14 February 2012
38 week
masuk jea bilik doc...bende pertama doc tanya : eh, tak bersalin lagi??
hahaha, ari tuh masa last check up, doc kata maybe ira bersalin awal sebab baby dah turun...tetibe sampai skang anak mama nih still ada kat dalam tuh...
so terus g scan budak kecik nih...pastuh doc tekan2 perut...doc cakap : owh, macam lambat lagi jea nie, maybe lagi 2 minggu kot..sebab dia dah naik atas balik...perut awak nih keras jea kat bahagian atas...
so hasil scan :
age : 38 week
berat : 2.5 kg
kedudukan : normal (kepala kat bawah, uri kat atas)
air ketuban : ok, cukup
ok, doc cakap maybe dia nak membesar lagi, sebab tuh dia naik semula...hmmm, ape2 je lar anak mama...kamu takut nak keluar ke??takut kene buli dengan seme orang??hahahaha, cian anak mama nih, dari dalam perot lagi seme orang dah tak sabar2 nak buli kamu...tak pe2, kamu bertapa lar dulu kat dalam tuh...biar dah dapat tali pinggang hitam baru kuar tau...nanti kalau kene buli, kamu buli balik ;)
ok lar, bye2..jumpe lagi esok luse
31 January 2012
36 week preggy
30 January 2012
Senaman petang
Baju baby da basuh ke belom??
ok, act ira dah basuh baju baby nih sebelom ira final exam ari tuh...takut kelam kabut ngan exam lagi, mana nak uruskan baby item lagi...pastuh lipat cantik2 letak dalam bakul n standby tepi dinding diruang tamu..kononnye nak bawak balik umah ibu...sebab nanti berpantang di sana...
TAPI
nak dijadikan cerita...rupe2nye kat dinding tuh ada laluan anai2 disebalik frame gamba yang tergantung kat dinding...n masa hubby perasan tuh, dia pon angkat lew frame gamba tuh tanpa sedar yang anai2 tuh akan berterabur ke bawah...
LALU
abislar baju baby ku terkene serpihan sarang anai2 tuh...adoi...lemah tul rasa...act sikit jea yang kene..sebab ira dah tutup ngan kain kat bakul tuh...tapi untuk menjamin keselesaan dan tiada jangkitan bakteria2 yang tidak sepatutnye hinggap pada bb nanti...ira terpaksa membasuh kesemua baju2 kat dalam bakul tuh sekali lagi...
so cuti raya cina ari tuh, sesi membasuh baju baby sekali lagi...hihi..
Hah,korang seme da siap2 basuh ke??
28 January 2012
solat duduk ketika hamil
30 December 2011
tommee tippee vs mam bottles?
29 December 2011
review : maternity photoshoot
38-2, Jalan PJU 5/20B, The Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Phone: 012-692 2155
28 December 2011
Check list mama n baby
24 December 2011
baby cot???
baby kurang gerak??
23 December 2011
49 days to go
15 December 2011
warehouse sale : selayang mall
2. sepasang baju lengan pendek - rm5
3. topi utk baby - rm 5.45
13 December 2011
DIY : bedung baby
Ok,pastuh korang potong la kain tuh ikut ukuran yang betul...Klu nk besar,buat 1m x 1m...
Ok,pada yg nak diy sendiri tuh...selamat mencuba ;)

so ini lar hasilnya
1. bakul utk baju kotor baby - RM 3.30
2. besen mandi baby - RM 11.50
3. hanger untuk gantung baju baby...yang kecik punye dah ada, so beli yg besar plak - RM 7.90
12 December 2011
review : Baby Warehouse Sale
3 mitten n booties - rm 4/pair
09 December 2011
review : details scan + 4d scan
25 November 2011
detail scan : part 2
semalam buat survey berkenaan detail scan for baby...so here we are~~~
Klinik : Pusat Perubatan Naluri Sdn Bhd.
