Bila cerita tentang hantaran, saya jadi teringat kisah yang terlakar pada lembaran silam. Pernah suatu ketika Rasulullah SAW didatangi seorang lelaki. Lelaki itu mahukan agar dirinya dikahwinkan dengan seorang perempuan. Lalu Rasulullah SAW bertanya:
“Apa yang engkau miliki?”
“Demi Allah wahai Rasulullah, tidak ada apa yang ku miliki.”
“Pergilah dapatkan sesuatu dari keluargamu.”
Sejurus kemudian, dia berlalu pergi melakukan sebagaimana yang disuruh Baginda Nabi SAW.
“Demi Allah, aku tidak memperolehi sesuatu pun.”
“Dapatkanlah, walau sebentuk cincin dari besi.”
Dia kembali semula.
“Tidak ada wahai Rasulullah kecuali selendangku ini yang boleh kuberikannya separuh.”
“Apa yang dapat kau lakukan dengannya? Kalau kau memakainya, dia tak dapat merasainya. Begitulah sebaliknya.”
Lelaki itu pun duduk begitu lama mengenangkan nasib dirinya. Lalu dia bangkit. Rasulullah SAW melihatnya begitu dukacita, lalu dipanggilnya. Kemudian Baginda SAW bertanya:
“Adakah engkau menghafal surah?”
“Ya,” lalu dia menyebut nama-nama surah yang dihafalnya.
“Engkau boleh mengajarnya?”
“Pergilah, aku kahwinkan engkau dengan al-Quran!” Yakni mengajar isterinya dengan apa yang diketahui mengenai al-Quran. (Hadis riwayat Syaikhan)
KHITBAH ADA PANTANG LARANGNYA
Meminang (khitbah) bermaksud bahawa; hasrat hati seorang lelaki terhadap wanita yang ingin dinikahinya. Bilamana ikatan pertunangan disimpulkan, bermakna lelaki itu telah mengikat janji untuk mengahwini wanita tersebut. Justeru, khitbah (meminang) adalah manifestasi daripada sebuah perjanjian antara kedua-dua pasangan dan pihak.
Bukanlah bermaksud apabila bertunang, ia adalah lesen untuk menghalalkan sesebuah hubungan. Hukum perhubungan lelaki dan perempuan itu tetap sama sebagaimana sebelum diadakan majlis pertunangan.
petikan dari http://www.faridrashidi.com
4 comments:
wa..good info..hai b2b..
betul..kne jge pantang larang pas bertunang..;)
iedayah : salam b2b juga
kina : tu lar, hisshhh, tetibe rasa tak sabar plak nak kawen..huhuh
tq for sharing
Post a Comment