Pages

Showing posts with label info baby. Show all posts
Showing posts with label info baby. Show all posts

31 March 2014

Review : Scan 3d/4d (2014)

bismillahhirrahmannirrahim..

assalamualaikum semua..

ini adalah salah satu entry basi lapuk dah berkulat..
dok la peram dalam draft
tak lew publish2...

apesal??
sebabnye aku tak de masa nak menaip...
upload gamba je
pastuh biar berkepam lama dalam draft..
ngeh ngeh ngeh


so mari kite bercerita pasal scan 3d/4d adik baby..
ingat tak entry ni??

hah, tapi aku tak g pon appoinment 8/2 tuh...
pasal pe??
hah, pasal kisah di entry ini plak..

pagi2 sabtu tuh jugak lar aku cancel kan appoinment..
nasib baik senang je caranya..
korang juz sms je cakap cancel..
pastuh nanti ko boleh tgk tetibe slot ko tuh open untuk orang lain :)


ok, so aku pon reschedule la balik appointment tuh..
aku gi buat on 22/2/2014

tapi disebabkan aku lambat nak set appoinment,
maka aku dapat satu slot sahaja
n yang paling tak best, aku dah tak boleh nak buat 2d scan details...
sedey la jugak...sebab yang pentingnye 2d scan details tuh, 3d/4d nih bagi aku biasa je..



so dalam kul 9 tuh kami bergerak lew ke klinik fauziah ampang..
hah, sempat lagi kami berselfie sementara papa tengah memandu...
hihihi...anak aku ni kejap suke nak bergamba...
kejap tak suke...

tapi selalunye memang payah lew nak amik gamba...
bajet artis lew sangat...asal nak amik gamba je tutup muka lari lari..
apa pon tak boleh...
nyampah!!!!

so sampai je tuh,
daftar kat kaunter..
tunggu tak sampai 5 minit, nama dah kene panggil..

ok, masuk dalam jumpe si comel jess...
kecik molek je orangnye...


dia suruh aku baring...
pastuh dia start scan...tetibe masa tuh adik baby pon galak plak menendang...
jess kata baby seronok sangat tuh
tapi sebenarnye, waktu tu baby tgh tido...
amboiii, walaupon tgh tido, kaki galak menendang...
siap tutup muka ngan dua2 tangan tuh

pastuh jess siap urut2 perut, tepuk2 sikit...
sambil kejut baby bangun..


masa nih aku memang kagum sangat sangat sangat lar...
setakat nih, masa zaman alysa or zama adik baby nih,
kalau aku scan, doc pon tak de penah cakap2 ngan baby macam tuh...

siap boleh pujuk2 baby suh bangun...
pastuh suh alih tangan tuh..
ko tau tak??anak aku boleh dengar plak cakap jess...
kagum tak??jakun kejap aku kat situ...huhuhu


dan dan tu lah adik baby boleh menggeliat..
sambil menguap....banyak kali hokey...
pastuh siap kerut2 dahi...aku rasa nak gelak pon ada...
pastuh mulut muncung...
gaya macam marah sangat la tuh kene kacau waktu tido...


banyak la aksi2 yang melucukan...
and aku rasa memang sangat2 berbaloi aku bayar rm120 untuk tengok adik baby kali nih..
memang recomended la tempat nih..

kalau nak beza tempat nih ngan an-nur (tempat alysa dulu) memang jauh sangat beza..
10 bintang aku bagi..
puas hati...layanan pon bagus sangat2...


jantina??
insyaallah alysa ada geng nak main princess princess nanti...
hihihi...

sorang lagi geng power puff girl otw..
papa??agak kecewa la jugakkan sebab bukan rider yang bakal keluar...
hihihi..

tapi kuasa ALLAH kan..
kita tak tahu...mana lah tau kot2 dah kuar nanti lain plak jantinanya..

mama terima seadaanya, asalkan kamu sihat sempurna nak oii..


ok...dah kata dari acuan yang sama kan..
so mestilah bentuknya serupa.. ;)


tekalah, mana kakak mana adik???

17 March 2014

info : rotavirus

Apakah itu jangkitan Rotavirus?
Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.