Lokasi :
No. 94, Jalan 1/27F
Pusat Bandar Wangsa Maju,
Kuala Lumpur
53300 Wilayah Persekutuan.
Tel : 03-4143 3633
Rate : rm 250
Hanya bayaran consultation sahaja, tak termasuk CD...ceh, bayar kemain mahal, tapi tak dapat pape...bile eira tanya nak gamba n CD video macam ne, dia cakap, kene amik sendiri gune HP or kamera...so REJECT
Klinik : Kampung Baru Medical Centre (KBMC)
Lokasi :
No. 85, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26931007
Rate : rm 200
Dapat semua lengkap, CD and gamba...TAPI next appoinment pada 19/12/2011...masa tu rasanya macam dah lambat sangat je...ira pon dah 30 week kot...so REJECT lagi
Klinik : Gombak Medical Centre
Lokasi :
No. 1, 1A, 3& 3A JALAN 3/16,
TAMAN SRI GOMBAK,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-61892829
Rate : bermula dari rm200
Hanya bayaran consultation sahaja, kalau nak CD kene tambah rm10...so macam ok lar kan, ingat nak g kat sini jea, tapi masih dalam pertimbangan lagi, next appoinment 27/11/2011...so termasuk dalam senarai, tapi masalahnye plak, ira ada kelas pada hari ahad tuh...so 50-50 lagi
Klinik : Pusat Pakar Wanita Medina
Lokasi : sebelah highway MRR2, dekat dengan Satay Samuri, Taman Melati
Rate : bermula dari rm150
Hanya bayaran consultation sahaja, kalau nak CD kene tambah rm10...tak payah buat appoinment, hanya walk in sahaja, setiap hari dari pukul 1 petang - 8 malam...ok, macam ini pilihan yang tepat...bile2 masa sahaja bolew pegi...so agak2 free je terus angkat kaki dan pegi ;)
Klinik : Hospital Pakar An- Nur
Lokasi :
No 14 & 16, Medan pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi
No Tel : 03-89266060
Rate : rm 200
Dapat semua lengkap, CD and gamba... next appoinment pada 29/11/2011...ni pon ok gak, TAPI macam jauh la plak dari rumah…huhuhu…
Kesimpulannye :
Tak sure lagi samada nak g Klinik Pakar Wanita Medina or Hospital Pakar An-Nur…nanti pape ira update lagi yea…k buibye
24 November 2011
detail scan
Skan ultrasound pada minggu ke-18 sampai ke-23
Melihat bayi anda terpapar di skrin adalah masa yang sangat emosional dan menggembirakan. Kebanyakan pasangan mahu mengetahui jantina bayi merekadan mahu menyimpan beberapa gambar. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk beringat bahawa tujuan utama skan ini ialah untuk mengenal pasti sebarang keabnormalan.
Adakah saya perlu menjalani skan minggu ke-20 ini?
Apakah yang saya dapat lihat?
Muka dan tangan bayi pada minggu ke-20 gestasi
Apakah dikaji dalam skan 20 minggu kehamilan ini?
• Selalunya kepala akan diteliti dahulu dari segi bentuk dan struktur dalaman dan juga otak. Sesetengah masalah otak yang serius boleh dikesan pada peringkat ini. Doktor akan memeriksa wajah bayi untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang lekuk pada bibirnya, tetapi rekah pada lelangit di dalam mulut bayi (cleft palate) agak sukar untuk dilihat dan selalunya tidak dapat dikesan semasa skan.
• Tulang belakang diperiksa dari perspektif panjang dan juga secara melintang untuk memastikan semua vertebra adalah tersusun dan sejajar, dan tulang serta bahagian belakang diselubungi kulit sepenuhnya. Dinding abdomen bayi juga diperiksa untuk menentukan ianya menutupi semua organ dalaman di bahagian hadapan.
• Jantung diperiksa untuk mengetahui saiz dan bentuknya. Dua ruang jantung sebelah atas atau "atrium" dan dua ruang bawah atau "ventrikel" mesti mempunyai saiz yang sama dan injap mesti boleh membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung. Sesetengah doktor menjalankan skan jantung yang lebih terperinci untuk mengkaji salur-salur darah utama. Sama ada hospital anda menyediakan skan yang lebih terperinci ini atau tidak, tergantung kepada kualiti mesin ultrasound yang ada, jumlah masa bagi setiap satu skan dan sama ada doktor mempunyai latihan khas untuk menjalankannya.
• Perut yang terletak di bawah jantung, boleh dilihat. Bayi anda sudah tentu telah menelan sedikit cecair amnion yang mengelilinginya, dan ini dilihat seperti buih hitam di dalam perut.
