diamond macam ibu punye (sambil tunjukkan cincin anniversary dia yang abah bagi, harga 3k)

aku : kite buat kat umah lar
ibu : buat kat dewan

aku : tak payah bertunang lar, jimat belanja
ibu : kene bertunang, nanti orang mengata tibe2 kawen

aku : masa bertunang tak payah pakai pelamin lar, buat simple2 jea, hias sendiri
ibu : sewa je pelamin, tak de masa nak buat sendiri

aku : nih sape nak kawen nih?ibu ke along
ibu : along, tapi along kene dengar cakap ibu, jangan buat malu ibu





waaa....susah tul jadi anak sulung nih, tambah2 lagi cucu sulong..semua dia nak buat..dari yang simple2 rasanya dah jadi macam ter'grand' lar plak..huhuhu..tak pe lar, aku sebagai anak ikut je lar..bagi dia puas hati..maybe teruje sangat kot..hahaha..;)

15 July 2010

customer always right

tadi aku dapat satu call dari seseorang, owner sebuah kedai..nama kedai tak payah lar aku bagitau kan..nanti jadi cerita plak..


aku tak tau mana dia dapat no tepon aku, tapi aku rasa dia search pasal aku n kuar lar no tepon tuh kot, tak pun dia kidnap no tepon aku dari blog little sweet brown..


ok, dipendekkan cerita, dia mintak jasa baik aku, untuk mendelete satu entry aku yang kurang memuaskan mengenai kedai dia..owh, aku sebenarnye masa menulis entry tersebut, memang langsung tak berniat pun nak menjatuhkan kedai tersebut, tapi tak tau lar plak rupenye2 entry aku tuh, jadi first rating kat google..bile taip je nama kedai tersebut, entry aku tuh yang first sekali akan keluar..


ok, kepada owner kedai berkenaan, ira dengan baik hatinye, telah hide entry tersebut, TAPI ira harap JANGAN lar sesekali buat customer macam tuh lagi..customer always right.tolonglar jaga hati customer..hope lepas nih, ira nak g balik kedai tuh, n nak service dia macam mana..harap2 ada pembaharuan..tapi kalau still macam dulu, ira tak teragak2 nak publish balik entry yang lepas n buat entry baru berkenaan ini..


ok, semoga kedai tersebut terus berjaya n berkembang maju..sebab quality kerja dia sangat bagus, tapi layanan yang diberikan kurang memuaskan hati n tak menepati janji..all the best..


p/s :tapi bagi sesiapa yang pernah baca tentang entry yang lepas, mesti tau kan kedai mana..so senyap2 je lar ye..

oppsss, hope lepas nih dapat diskaun lebeh kalau g kedai tuh...hehehe ;)

13 July 2010


emosi tidak stabil..sangat2 tertekan..bile orang nih push aku, pastuh orang tuh push aku gak..pastuh aku plak yang jadi mangsa..sangat tidak puas hati..


tak bolew nak tulis panjang, sebab orang nih n orang tuh baca blog aku nih..


nih yang rasa nak tukar URL nih...geramnye


dah..air mata jangan kuar lagi..duk diam2 dalam mata tuh

girl vs guy

oppss...terjumpe benda nih kat blog nih...tuan blog, ira pinjam eh..nak buat perbandingan..hehehe..macam menarik je kan..jom kite kaji



GIRL : Prefer survey at Pameran Pengantin…bridal shop..kedai nk beli barang hantaran ke berjam2 although not buying anything.
GUY : Nak cepat balik sebab takde pape menarik..boring

ye, ini memang selalu terjadi antara aku n dia..bile tengah best2 mencari2 barang, tetibe dia dah nak balik..tapi skang ira dah pandai, setiap kali kuar untuk mensurvey2 barang, ira bekalkan PSP untuk dia..tak pun ira suh dia berFB..

GIRL : Details and perfectionist in terms of selecting material or outfit..nk labuci kat tangan je..labuci kene corak bunge kaler2..nak berape persalinan eh? Veil nk panjang takat bahu ke sampai lutut?Nak covered shoes ke heels?
GUY : Amik je la mane2 yang cantik n murah..less accessories is better..

owh..memang amat susah nak mintak pendapat..at last bile dia dah boring, dia kata semua cantik, walaupun bende tuh tak cantik..

