Thursday, September 30, 2010

raya - 2 day

last entry pasal raya..sebab lepas je raya ke 3, dah tak berapa bergambar..sebabnya dah terlalu banyak undangan hari raya, sampai lupe nak bergambar ;)



ira n ika


sebelum g beraya, sempat berposing di kereta ;)



owh, nih anak uncle joe, muka dah letih sebab banyak sangat berjalan, sampai letih satu badan ;)

raya - 1 day

raya pertama
(10 sept 2010)


semua mak-mak pergi ke masjid, yang tinggal hanya anak2 dara di rumah bersama budak2 kecik...sebabnya anak2 dara kene kemas ape2 yang WAJIB dikemas..mak2 tau je, after balik dari masjid seme dah setel

so sementara menunggu mak2 balik dari masjid, ape kata bergambar dulu ;)


ok, semua dah balik dari masjid, ape lagi, masa untuk bergambar secara beramai2...best2


with my lovely aunty n sis


yang nih plak antara keluarga yang ada masa pagi raya..tak ramai pun tahun nih..
yang ada family ira, mak lang, mak ngah, and cu..

yang lain2 tuh balik umah mentua dulu..;)

ok, kat bawah nih, gambar ira bersama keluarga dengan aksi gaya bebas..comel tak??






dah abis sesi bergambar, mari kite masuk ke rumah..sesi bermaaf-maafan sambil mengutip duit raya..ehh..silap plak, sambil memberi duit raya..haih, satu pelaburan di musim raya



nih tok mek..ok


tengok..bukan dapat duit raya tau..tapi ira yang bagi duit raya to abah n ibu..waaa..bangga kejap..sebab masa hari raya je lar yang ira bg duit pun..huhu..lagipun ada rezeki terpijak sikit masa nak dekat2 raya tuh..sebab tuh lar pelaburan tahun nih agak tinggi ;)



ok, abis raya pertama..after abis sesi bermaaf-maafan, terus berkumpul makan2 dan tengok tv je..sebabnye kite raya pada hari jumaat, so tak g berjalan raya sebab nak tunggu semayang jumaat ;)

day 3 - kelantan

ok, jom sambung balik cerita raya..huhu


sehari sebelum raya (9 sept 2010)
oppss, tapi sebelum tuh, nak wish bezday my BFF - pja amir-
hahaha, masa 9 sept tuh ira rasa tak wish kot, bukan tak ingat tapi masa ingat je hp tak de kat tangan, terus tak wish sampai lew ke hari nih..
sorry ye ;(


pagi2 lagi ibu dah kejut bangun..suh teman g pasar..alar, malasnye..



so destinasi yang pertama, g cari ayam...hah, nak masak rendang ayam kan untuk pagi raya..beratur tuh..seme orang nak beli ayam..


tengok tuh..berplastik2 ayam..


dah setel beli ayam, terus ke pasar MACHANG..nak beli rencah2 untuk masak lew..seronok plak tengok ragam orang masa nih..so dah memang kamera tersedia dalam handbag, ape lagi, sambil2 membeli belah, sempat lew ambik gambar yang best2 ..


ini saat yang paling seksa, beratur nak beli SANTAN sampai sejam, tapi still tak dapat lagi..waa, yang jadi mangsa beraturnye aku lew..sedih tul..kene menunggu jadi pak pacak kat situ..setengah jam pertama masih bolew bertahan..pastuh boring gilew, call abah suh dia ganti plak..hahaha..then abah lew ganti plak beratur..

last2 dah sejam lebey still tak dapat santan, kitaorang pun balik je, panjat pokok kelapa, mesin kelapa pastuh perah santan..


pastuh beramai2 memasak kat belakang umah..owh, tapi tukang masak sebenar tak de lar plak dalam gambar..huhu..yang tukang menyibuk je enteprem..


errmmm..dapnye..rendang ibu..memang tak sah kalau tak de pagi raya..hidangan wajib


ptg tuh, b4 bukak pose, sempat lagi g pasar ramdhan..tapi macam bukan bazar je..tak de ape yang menarik pun..


yeay..esok raya..so masing2 tunggu turn untuk menggosok baju...gosok baju masing2 ok..;)

Monday, September 27, 2010

URBAN VIBE ONLINE CONTEST


1) Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin Seluruh Semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak di benarkan mewakili mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini.
~ 25 tahun


2) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ / dan add kami di Facebook Pameran Pengantin Malaysia.
~ok

3) Entri hendaklah bertajuk 'URBAN VIBE ONLINE CONTEST'.
~ok


4) Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.
~ok


5) Buat satu ESEI (tidak kurang dari 200 patah perkataan) yang bertajuk :
Pameran Pengantin Malaysia ; Pilihan Utama Bakal Pengantin.

