Pages

05 December 2010

hukum menghebahkan pertunangan??


Soalan:
Saya ada terdengar pendapat menyatakan, menghebahkan pertunangan hukumnya harus. Yg sunatnya ialah menghebahkan pernikahan berdasarkan dalil yg sahih (Fiqhul Manhaji, 2/90).
Drpd Aisyah ra katanya bhw Rasulullah saw bersabda, “Hebahkanlah berita pernikahan ini dan palulah gendang.”[HR Ibn Majah]
Ada pendapat yang mengatakan ia tidak patut dihebahkan sebab jika putus tunang, maka jatuh maruah wanita yang ditunangi. Oleh itu tidak berapa elok disebar akan pertunangan itu.Mohon pencerahan terhadap isu ini.
Jawapan:
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم الأنبياء والمرسلين،
وعلى آله وأصحابه أجمعين، والتابعين، ومن تبع هداهم بإحسان إلى يوم الدين
Menurut penelitian saya,para ulama terbahagi kepada dua golongan dalam membahaskan hukum menghebahkan pertunangan ini:
1)Mengharuskan hebahan pertunangan
2)Mustahab(sunat) disembunyikan pertunangan
1)Golongan yang mengharuskan hebahan:
Saya menaqalkan(dengan ringkasan) fatwa Doktor Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi yang merupakan anggota majlis fatwa Kuwait seperti berikut:
حكم إسرار الخِطبة
السؤال : ما حكم الإسرار بالخِطبة – بكسر الخاء – للزواج، وهل ورد في الحث عليها- على الإسرار بها – حديث؟
الفتوى:
فلا مانع من إشهار الخطبة شرعا، بل هو الأولى، لأن الأصل في الأشياء الإباحة، ولم يرد في ذلك نص مانع، وأما النكاح فإشهاره مأمور به من الشارع بأحاديث كثيرة، منهاقول النبي صلى الله تعالى عليه وسلم: (أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ) رواه الترمذي وغيره.
ولا أعلم حديثا يمنع من إعلان الخطبة أو ينهى عن ذلك
Terjemahan:
Hukum merahsiakan pertunangan.
Soalan: Apakah hukum merahsiakan pertunangan dengan tujuan perkahwinan?.Adakah di sana terdapat hadith yang menggesa agar dirahsiakan pertunangan?
Fatwa:
Maka tidak ada halangan dalam mengisytiharkan pertunangan secara syarak, bahkan ianya adalah lebih utama(untuk diisytiharkan), kerana (hukum) asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus, dan tidak datang nas yang menghalang (dari berbuat sedemikian). Manakala pernikahan, ianya adalah diperintahkan oleh Allah swt melalui hadith-hadith yang banyak. Di antaranya adalah sabda Nabi s.a.w: (Hebahkanlah pernikahan ini, dan adakan ianya di masjid-masjid, dan palulah duf-duf(alat muzik seperti kompang)) Riwayat Al-Turmidzhi dan selainnya. Dan tidaklah aku ketahui sesuatu hadith yang menghalang dan mencegah dari menghebahkan pertunangan.
Rujukan: http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=4604
Begitu juga apa yang disebutkan di dalam laman web islamqa yang dikelolakan oleh Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid. , yg menyebutkan di dalam salah satu fatwa yang terdapat di dalam laman tersebut berkenaan khitbah syar’iyyah(pertunangan menurut syarak).Antaranya, terdapat di dalam petikan fatwa tersebut:
وما يفعله بعض المسلمين من إعلان الخطبة وما يقيمونه من أفراح وما يقدمونه من هدايا كل ذلك هو من باب العادات التي هي مباحة في الأصل ولا يحرم منها إلا ما دل الشرع على تحريمه
Mengenai perbuatan sebahagian kaum Muslimin yang mengiklankan pertunangan serta menzahirkan kegembiraan(dengan mengadakan majlis),serta perbuatan memberi hadiah, adalah merupakan adat yang harus pada asalnya,dan tidak diharamkan ia, melainkan perbuatan-perbuatan yang diberi petunjuk oleh syarak akan keharamannya.
Rujukan: http://www.islamqa.com/ar/ref/20069
Demikianlah terdapat beberapa ulama yang menyentuh mengenai hukum keharusan dihebahkan pertunangan.Manakala di bawah ini saya bawakan pandangan yang sebaliknya.
2)Golongan yang tidak menggalakkan dihebahkan pertunangan(mustahab/sunat disembunyikan pertunangan).
Setakat yang saya ketahui, terdapat qaul di dalam mazhab maliki yang menyatakan bahawa hukum menyembunyikan pertunangan adalah sunat, seperti yang disebut di dalam kitab Al-Syarhu Al-Kabir oleh Sidi Ahmad Al-Dardir,menyebutkan :
( و ) ندب ( تقليلها ) أي الخطبة بالضم ( وإعلانه ) أي النكاح بخلاف الخطبة بالكسر فينبغي إخفاؤها)
(2:216
Terjemahan: (Dan) sunat (memendekkannya) iaitu khutbah(nikah) (dan mengiklankannya) iaitu pernikahan, berlawanan dengan pertunangan, maka hendaklah disembunyikan.(jilid 2: m/s 216)
Dan juga di dalam kitab Manhul Jalil Syarah ‘Ala Mukhtasar Khalil oleh Sheikh Muhammad Alisy, menyatakan:
وأما الخطبة بالكسر فيندب إخفاؤها كالختان 3:257
Terjemahan: Manakala pertunangan, maka disunatkan agar menyembunyikannya sepertimana khitan.(Jilid 3: m/s 257)
Di dalam web Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, ada menyebutkan mengenai gesaan agar tidak melampau dalam menghebahkan pertunangan. Teksnya adalah seperti berikut:
“Another matter that must be given serious consideration is the publicising of an ‎engagement. An engagement is an pact between a man and a woman to be ‎married, and the process of getting to know each other better. Over-publicising the ‎engagement, as have often been the case recently, should not take place. This is ‎because an engagement is only a pact, and may or may not actually lead to ‎marriage. Therefore, over-publicising the engagement may lead to embarrassment ‎for the family in the event that the couple does not end up marrying. In addition, ‎publicising the engagement also opens a path for those who are jealous and ‎envious to sabotage the union. ‎
The Prophet Muhammad (s.a.w.) himself reminded all to: “Keep the engagement a ‎secret, and announce the marriage.” (Reported by Ahmad from Abdullah ibni ‎Zubair (r.a.) and corroborated by Albani in ‘Irwa’ al- Ghazali’). “
Rujukan: http://www.yadim.com.my/english/Sosial/SosialFull.asp?Id=365
Berkemungkinan, sandaran dalil bagi golongan ini(yang tidak menggalakkan dihebahkan pertunangan) adalah hadith yang biasa berlegar dikalangan umat Islam seperti yang dipaparkan di dalam laman web yadim tersebut. Yang benar, hadith tersebut berbunyi sebegini:
( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )
Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).
Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).
Manakala hadith yang disebutkan di dalam laman web Yadim tersebut adalah hadith Riwayat Ahmad daripada Abdullah Ibn Zubair r.a, dan dihasankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa’ Al-Ghalil ((إرواء الغليل ,dengan lafaz a’linu an-nikah(hebahkan pernikahan) dan tanpa penambahan lafaz akhfu al-khitbah(sembunyikan pertunangan). Iaitu hadith tersebut berbunyi:
أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( أعلنوا النكاح ) روى أحمد عن عبد الله بن الزبير رضي الله عنه والحديث حسنه الألباني في إرواء الغليل :1993
Rujukan: http://www.islamqa.com/ar/ref/67884
Berbalik pada pendapat golongan ini,yang menggalakkan( sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah disertai dengan tujuan untukmengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain,sepertimana yang saya naqalkan dari laman web islamweb.net, yang menyebutkan:
قال الخرشي في شرح خليل: وأما الخطبة بالكسر فيندب إخفاؤها كالختان وإنما ندب الإخفاء خوفاً من الحسدة
Terjemahan: Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain).
Rujukan: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=65842&Option=FatwaId
Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum(bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:
قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان ، فإن كل ذي نعمةٍ محسود ) رواه الطبراني وصححه الألباني في صحيح الجامع :943
Terjemahan:
Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya) . Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami’ (no 943).
Demikian yang mampu saya kongsikan mengenai pendapat-pendapat ulama terhadap isu ini.Walaubagaimanapun, menurut pandangan saya, setiap pihak mempunyai dalil masing-masing dari sudut tertentu(walaupun kedapatan dalil yang digunakan adalah hadith dhoif, bagi golongan yang menggalakkan disembunyikan pertunangan) .
Berdasarkan apa yang saya pelajari, sikap menolak terus hadith-hadith dhaif dari digunakan dalam perbahasan fiqh(bukan sebagai hujjah seperti mana maklum, tetapi sokongan) adalah tindakan yang merugikan khazanah ilmiah Islam itu sendiri.
Kesimpulan bagi perbahasan ini(menurut pandangan saya, moga-moga Allah mengampuni diri ini andai melakukan kesilapan), bagi individu-individu yang bertunang yang bebas dari kedengkian orang lain terhadapnya,bolehlah menghebahkannya ataupun tidak(bergantung kepada pilihan,kerana hukumnya adalah mubah/harus) , manakala bagi mereka yang yakin akan ada orang yang dengki dan bakal melakukan perbuatan tidak baik terhadap mereka,dan dibimbangi seandainya pertunangan tersebut putus,maka akan menjejaskan maruah mana-mana pihak, adalah dianjurkan untuk menyembunyikan pertunangan mereka, sebagai langkah berhati-hati dan menjaga kemaslahatan bersama.
Wallahua’lam bisshowab.
Source: http://muhammad1987.blogspot.com/2009/05/hukum-menghebahkan-pertunangan.html


semua nih, ira copy paste je dari blog sarah..untuk pengetahuan kite bersama ;)

3 comments:

Nd said...

salam. nk minta izin share isu ni kt fb blhke?

luvira said...

bolew je..sharing is caring ;)

elin.shazlin said...

Assalam.. saya nak share boleh? =)

♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com