GIRL : Prefer to be wedding planner and prepare budget..siap buat excel sheet and reasearch any do-it-yourself thing..even tiny2 corsage and susun atur meja pun kalau boleh die nak control…bunga manggar pun kene matching dgn pelamin..hehe..
GUY : Ahhh..bagi duit kt mak je..pastu mintak caterer prepare everything..

tak suke2..ira siap tunjuk lagi cek list ape yang kene buat, tapi dia kata dia ikut jea ape yang ira n mak dia plan..

GIRL : Excited and nervous for wedding almost all the time..kalo lg 5bulan nk kawen rase mcm lagi 5 hari lagi..
GUY : Ala..lambat lg la..relekla dulu..

asal ajak bincang pasal ape yang perlu di buat, dia kata lambat lagi..apesal nak kelam kabut

GIRL : Sibuk nk pegi spa..hairdo…to ensure you are the most gorgeous princess for the day. girl can accept guy yang perut boroi..botak (asalkan sayang and protect her all the time)
GUY : Tak payah..serabut lambang kemachoan and keunggulan lelaki..huh! of coz guy prefer wife yg hot..cantik sepanjang masa..

tu lar, ira terime je seadanya dia, dia siap cakap kat ira, make sure u jangan gemuk after bersalin..what???

GIRL : Risonye nk kawen..xtau masak..takutnye nak beranak! Boleh ke jadi isteri mithali?
GUY : Ape nk bagi anak org makan lepas ni?hehe boleh kawen lagi x? :)

hahaha..yang nih no komen..memang selalu kuar dari mulut aku n mulut dia

GIRL : Sensitive sebab lelaki macam x excited or amik tau pasal kawen
GUY : Nak buat cmne? Laki memang cmtu..rilekla..

mule2 dulu memang teramat sensitif..tapi sekarang dah buat macam biasa jea..ye lar, Nak buat cmne? Laki memang cmtu..rilekla..




huhuhu..memang betul lar..kadang2 rasa tension je bile ira je yang excited terlebey nak uruskan segala persiapan..tapi dia???

ape2 pun, ira tau yang dia pun dah tak sabar2 nak kawen..hahaha.. i know him ;)

kasut oh kasut

semalam masa aku n ibu tengah bertungkus lumus menyiapkan choc untuk FESTIMA nanti, kitaorang sempat lar bincang tentang persiapan ira ke tarikh itu..ada satu masalah yang agak kritikal dan masalah besar jugak lar..satu benda yang paling aku risau..


KASUT


aduh, kenapa lar kene pakai kasut eh masa bersanding??aku nih dah lar kaki kecik, susah plak tuh nak dapat size yang sesuai..agak2 ada ke yea kasut nikah / sanding saiz 3?paling2 tak pun saiz 4 lar..ada setengah kasut aku pakai saiz 3, ada saiz 4..


dah banyak kedai aku g cari, tapi asyik tak de size je..selalunye kaki aku nih nak kasut vincci, crocs n primavera je..kalau yang lain tuh susah lar nak dapat..sebab tuh kebanyakkan kasut aku 3 brand nih jea...


ibu ada cadangkan untuk tempah kasut sendiri, tapi masih mencari tempat untuk menempah kasut..ada tak sesapa bolew bagi suggestion untuk ira? susah gak jika kite bersaiz xs nih..semua nak kene tempah..baju kene tempah, kasut pun tempah, cincin pun tempah..tak lew nak dapat terus yang dah ready made..sedey tul..


tadi ada lar mensurvey2 jenis2 kasut kat google, bilew tengok kasut kat bawah nih, macam cantik jea, tapi tinggi lar plak kan..hehehe..aku kalau bolew nak rendah2 jea, paling2 tinggi pun 2 inch..hisshh, kalau bolew nak pakai kasut flat je..hahaha..manalar aku reti nak pakai high heel nih..


