Pages

Showing posts with label puree. Show all posts
Showing posts with label puree. Show all posts

21 September 2012

puree pear + kurma


assalamualaikum ibu-ibu semua :)

hari ini kite belaja buat puree plak ehh...so sebagai contoh, ira nak buat puree pear + kurma...errmmm, yummy :)


Bahan-bahannya
Sebijik buah pear
Sebijik kurma
Steamer
Blender

Senang je kan??takkan lar nak buat puree pon korang tak boleh…dari anak korang makan nestum tuh, baiklah luangkan masa sedikit je untuk masak makanan dia…kurang2nya dia makan dari air tangan kita yang penuh kasih sayang J





Cara-caranya ialah…
Potong kecik2 buah pear tadi…


Rendam kurma dalam air panas supaya kurma jadi lembut…tak yah rendam lama2 pon, dah rasa ala2 lembut tuh, angkat pastuh kupas kulit dan buang bijinya…




Kemudian, steam buah pear tadi selama 5 min je…kejap je kan??bukan amik masa pon J
Dah siap stim, dah boleh blend…kemuadian siap…taraaa…sedia untuk dimakan J




ehh, ira baru perasan yang ira upload gamba kat atas nih ira tgh steam carrot + keledek...bukannya pear+kurma...so abaikan gamba diatas, ira dah malas nak upload gamba sebenarnya...kirenye korang bayangkan isi dalam blender tuh pear + kurma la ehh...



Selalunya kalau sebijik pear nih alysa tahan 2 hari kadang2 sehari jea…so ira letak dalam ice cube, pastuh bekukan…masa nak makan, ira cairkan dan panaskan…letak lar susu sedikit supaya rasa lemak2 manis gitu…baru lar sedap J

Cara nak panaskan makanan tuh, boleh gune kaedah panaskan susu ibu…letak dalam bekas, kemudian rendamkan dalam air panas…lepas tuh, sedia untuk dihidang J



Ini adalah jenis2 puree yang korang boleh buat masa baby 6 bulan J

Puree buah
-apple
-pear
-pisang
-betik
-apricot

Puree sayur
-labu
-Kentang
-Keledek
-Brokoli
-Bunga kubis
-carrot

Sumber : banyak sangat, ira search google, n ira listkan sendiri

Untuk permulaan, perlu buat 4 days rules…ape tuh 4 day rules??alar, kirenya korang bagi anak korang makan selama 4 hari berturut2…eehhh, macam bosan je kan bb makan bende yang sama??hihihi, ira tak buat pon sampai 4 hari…2 hari ke 3 hari je ira try…kalau tgk dia macam ok, proceed buah lain, kalau xok, terus stop…


Mcm ne nak tau bb ok ke x??alar, kalau korang tgk dia suke je makan, pastuh dia poo poo pun ok, itu bermakna dia ok lar ngan makanan yang kite buat tuh…tapi kalau korang bagi baby makan, tapi dia nangis2 tak suke, pastuh dia poo poo keras or cirit ke, or dia naik merah2 macam ruam ke, tuh maknenye dia xboleh la makan makanan tuh…so far setakat nih alysa tak boleh makan carrot je…yang lain dia ok J
Lepas dah try satu2 buah or sayur tuh ok, so korang boleh lar mix n match…baru la boleh try campurkan buah2 tuh…contohnya : keledek + carrot, brokoli + kentang, apple + carrot…macam tu lar…pelbagai makanan untuk baby anda…baru lar dia rasa seronok nak makan…J


Ok, Selamat mencuba…nanti next entry kite cerita pasal jadual makanan plak ehh J


p/s : ira gune avent steamer + blender tuh, lagi jimat masa…memang mahal sikit, tapi sangat berbaloi untuk ibu berkejaya n tak cukup masa macam ira nih J

19 September 2012

First homamade food for alysa

Ok, jom sambung cerita sementara alysa tgh tido…skang nih musim bercerita pasal makanan untuk alysa…so entry2 korang baca la pasal food je…huhuhu…

Ok, ingat lagi kan entry lepas, ira kata ira dah tak mo bagi nestum cerelac tuh kat alysa…so tanpa ilmu pengetahuan yang luas, ira pon kononnye nak buat puree…kebetulan masa tuh ada carrot dalam peti…so buat la puree carrot…

Ok, cara ini adalah kurang bagus untuk baby…ira gune kaedah merebus…SEPATUTNYA gune kaedah stim yea…disebabkan masa tuh kurang pengetahuan, so ira tak abis baca…ira rebus je carrot untuk alysa…melalui hasil pembacaan di internet dan sumber2 yang boleh dipercayai, merebus akan mengurangkan nutrient-nutrient penting di dalam sayur…kaedah yang akan kekalkan nutrient makanan adalah kaedah merebus…(sorry darling, mama mistake sebab tak baca awal)





Ni cara2 yang ira gune…


memula ira potong kecik2 carrot…


pastuh rebus (INGAT  TAU LENGKALI STIM) 


kemudian bile carrot dah lembut,


 blend secara manual je…gune blend yang ira beli kat expo ari tuh…kemudian siap untuk dimakan :)




First time alysa makan carrot…dia makan jea…tiada bantahan…tapi masuk kali kedua makan, dia mula luek luek…nak tau kenapa???sebab carrot tak sesedap nestum yang MANIS itu…so, mama telah melakukan DUA kesalahan…cian anak mama…

*** So buat ibu2 yang bakal memberi anak dia makan, JANGAN sekali2 start dengan makanan yang MANIS…nanti anak anda akan reject makanan yang tak sedap or tawar….PLEASE jangan ulangi kesalahan ira…

Ok, setelah 3 kali try bagi carrot, didapati alysa tak sesuai dengan carrot, sebab poo poo dia tak berapa ‘cantik’…so ira stop dulu untuk sementara waktu…sebab takut dia sakit perut…n ira ganti ngan makanan lain…nak tau ape??sambung next entry la…si comel alysa dah bangun tido…k bye J

♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com