Pages

17 March 2014

info : rotavirus

Apakah itu jangkitan Rotavirus?
Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.


Apakah PUNCA yang menyebabkan jangkitan ini?
Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Rotavirus adalah sejenis virus yang sangat mudah menjangkiti usus. Ia biasanya terdapat dalam najis kanak-kanak yang dijangkiti dan disebarkan menerusi sentuhan dengan najis yang dijangkiti.


Bagaimana Rotavirus boleh tersebar??
- apabila kanak-kanak tidak membasuh tangan mereka selepas menggunakan tandas atau sebelum makan
- daripada orang dewasa yang mendapat jangkitan atau mengendalikan bayi yang dijangkiti. Ini adalah kerana Rotavirus boleh hidup selama berjam-jam pada tangan manusia dan berhari-hari pada permukaan keras dan kering
- ia juga boleh disebarkan menerusi air dan makanan tercemar, iaitu apabila kanak-kanak menyentuh objek dan permukaan tercemar, dan kemudian menyentuh mulut mereka.


Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
-Loya dan Muntah berterusan
-Cirit birit berlarutan selama 3 hingga 8hari.
-Sakit perut
-Demam dan selsema
-Bau najis terlalu busuk
-Cirit-birit boleh menjadi teruk hingga boleh menyebabkan penyahidratan.Tanda-tanda penyahidratan termasuk rasa dahaga, rengsa, lesu, mata cengkung, mulut dan lidah kering, kulit kering dan bagi bayi, lampinnya tidak basah selama beberapa jam.
-Komplikasi Rotavirus


Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.


Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
- Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
- Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
- Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
- Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah


Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu. Ianya tidak mengganggu keberkesanan imunisasi OPV.

Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.

Vaksin rotavirus ini diberi secara oral dalam 3 dos, iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Dos ke 3 perlu diberi sebelum umur mencapai 32 minggu atau pada usia 7 bulan.



sumber : google..

boleh klik link dibawah untuk artikel berita tempatan.

UTUSAN MALAYSIA
BERITA HARIAN

info tambahan vaksin rotavirus : ROTAVIRUS


2 comments:

~YUN~ said...

Anak yun pnh kene rota,kesian sgt warded sampai seminggu lebih...cirit nk dekat 2 weeks...

ieza ashaari said...

Semoga anak2 kte dijauhkn dr penyakit2 berbahaya. Risau sgt dgn virus2 ni..

♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com