(tuan blog, pinjam ye gambar nih, tapi dah tak ingat amik dari mana)


yang kat bawah nih pun nampak macam simple sangat..sweet jea..ira rasa kalau nak buat kasut nih, ada design ala2 kasut kat bawah nih..

(yang nih plak, di amek dari tepungpelita)


ataupun g je cari kat primavera kasut nih..cantik pun cantik..pastuh yang lagi terasa suke sangat tuh sebab ada butterfly kat tepi tuh..cume macam tinggi jea..haih, nak tak nak terpakse lar pakai kasut tinggi gak, jangan sampai terpelecok masa tengah jalan tuh sudah..maunye malu aku nanti..huhuhu..


sesiapa yang tau mana2 kedai kasut untuk orang bersaiz kecik nih, TOLONG lar bgtau ye..or, ada tempat untuk tempah kasut ke??


sangat2 memerlukan jasa baik korang semua..TQ ;)

12 July 2010

key note


ok, ingat tak entry yang lepas ira citer pasal nak g survey2 pelamin..hoho..ari sabtu lepas sempat g dua tempat..satu kat wedding galore, bangi satu lagi kat dezz collection, sg besi

ok, jom kite tengok quo harga untuk dua butik nih..mana lagi berbaloi??


wedding galore, bangi

Pelamin Dewan Grand 3 panel (Kerusi Highback)
Backdrop Pentas
Stage pentas covered with petals
Sepasang Baju Sanding
1 x Makeup
8 x flower stand
Pintu gerbang
Red carpet sepanjang dewan
(RM3800)

untuk yang nih, pakej n deco dia amat menarik, tapi dari segi baju, tak banyak pilihan..pastuh jauh lar plak..kalau nak buat ape2 perubahan, macam leceh lar plak..nak kene g bangi..so, reject dari list



dezz collection, sg besi

Pelamin 3 panel (Kerusi biasa)
Sepasang Baju Sanding
1 x Makeup
6 x flower stand
Pintu gerbang
Red carpet sepanjang dewan
(RM 3700)


yang nih plak baju banyak pilihan..cakap je nak fesyen ape, mesti ada..tapi yang tak best tuh, kerusi pelamin dia macam tak best..dia tak de kerusi yang tinggi2 tuh..semua pelamin dia jenis lama..so yang nih pun reject from list


owwhh..setakat nih, d intan collection gak yang menambat hati..bukan je dari segi harga, dari segi pelamin pun menepati citarasa, n lagi satu, dia bolew buatkan baju baru untuk ira..n kak intan pun agak 'mesra alam' berbanding 2 butik owner di atas..n setakat nih, d intan lar yang paling dekat dengan umah..;)


tapi keputusan masih belum di buat, nak g survey2 lagi beberapa tempat..kalau tak de yang berkenan gak, hujung bulan nih dah g tempah lar kat kak intan..hehehe..act hati dah terpaut kat d intan..hope bolew nego2 lagi harga..hehehe ;)



owh, ini lar driver aku sabtu lepas..huhuhu..jenuh dia melayan kerenah ira yang banyak sangat hal..kejap nak ke sini, kejap nak ke sana..maklumlar, ira nih cerewet sebenarnye..semuanya kalau bolew nak paling the best..errkk, ada ke orang tak nak the best kan??semua orang mesti nak yang terbaek untuk hari keramat tuh..betul tak??

otw masa nak balik umah tuh..(setelah kepenatan menshoppingkan diri di kedai cokelat n mensurvey2 pelamin)
tetibe abang jelan call lar plak tanya kat mana..tah ape yang dia cakap tah, tetibe

dia : jom balik umah
aku : jom lar (memang aku bajet nak balik umah gombak lar kan)
dia : betul u nak balik
aku : ye lew, abis tuh nak g mana lagi?
dia : tak, maksud i, balik umah mak, mak jatuh kerusi..dia panjat2 nak amik barang pastuh tergelincir
aku : owh, jom lar (tak de pk panjang, terus ok je)



so, here we are..hehehe..owh, disebabkan perjalanan agak 'lama'..pastuh diiringi plak dengan hujan yang amat lebat..aku pun keboringan, bukak radio pun tak dengar sangat sebab hujan terlalu lebat, so tetibe ada lar plak suara sumbang nih..

