Pages

14 August 2010

tragedi BAZAR JASIN 2010

sedekahkan AL-FATIHAH kepada keluarga mangsa..semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mereka..meninggal di hari JUMAAT pada bulan RAMADHAN..salam takziah pada keluarga mangsa


betapa besarnya kuasa ALLAH swt..bila-bila masa sahaja DIA mahu menurunkan bencana..





sedikit petikan dari BERITA HARIAN 14/08/2010


"Dalam kejadian ribut jam 5 petang semalam, dua peniaga dan seorang pengunjung terbunuh manakala 18 orang yang lain cedera dihempap khemah dan objek lain yang diterbangkan ribut kencang itu.

Dua peniaga yang terbunuh itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul bin Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

Seramai 15 mangsa telah dibenarkan pulang manakala dua mangsa masih dirawat di Hospital Jasin dan seorang lagi di Hospital Pakar Putra dekat sini.

Semasa kejadian, seramai 56 peniaga bersama pembantu masing-masing menjalankan perniagaan di bawah 21 buah khemah bersaiz (panjang) 6.2 meter kali 6.2 meter (lebar).
Mohd Ali berkata, kawasan di perkarangan Stadium Jasin tidak sesuai untuk didirikan khemah untuk peniaga kerana kawasan lapang itu dikhuatiri akan dilanda ribut lagi.

Beliau berharap keluarga yang terbabit bersabar menghadapi suasana yang sedih terutama kepada tiga keluarga yang anggota keluarga mereka meninggal dunia.

"Kerajaan negeri menghulurkan bantuan menguruskan jenazah sebanyak RM3,000 seorang dan (mangsa) yang masuk wad kritikal diberi RM1,000 seorang dan yang lain (cedera) diberi RM500 seorang," katanya.

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai luar biasa dan tidak pernah berlaku sehingga membabitkan kematian sejak bazar itu dibuka di situ tujuh tahun lalu."

No comments:

♥ happiness is mine ♥ © . Designed by MaisarahSidi.com