Apakah PUNCA yang menyebabkan jangkitan ini?
Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Rotavirus adalah sejenis virus yang sangat mudah menjangkiti usus. Ia biasanya terdapat dalam najis kanak-kanak yang dijangkiti dan disebarkan menerusi sentuhan dengan najis yang dijangkiti.


Bagaimana Rotavirus boleh tersebar??
- apabila kanak-kanak tidak membasuh tangan mereka selepas menggunakan tandas atau sebelum makan
- daripada orang dewasa yang mendapat jangkitan atau mengendalikan bayi yang dijangkiti. Ini adalah kerana Rotavirus boleh hidup selama berjam-jam pada tangan manusia dan berhari-hari pada permukaan keras dan kering
- ia juga boleh disebarkan menerusi air dan makanan tercemar, iaitu apabila kanak-kanak menyentuh objek dan permukaan tercemar, dan kemudian menyentuh mulut mereka.


Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
-Loya dan Muntah berterusan
-Cirit birit berlarutan selama 3 hingga 8hari.
-Sakit perut
-Demam dan selsema
-Bau najis terlalu busuk
-Cirit-birit boleh menjadi teruk hingga boleh menyebabkan penyahidratan.Tanda-tanda penyahidratan termasuk rasa dahaga, rengsa, lesu, mata cengkung, mulut dan lidah kering, kulit kering dan bagi bayi, lampinnya tidak basah selama beberapa jam.
-Komplikasi Rotavirus


Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.


Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
- Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
- Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
- Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
- Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah


Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu. Ianya tidak mengganggu keberkesanan imunisasi OPV.

Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.

Vaksin rotavirus ini diberi secara oral dalam 3 dos, iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Dos ke 3 perlu diberi sebelum umur mencapai 32 minggu atau pada usia 7 bulan.



sumber : google..

boleh klik link dibawah untuk artikel berita tempatan.

UTUSAN MALAYSIA
BERITA HARIAN

info tambahan vaksin rotavirus : ROTAVIRUS


25 October 2012

walker


Sape letak anak dia dalam walker??hihihi, semestinya aku lartuh…act aku beli walker nih masa alysa dok dalam perut lagi…hahaha…masa katexpo baby, murah je…kalau tak silap, harganya rm20 ke rm30…tak ingat larplak…kitaorang mmg xde plan langsung untuk beli walker yang mahal mahaltuh…yang ada muzik bagai, canggih2…hihihi, beli setakat buat syarat adawalker…cian alysa, dapat mama yang kedekut…huhuuhu

Alas an aku beli walker murah untuk anak??act, aku tahu walkernih BANYAK sangat keburukan dia berbanding kebaikan…sebab tuh aku beli walkermurah je, juz untuk memudahkan aku buat kerja nanti…pastuh, mmg aku dah plan,aku akan masukkan alysa dalam walker BILE PERLU sahaja…so nak buat ape yangmahal2 kan??

Alysa first naik walker masa dia genap 5 bulan…masa nih alysammg asek nangis je kene tinggal, so aku letak dia dalam walker…hihihi, bendebaru kan…sonok lar dia, tergelak2…tapi masa tuh dia kecik lagi…so kaki ponxsampai lagi…last2 aku decide, untuk simpan dulu walker tuh…nak bagi dia belajamacam ne nak meniarap, merangkak n berdiri, baru aku nak letakkan dia balikdalam walker…so aku belikan dia jumperoo…dia boleh melompat2 je dok dalam tuh…sambil2tuh boleh kuatkan kaki dia sambil melompat…J

~alysa first time dalam walker~

So alysa masuk 6 bulan lebih baru aku gunakan sepenuhnya walkertuh…masa tuh alysa dah pandai meniarap dengan lajunya…dah tak boleh naktinggal, tinggal sekejap, rata dia g merayap…letih nak kutip…pastuh masa tuhjugak alysa dah pandai memanjat dan juga da start meniti…so cara penyelesaian,aku letak dalam walker…senang sikit nak buat kerja..