kononnye nak masuk key note..huhuhu..jom kite tengok..


masa nih dia tak tau pun aku tengah rekod..huhuhu..konon2 nye nak amik gambar je..psss..jangan bgtau dia tau!!



hah, dah sampai umah mak..eh, rupe2nye kitaorang orang pertama sampai..so secara tidak langsung, tetibe ira bertukar..walaupun dah bape beratus kali g umah dia..dah beribu kali jumpe family dia, tapi sampai skang aku tak lew nak menyesuaikan diri..tetibe jadi pendiam sangat2..hahaha..sepatah tanya, sepatah jawab..itu pun kire ok, kalau tak, aku hanya mampu tersenyum je..huhuhu..

pastuh, bile ayuni dah sampai, aku pun tetibe bertukar kembali menjadi diri sendiri, dah macam umah sendiri dah, duk sibuk melayan ayuni, sebab ibu ayuni nak makan..

nasib baik ada ayuni, kalau tak, memang jadi batu lar kat situ..haih, bile lar nak ubah perangai nih..susah sangat nak mesra ngan orang lain, sebab tuh aku tak bape banyak kawan..huhu..tapi kalau dah start kawan, itu lar kawan aku sampai mati..


hah, tgk tuh, aunty ira je lebey2 pandang kamera, ayuni tengok pe tuh??




owh, tengok cu lan nak kopek durian ye...

kalau korang semua nak tau, ayunie nih 'hantu durian'..sampai ibu dia terpakse sorokkan durian tuh..asyik nak makan je..takut plak demam, sebab durian kan panas...

dah abis kenduri durian tuh, kitaorang pun balik lew umah..

hah, lupe nak bgtau keadaan mak jelan, dia ok, cume ada lar sakit sakit sikit..dah buat x ray, alhamdullah tak de ape2 yang patah..


ok lar..penat tul sabtu ari tuh, kuar dari pagi, dah malam baru sampai umah...

owh, sebelum balik umah tuh, aku sempat g kidnap pja kat umah dia suh tido umah aku.hehehe..TQ pja



08 July 2010

mud : tergedik


rasa rindu yang amat mendalam pada si dia...


mud pagi nih, mud gatal n tergedik terlebey..huhuhu..tak sabarnye rasa nak ada orang disisi waktu malam2..hahaha...ok, abaikan mud gatal..full stop


sebenarnye baru semalam je jumpe dia, tapi rasa macam dah lama je tak jumpe..huhuhu..tak tau lar nape, sejak akhir2 nih, rasa macam baru2 bercinta plak...


wah, mula berangan n mengimbas kembali zaman dulu2 bercinta..rindunye saat itu..


semalam after balik meeting kat menara, aku terus g umah dia...balik2 sampai umah, mengadu penat..tak larat..puasa...


aku : penat, puasa
dia : ye ke? macam tak caya je
aku : ye lar, tak nampak nih bibir kering?
dia : ok lar caya..so u nak buka pe ari nih?
aku : errmmm...dah lama u tak masak untuk i..sedapnye kalau dapat makan masakkan u..ape2 pun bolew, asalkan u masak



ok, berenti sampai di situ..pastuh aku teringat yang appointment kami dengan d'intan collection..owh, tengok jam dah kul 6..aku pun suruh dia siap2 dan kami pun keluar cari kedai kak intan..


aku dengan bijak pandainye, bolew plak save no tepon dia..ari tuh juz amik kat website dia je, pastuh call, cakap nak datang kedai dia kul 6.30..tapi nasib baik tak sesat..senang je tempatnye..kat atas JPN batu caves tuh..


ok, masa aku sampai tuh, ada lar couple nih tengah try baju pengatin..cantiknye..so sementara kak intan tengah melayan couple tuh, aku ngan jelan mula lar menengok2 ape yang patut..


ok, cantik lar jugak..dari gambar2 sedia ada, not bad jugak lar pelamin dia..n baju pengantin dia pun banyak yang cantik2..tapi dah mula terpikir, ada ke saiz aku nanti??waa...nih yang susah kalau badan cekeding..adei..