• Doktor akan memastikan bahawa bayi anda mempunyai dua ginjal, dan pengaliran urinnya ke pundi kencing berjalan dengan lancar. Jika didapati yang pundi kencing kosong bila menjalankan skan, anda akan dapat memerhati dan melihat pundi beransur-ansur menjadi penuh dengan mudah – sebenarnya pada masa ini, bayi anda sudah mula membuang air kecil kira-kira setengah jam sekali untuk beberapa bulan!
• Tangan dan kaki diperiksa, dan jari-jari dan ibu jari diperiksa tetapi tidak dikira bilangannya.
• Plasenta, tali pusat dan cecair amnion semuanya diperiksa.
Plasenta akan terletak sama ada di bahagian hadapan atau belakang dinding rahim anda, selalunya berhampiran bahagian atas (atau fundus) jadi ia dinyatakan sebagai "fundal" dalam laporan imbasan anda. Ia selalunya dinyatakan sebagai "rendah" sebab ia menghala ke bawah atau menutup leher rahim (serviks). Jika plasenta anda rendah, satu lagi skan akan dijalankan pada trimester ketiga, yang mana kebanyakan plasenta telah berpisah daripada serviks. (Baca dengan lebih lanjut mengenai plasenta rendah.)
Tiga saluran darah dalam tali pusat dapat dikesan tetapi ini selalunya tidak dilakukan secara rutin. Pada masa ini adalah penting cecair amnion itu cukup untuk mengelilingi bayi sebab ini membolehkannya bergerak bebas.
Apakah perkara-perkara lain yang perlu diperiksa?
Apakah yang diukur semasa imbasan 20 minggu kehamilan ini?
Apakah keabnormalan yang dapat dikesan semasa skan 20 minggu kehamilan?
Maklumat berikut, yang diterbitkan oleh Kolej Diraja Pakar Obstretik dan Ginekologi UK, menunjukkan kemungkinan untuk mengesan keabnormalan-keabnormalan yang serius semasa skan 20 minggu kehamilan. Namun begitu, sebenarnya, amat jarang berlaku masalah-masalah ini.
• Anensefali (ketiadaan bahagian atas kepala) - 99 peratus.
• Eksomfalos /gastroschisis (kecacatan pada dinding abdomen) - 90 peratus.
• Keabnormalan utama tangan dan kaki (ketiadaan atau tangan atau kaki atau terlalu pendek) - 90 peratus.
• Spina bifida (tulang belakang rekah) - 90 peratus.
• Masalah ginjal serius (ketiadaan atau ginjal yang abnormal) - 85 peratus.
• Hernia diafragma (lubang pada otot di sempadan dada dan abdomen) - 60 peratus.
• Hidrosefalus (cecair berlebihan dalam otak) - 60 peratus.
• Sindrom Down (sesetengah bayi Sindrom Down mungkin mempunyai masalah jantung atau usus yang boleh dilihat semasa skan) - 40 peratus.
• Masalah jantung serius (kecacatan pada ruang jantung, injap atau saluran) - 25 peratus.
• Autisme – tidak dapat dikesan.
• Palsi serebrum – tidak dapat dikesan.
Sesetengah masalah termasuk kecacatan jantung dan masalah berhubung usus tersumbat, mungkin tidak dapat dilihat sehinggalah di peringkat akhir kehamilan.
Apakah penanda-penanda ultrasound atau ultrabunyi?
Penting untuk diingati bahawa kebanyakan bayi normal juga memperlihatkan penanda tertentu, yang selalunya hilang dalam beberapa minggu. Walaupun begitu, penemuan penanda semasa skan boleh menyebabkan ibu bapa berasa sangat bimbang dan takut.
Bagaimana jika terdapat tanda-tanda masalah?
Jika masalah tersebut tidak serius, anda diberi kesempatan bagi membincangkan semua pilihan yang terbuka. Antaranya ialah sama ada membuat pembedahan atau rawatan selepas bayi dilahirkan, atau membuat pembedahan semasa bayi masih di dalam rahim. Untuk ini anda akan disokong oleh satu pasukan yang terdiri daripada bidan, pakar obstetrik, pakar bedah dan pakar bius. Kemudahan ini boleh didapati di kebanyakan hospital atau unit pengajaran perubatan di Malaysia. Terdapat juga beberapa pusat swasta yang menyediakan kepakaran tersebut. Walau bagaimanapun, ia adalah sangat mahal. Tanyalah pakar obstretik anda dan minta dia mengesyor atau merujukkan anda kepada pakar yang sesuai.






