~tgk tuh, kaki pon xbape sampai lagi time nih~

Tapi alysa hanya gune walker pada hari MINGGU sahaja…nak tausebab ape??sebab aku letak walker tuh umah ibu…memang saje letak sana…salahsatu sebabnya umah ibu berganda besarnya dari umah aku…so alysa terjamin sikitkeselamatan dia kat umah ibu…lagipon banyak mata-mata yang memerhati…insyaallahalysa akan lebih terkawal berbanding kalau letak kat umah aku…so memangpenggunaan walker alysa BILE PERLU sahaja…

Eehh, ko taip panjang2 bagai…sebenarnya, aku nak citer pasalKEBURUKAN walker…intro mukadimah je dah berjela jela…hihihi…sabo ajelah…

Ni antara keburukan walker yang aku tahu :

1.      Mengikut pembacaan aku, penggunaan walker baby kurangbagus untuk pertumbuhan bayi dari segi fizikal, sebabnya dia akan membantutkanproses sebenar tumbesaran bayi, contohnye dari meniarap, menjulur, merangkak,mengengsot, bertatih dan berjalan. Mungkin kite selalu pk, owh, kalau gunewalker mesti anak kita cepat jalan, tapi hakikat sebenarnya itu adalah SALAH,penggunaan walker boleh mengurangkan keyakinan dia bayi untuk berjalan tanpasokongan.

2.      Dari segi perubatan, aku penah baca, doctor pakar tulangbagitau, bile bayi anda dipaksa untuk menggunakan walker seawal mungkin, iniakan memudaratkan bayi pada kemudian hari…sebabnya, bile pakai walker nih,selalunya bayi kite akan menggunakan sepenuhnya kaki mereka untuk bergeraksedangkan, waktu tuh, tempurung lutut mereka masih belum matang sepenuhnya…soeffect masa depan akan menyebabkan sakit lutut pada usia yang muda…

3.      Walker boleh menyebabkan kemalangan JIKA tidak dipantauoleh ibu bapa…seperti yang semua tau, walker kan beroda…so dia laju jebergerak, incase la kalau sekejap je ko terlepas pandang, tak pasal pasal anakko dah tertonggeng…tak ke dah accident??


~alysa teman mummy sidai kain...so dapatla main kat luar :) ~

So skang korang dah tau keburukan walker kan??pada aku, walkerada kelebihan dan keburukannya…macam aku, aku memang letak la jugak alysa dalam walker, sebab bagi aku, itu salah satu learning proses…di samping memudahkanaku membuat kerja rumah…tapi alysa sentiasa didalam kawalan kalau dia dok dalamwalker dan alysa tak selalu di dalam walker…ok, so terpulang pada individumasing2…mana yang baik kita amik, mana yang buruk kita tinggalkan…sharing iscaring…daaa J


ni kat rumah IBU, rumah ibu besar, so boleh la dia kesana kemari tanpa halangan :)


kalau dia dok dalam walker, cenggini la keadaan dia, abis semua bende yang tinggi2 dia nak explore :)

25 May 2012

info for baby

assalamualaikum ;)

hari ni ira nak kongsi satu info pasal baby boy...rasanya ramai kawan2 blogger yang ada baby boy kan...so sila amik perhatian ye...sharing is caring kan ;)

"Elakkan menabur bedak pada hujung alat kelamin bayi lelaki kerana ia boleh menyebabkan pembengkakan. Bedak itu berisiko masuk ke bawah kulit pada bahagian tersebut lalu menjadikan kulit bayi gatal, berbau dan akhirnya membengkak kerana jangkitan kuman."


owh yea...ni plak ira kongsikan info untuk baby2 lain...meh kite tengok samada anak kamu juling or tak...so kalau nampak macam juling boleh la langkah pencegahan awal ;)


"Juling boleh dikenalpasti semasa bayi berusia 3 bulan. Caranya, pegang satu permainan pada jarak lebih kurang 8 inchi dari wajah bayi. Gerakkkan perlahan-lahan permainan tersebut dari satu sisi ke sisi yang lain. Jika mata bayi tidak dapat mengikut arah gerakan permainan tersebut, berkemungkinan besar mata sikecil juling."


ok, itu jea nak kongsi untuk hari nih...bye ;)
♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com