pastuh bincang2 ngan kak intan mengenai rate pelamin..
so far macam ok lar, tapi aku ingat nak g survey tempat lain lagi..mana tau ada yang lagi ok ke kan..


nih rate dia..tapi kalau korang ada tempat yang lagi best bgtau lar erkk..

sepasang baju pengantin (L + P)
1 x make up
aksesori pengantin
pelamin 3 panel
arch
red carpet
6 batang tiang bunga
transport
(RM 3350)


cume sekarang nih dalam dilema..samada nak tempah baju aku sendiri or sewa je baju..n kak intan kata, kalau plus lagi rm100 dari pakej sedia ada, dia lew jahit satu baju baru untuk aku, ikut saiz badan aku..so maknenye aku orang first yang akan pakai baju tuh..nampak macam menarik gak..


tapi jelan kata better beli kain n tempah jahit..nilai sewa n tempah sendiri sama je..kalau sewa, kite kene pulang balik baju, tapi kalau tempah baju tuh hak milik aku..n kalau dah tak nak gune, lew jual 2nd hand..tapi ada ke yerk orang saiz aku??


owh, masih dalam perbincangan...tapi kalau ada idea, bolew lar suggest kat aku..or kalau korang tau ada mana2 butik pengantin yang offer pelamin yang cantik n murah..jangan lupe bgtau ira ye..;)


hah, dah kul 645, so terus balik..oppss sebelum balik umah sempat menyinggah jumpe ngan si kecik ayuni
lama tul tak membuli budak comel ini..


haih, tgk2 rambut dah panjang, dah bolew ikat sikit2..dah lar rambut kerinting2..geram tul




dah puas membuli, jelan ajak balik, sebab dah nak maghrib, so aku pun nak bukak pose kan..so, balik lew..memula tuh pelik gak, dia terus balik umah..aikk, tak nak beli makanan untuk aku bukak pose ke??


aku : b, i nak bukak pose makan pe?
dia : i masak
aku : betul ke?
dia : yer, u buat air je


huh, masa tu rasa macam nak lompat2 je..so macam nak bagi dia pun hepi, aku pun kemas lew umah n lipat kain sementara dia tengah masak..huhuhu..


ok, ni lar menu aku semalam..sedap..;)



ok lar..cukup2 lar tuh, mata dah pedih2..mengantuk plak..esok nak g bangi plak, nak g wedding galore..yang nih aku memang berkenan sangat lar ngan pelamin dia..simple n menarik..
cume nak g tengok baju pengantin je


haih, lagi nak dekat nih, lagi rasa macam banyak nye bende tak setel lagi..doakan yang terbaik untuk kami ye..TQ

ALLAH maha adil

owwhh...
pja, aku rasa ape yang aku lalui dulu dah terbalas..sebenarnye bukan aku mendoakan benda tuh terjadi..tapi mungkin ini dugaan ALLAH...


satu masa dulu, masa aku tengah bercinta dengan anak dia, macam2 dia buat supaya kitaorang putus..tak cukup dengan call aku, cakap macam2, dia suh plak anak pompuan dia bgtau aku..ok fine, aku pun putus lar ngan anak dia..


sekarang, anak dia sendiri menderita, sebab sekarang ape yang penah dia buat kat aku, terkene kat anak dia..tapi, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak dia..sebab anak dia tak salah ape pun...


yang aku paling terasa sangat2, masa raya, aku n pja g umah dia beraya atas jemputan anak dia..kalau ikutkan hati, memang tak nak pegi..tapi dah anak dia beria2 ajak datang gak, so aku pun pegi lar untuk tunaikan janji..bukan pe, tahun yang sebelum tuh aku tak dapat datang umah dia masa raya, so masa tahun kejadian, aku terpakse lar datang..


bolew plak, dan dan aku sampai je, mak dia nak solat..ok..aku paham..solat..tapi takkan lar solat sampai sejam kot...memang langsung tak nak jumpe aku..haih..pja, ko ingat tak kejadian tuh??sampai skang masih fresh lagi tau kat kepala otak aku nih..memang terasa gilew arr...


tapi, aku bersyukur gak pada ALLAH, sebab kalau mak dia tak buat macam tuh, tak de lar aku kenal jelan,buah hati intan payung aku yang sekarang nih...


