Pages

28 July 2010

kolam ikan pirana..here i jump!!!

vs


hari nih baru ada mud n ada sedikit masa untuk menghappykan diri setelah 2 hari menserabutkan kepala otak dengan masalah kerja


so, ari nih, bangun pagi2 dan mula bersedia untuk melompat keluar dari kolam ikan mas ke kolam ikan pirana dengan hati yang terbuka (walaupun terpakse)


mula2 bangun, cari dress yang cantik supaya membangkitkan mud yang ceria untuk ke kolam ikan pirana...kemudian mandi n mula bersolek...wahh, maklum lew, nak mententeramkan hati..so kenelar b positif..


dah siap semua, call mr hubby darling ajak g bekpes sesama...;)
nasib baik lar hubby darling yang banyak bagi semangat n perangsang untuk aku terjun ke kolam ikan pirana dengan tenangnya

hope lepas nih, aku tak de lar serabut2 lagi..
~think positif..be positif ~


*
*
*
*
*
*
*


ok, nih ada sedikit artikel yang di curi disini, berkenaan ikan pirana...so happy reading ;)





Tragedi paling sadis pada 1981 apabila 300 mangsa bot karam di jeti Sungai Amazon maut dibaham piranha ketika cuba berenang ke tepian pada 19 September 1981, berlaku suatu kejadian mengerikan berhampiran sebuah jeti di Sungai Amazon, Brazil. Dilaporkan pada hari itu, sebuah bot yang membawa lebihan muatan iaitu dinaiki lebih 478 penumpang terbalik dan karam ketika menghampiri sebuah jeti di Obidos yang terletak di tepi sungai sepanjang kira-kira 6,240 kilometer itu.

Keadaan kecoh mula tercetus apabila ramai penumpang terhumban ke dalam sungai dan terkapai-kapai cuba menyelamatkan diri. Bagaimanapun, pada ketika itulah satu kejadian mengerikan berlaku kepada mereka. Tanpa sempat berenang ke tepian, penumpang itu diserang suatu makhluk air di sungai berkenaan. Dengan kejam dan sadis, makhluk itu pantas menggigit untuk memakan daging penumpang yang masih terkapai-kapai. Rasa sakit teramat sangat setiap kali rahang dan gigi tajam makhluk itu mencengkam tubuh mereka.

Suasana di kawasan itu semakin mengerikan apabila darah merah mangsa segera bercampur dengan air sungai. Tidak lama kemudian, lebih 300 penumpang bot berkenaan dilaporkan maut dalam sungai yang menjadi saksi tragedi ngeri itu. Hanya 178 penumpang yang berjaya diselamatkan daripada serangan makhluk kejam terbabit.

Ramai percaya bahawa lebih 300 penumpang malang itu mati dan menjadi makanan kepada piranha iaitu sejenis ikan air tawar paling kejam dan berbahaya di dunia. Walaupun jasad ikan itu kecil iaitu sekitar 20 sentimeter panjang, hidupan air itu memiliki gigi yang teramat tajam seumpama mata pisau. Dengan sekali gigit saja, gigi piranha mampu mengoyak daging manusia dengan mudah.

Tambahan pula, ikan itu bergerak dan menyerang secara berkumpulan sekali gus menyebabkan jasad mangsa yang diserang dengan pantas tinggal tulang. Walaupun ikan itu turut memakan buah, tumbuhan dan ikan lain, mereka dikatakan paling menggemari daging bangkai haiwan ataupun mayat manusia. Keadaan itu menyebabkan piranha turut digunakan sebagai ejen untuk melupuskan mayat penduduk kawasan hutan di tepi Sungai Amazon ketika musim banjir. Berikutan mayat tidak dapat ditanam ketika banjir, penduduk yang mati ditinggalkan di dalam sungai dan selepas beberapa jam, piranha akan memakan jasad itu sehingga meninggalkan tulang. Tulang rangka mayat kemudian dikumpul, dikeringkan sebelum dikebumikan.

Gigi piranha yang tajam dan rahang yang kuat menyebabkan penduduk Amerika Selatan di tepian sungai itu turut menggunakan organ berkenaan sebagai pisau dan alat memotong. Bagaimanapun, penyelidik percaya hanya dua jenis piranha yang ganas sehingga mampu mendatangkan bahaya yang dahsyat kepada manusia iaitu dari jenis merah berjalur dan piranha hitam. Kedua-dua piranha jenis ini hidup di kawasan air mengalir perlahan di Sungai Amazon.

Selain dua jenis ikan itu, piranha dikatakan tidak ganas dan jinak malah turut dibela dalam akuarium di rumah atau pejabat oleh pihak tertentu. Ikan itu turut dimakan dan dijual di pasar oleh penduduk Amazon. Kewujudan piranha juga dikatakan penting dan turut menyumbang kepada keseimbangan ekologi menerusi beberapa cara. Antaranya mereka ‘membersihkan’ Sungai Amazon daripada dicemari bangkai yang mungkin menyebabkan keracunan selain mengawal populasi ikan dengan memakan ikan yang beracun dan lemah.

Bagaimanapun, hakikat bahawa ikan kecil itu menyerang dan mampu melukakan manusia bukanlah suatu mitos. Justeru, sekiranya anda melawat Sungai Amazon dan merendamkan kaki di dalamnya, maka berhati-hatilah. Mungkin jari kaki anda akan hilang dimakan piranha.

Artikel asal : Si ganas dari Amazon
Ihsan : Nasron Sira Rahim (Berita Harian)

No comments:

♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com