Pages

01 October 2010

tarikh baik untuk berkahwin

assalamualaikum semua ;)

sesaja nak kongsi sedikit tentang tarikh untuk bernikah..ira bukan jenis macam sesetengah orang yang inginkan tarikh yang cantik untuk berkahwin macam contoh :

20.10.2010
10.10.2010
20.11.2011
11.11.2011
01.01.2011
09.10.2011
13.12.2011

waaa...sebenarnya nak gak tarikh cantik macam tuh, TAPI, tak bolew, sebab ira terikat dengan kelas pada hari minggu..so juz pick mana2 date, pastuh kompemkan dewan..kalau ada, terus kompem je tarikh tuh..so tak de lar beria-ria sangat nak pilih tarikh kawen...

so tetibe tergerak hati, nak cek samada tarikh yang ira pilih tuh, baik ke dalam bulan islam..so meh kite semua cek




01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir. - tarikh bertunang

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat. - tarikh berkahwin

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Selain tu, jika bulan Islam pulak hanya bulan Muharram sahaj yang dilarang dari melakukan sebarang kerja2 pernikahan sebab bulan Muharram adalah bulan kesedihan.


so setelah dirujuk, tarikh yang ira pilih, baik dari segi islam..semoga tuhan permudahkan segala-galanya nanti..

amin..


anda semua macam mana plak??

8 comments:

elle's laaa~ said...

hihi.. thanks for info ! =)

Mysarah Rahman said...

dulu masa pilih tarikh ada jugak tanya org2 tua. dorg kata dah ok dah tarikh tu. tapi bila tgk u punya list ni macam tak kena plak. haishh cmne ni

luvira said...

owh..ira pun risau gak memula..tapi bile cek, nasib baik ok..huhu..

ira pun tak sure lar samada betul ke tak nih, juz google, pastuh jumpe kat mana tah, dah lupe..hehehe..so saje je nak berkongsi dengan semua ;)

Shakina Farhan said...

kina pun ada post pasal ni.hehe..ala..kina 11.11.11..tp nikah la bukan kenduri..

hana yoriee said...

huhu..hana tak lah arif bab2 agama apatah lagi yg begini..tp kalau ikutkan, utk membina 'Masjid' tidak ada hari yg lebih baik dr segala hari. Kerana perkahwinan adalah sebaik2 perkara yg diredhai Allah. jadi rasanye tiada istilah baik atau buruk hari itu.

ini pendapat sy lah..=)

luvira said...

kina : bestnye dapat tarikh cantik..;)

hana : a'ah lar, betul tuh..ape pun, kite doakan semuanya baik..amin ;)

Elya Roza said...

my side n his side pun...concern bab nk pilih tarikh ni...
ye laa kan, klo boleh nak pilih yg baik2 aja dlm bulan islam :)

Ruby said...

Assalammualaikum, ilmu dikongsi dan moga kita semua beroleh rahmat pada hari berbahagis.

Al-Qardhawi dlm Fatwa Al-Mua'sirah ditanya adakah perkahwinan dlm bulan muharram dicela atau dikeji:

"Perkara ini tiada asas dalam agama. Bulan muharram adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang. Terdapat juga banyak kelebihan bulan muharram spt yang disebut dlm hadith tentang kelebihan berpuasa dlm bulan muharram. Jgnlah kamu mengikuti kaum fatimi di mesir yang menjadi bulan muharram sebagai bulan bersedih (kerana peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah S.A.W). Dlm islam, perkahwinan dibenarkan pada mana-mana bulan atau hari. Berbahagialah mereka yang berkahwin kerana perkahwinan itu adalah tuntutan agama."

Harap ini dapat membantu. :)

Saya pun mencari tarikh dalam islam yang sesuai utk majlis saya.

-www.rabiatuladawiyah.com-

♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com