ALLAH dah rancang yang terbaik untuk kite kat dunia nih..jangan lar sesekali kite sia2 kan..


untuk dia, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia..sebab dia pun memang baik, cume mak dia je, demand sangat...sometimes macam tak caya je, orang zaman sekarang nih, still memandang harta benda, paras rupe...


nasib baik lar family aku menerima jelan seadanya jelan, n family jelan menerima aku seadanya aku(hahaha..ye ke)

dulu n sekarang

elow..

assalamualaikum

nak gelak dulu lar.. (◕‿◕✿)


semalam aku dengan rasa yang teramat boring, menggodek2 lappy,
tetibe terjumpe satu folder gambar lama2 aku n dia


nih jea gamba yang dapat diselamatkan sebelum lappy lama rosak..sedey tul, dalam lappy lama lagi banyak gambar2 kenangan...;(


hisshh..kalau ditengok2 kembali, macam tak caya je tuh dia..apehal gemuk sangat??hahaha..macam ne lar masa tuh aku lew suke dia..haih..ketuk kepala jap..wakakaka..


..jom2 kite tengok..gambar dia dulu2..bezanya dengan sekarang..






nih gambar masih panas2 bercinta..
kalau tak silap aku lew, 17 june 2006
baru seminggu dua bercinta

wakakaka..g date kat titiwangsa..
kelakar lar bile ingat2 balik

owhh..gambar kat atas bukan aku yang edit tau..gambar nih dia yang edit..konon2 special lar bagi kat aku..pastuh, dulu siap ada buat movie clip lagi untuk aku..masa tengah hangat bercintakan, ape saja sanggup..

kalau sekarang, hampas kelapa..semua tak lew..huh







~20 june 2006~

ok, ni plak jumpe kat KFC depan puduraya tuh..masa nih nak anta aku balik kuantan lar..hahaha..siap tukar handpon lagi tuh masa nih...haih, kalau skang, nak pegang hanpon pun dia tak bagi..banyak nye beza dulu n skang..nih belum kawen lagi nih...


owh, masa nih, dia sempat belikan wallet untuk aku..kononnye hadiah lar...buat surprise..hai, betapa indahnya dulu.. a lot of surprise..skang???







~30 june 2006~

masa nih, dia datang jumpe aku kat kuantan..hehehe..kebetulan masa tuh dia konvoi ramai2 nek moto ke cerating..usaha gak tuh nak singgah teluk cempedak semata2 nak jumpe aku..adei, kalau sekarang, aku duk kat selayang tuh pun susah nak datang jumpe...

pening..pening..bile di kaji2 banyak lar plak perbezaan dulu n sekarang








~21 sept 2006~

korang perasan tak baju kitaorang pakai tuh sama?
hah, masa nih, dia baru je balik dari UK..oppss..bukan ulu kelang tau, tapi united kingdom...so salah satu hadiah untuk aku, baju ni lar..sepasang, aku n dia..


owhh, masa nih sangat seksa di lambung badai rindu..maklumlar, belum hilang lagi manisnye cinta...hahaha..tapi, kalau korang nak tau, jauh bukan penghalang..selang 2 hari, mesti dia call aku..pastuh, bercakap bukan kejap2...macam duk malaysia je..pastuh, hari2 webcam...


haih, bile ingat2 balik, indahnye kenangan itu..sanggup bangun kul 3 4 pagi, semata2 nak webcam ngan dia..kan malaysia london perbezaan waktu sangat ketara..tapi tak pe lar..ape saje untukmu..huhu









~ 3 dec 2006~

aku sangat suke gamba nih..nampak macam comel je..owhh, lupe nak cakap, kalau korang perasan, rambut dia dah pendek kan??dia potong rambut dia tuh masa kat london..hah, baru lar nampak ok sikit..kalau tak, macam penjenayah mana je aku tengok..


masa nih aku ikut dia g bukit jalil..ada ape tah..tapi yang pastinye berkenaan moto..sangat seronok masa nih..owh, masa nih jugak lar, ada sorang dua kata kitaorang macam adik beradik..haih, ye ke??



hah, korang mesti pelik kan aku lew ingat lagi tarikh2 gambar nih, ye, ingatan aku amat kuat..ha'ah..ye lew tuh..aku kene bukak balik lar diary lama aku tuh..tgk balik tarikh2 dia..tu lar untungnye ada diary nih..;)

hehehe...rupe-rupenye banyak tul perbezaan dia dulu n kini...ingatkan setakat rupe bentuk badan, tapi perangai pun banyak berubah...tak pe lar..yang penting, aku tau hati dia baik, walaupun luaran nih macam hantu terejal mana tau..eee...geram je kadang2...rasa macam nak bunuh dia pun ada gak..sometimes bolew jadi mental kalau lama2 sangat ngan dia nih...

kadang2 perangai dia tuh bolew buat aku senyum sendiri..ape pun, dia lar yang terbaik..satu dalam seribu tuh..ingat senang ke nak cari??

07 July 2010

adik2 belakang umah

owh, petang tadi melawat 'adik2' di belakang umah..lamanya tak datang melawat..huhuhu..tetibe je macam terkejut bile ada 'adik' baru..3 ekor plak tuh..huhuhu..rupe2nye abah beli anak ayam baru lar..alamak, masa tengah taip entry nih baru perasan yang ira tak amik lar plak gambar anak ayam yang comel tuh..


act aku bukannye nak sangat pun melawat 'adik2' kat belakang tuh..tapi dah ibu plak suh g bagi makan kat dorang sebab abah balik malam ari nih..pastuh kene cari telur burung puyuh plak..ari sabtu ni ingat nak masak sambal telur puyuh untuk si dia tuh..haih..sibuk, hari2 kata nak makan telur puyuh..so nih dalam proses mengumpul lew nih..


satu hari paling sikit pun dua bijik..hari nih dah terlambat kutip, tinggal 2 bijik je..sebikik lagi dah selamat di makan dek ayam api2 yang jahat tuh..haih, aku memang agak anti tul ngan ayam api2 nih





owhh..tak lama lagi mesti dapat ahli keluarga baru..huhuhu..hiisshh, tak malu tul si sopina n si danisy nih..ada ke nak 'beramah mesra' kat depan aku plak..




ok lar, lengkali citer lagi ye..nih nak g menyiapkan cokelat jap..huhuhu..bolew plak terberenti mengupdate blog..huhuhu..act tengah tunggu cokelat tuh semua beku..tuh yang sempat menconteng-conteng kat sini..

ok bye..muuaaahhhh

05 July 2010

my best weekend


...membuang masa bersama family tersayang...



9 family kesemuanya, cume adik aku yang ngok ngek tuh jea dah tak ingat keluarga agaknye..huhuhuhu..asyik tak de je kalau orang ada gath..tu lar..bz sangat..haih...



TQ to all my lovely family for having a great time, will miss that moment..hehehe



owh, semuanya sporting giler..cume..errmmm..cik lan je kot yang tak bape sporting...dah lar tak mau main, kononnye nak amik gambar, tapi harap pegang kamera je besar gabak, mana gambarnye tah..haih, pastuh duk melawan je ape organizer cakap..hiissshhh..betul2 nak kene nih..huhuhu


ok, kurang mood untuk bercerita panjang..jom tgk gambar je lar ;)



aku n ibu..owh, si kecik tuh memang sentiasa menyemak



happy family..hmm..masa nih cik ja n alang tak de lar plak



gelagat2 ibu memang tak boleh blar..seme dah tak ingat anak masa nih
..alang..ngah..ibu..utih..cik ain..cik ros..



si kecik nih akhirnye tertido gak...kalau tak, penat nak melayan kerenah dia


oklar..tetibe terasa seperti mau demam...hingus dah mula membajiri hidung..tiada mud ;(
♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com