Bagi bakal pengantin yang tiada masa untuk membuat persiapan kahwin mereka, semestinya pameran pengantin adalah pilihan no 1 bagi semua bakal-bakal pengantin di luar sana, termasuklar saya. Di pameran pengantin terdapat semua pakej yang disediakan contohnya pakej andaman, pelamin, set hantaran, kad jemputan, pakaian pengantin, photographer dan macam-macam lagi. So semua persiapan perkahwinan boleh dibuat dalam masa 1 hari sahaja, just pilih mana yang berkenan dan tentukan tarikh..senang kan? Setakat ini, semua pameran pengantin yang diadakan di sekitar KL akan menjadi tempat persinggahan WAJIB untuk saya mendapatkan idea-idea yang menarik untuk hari bahagia saya nanti. Selain daripada itu, harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi-baloi, so dapat lar mengurangkan segala kos perbelanjaan kahwin kami nanti. Bagi bakal-bakal pengantin diluar sana, mari lah kita ramai-ramai memeriahkan pameran pengantin yang bakal diadakan pada oct nanti.



6) Namakan penganjur Pameran Pengantin Malaysia dan di manakah lokasi & tarikh Pameran Pengantin Malaysia seterusnya.

Penganjur : URBAN VIBE EVENT
Tempat : HALL 4, KL CONVENTION CENTRE
Tarikh : 8 hingga 10 Oktober 2010



7) Letakkan LOGO penganjur & LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia.

My Photo

Our Next Pameran Pengantin Malaysia

9) Letakkan gambar 'Candid Tercomel' anda & pasangan anda. (Hanya dibenarkan meletak sekeping gambar, dan pastikan gambar anda berdua sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak).
~ gambar yang paling ira suka sangat..nampak kasar, tapi amat manje..hehehe ;)




10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun 2010 sehingga 31 MEI 2011 (TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH BAJU SANDING).
~ok


11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. InsyaAllah pihak kami akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan.
~ok


Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 27 September 2010 sebelum 12 tengah malam.
~ok




Harap-harap sangat boleh menang..keep praying..amin ;)

Friday, September 24, 2010

~berehat sebentar~

salam,

terlalu banyak benda nak cerita, tapi saya terlalu bz n penat sampai tak larat nak berblogging seperti selalu..

nanti bila semuanya dah ok, ira update segala yang dah terlepas ye ;)

berehat sebentar sehingga semuanya selesai

k buibye

Wednesday, September 22, 2010

day 2 - melaka_kelantan

8 september 2010


pagi-pagi lagi dah bangun
excited punye pasal, nak balik KELANTAN plak


sebelum bergerak balik ke KELANTAN,
sempat lagi sambung 'beraya' kat MELAKA

ye lar kan, nanti nak raya kat KELANTAN
so sebelum tuh, kite dah mula beraya..
cume beraya time pose nih tak dapat lar makan
huhuhu



memula kite g umah pak ngah,
wah, tengok tuh,pak ngah pagi-pagi lagi dah exercise kuarkan peluh..tengah nak membersihkan kebun belakang umah..ada benda nak tanam lew tuh..



hah, b4 balik, aunty ada duit raya untuk puteri..puteri nih anak sepupu ira..haih, belum ape2 dah kene bagi duit raya...maklum lew, nanti time raya tak sempat nak jumpe kan

tapi muka puteri macam tak rela je kene dukung..huhuh..tapi naseb baik tak nanges..



ok, dah setel kat umah pak ngah, kite gerak plak g umah bibik..hah, korang2 semua jangan ingat bibik nih pembantu umah tau..bibik nih salah satu nama panggilan untuk kakak abah yang ke-4..ramai yang compius bile ira panggil dia bibik

yang kelakarnya, jelan kompius kejap masa ira kenalkan dia ngan bibik masa mula2 dulu..dia mati2 ingat bibik tuh pembantu umah...huhuh..

umah bibik, pakngah, maklong area berdekatan je..kampung sebelah2..jalan kaki pun lew..cume umah acik je jauh sikit..

so tamatlar sesi beraya di MELAKA



mari kite semua teruskan perjalanan ke KELANTAN plak
seperti sedia kala..memang menjadi kebiasaan, masuk je kete, kami adik beradik akan terus melelapkan mata

so masuk je kete terus zzzzzzzzz
sedar-sedar je kat jalan nih hah, tengah jem teruk
kalau jalan kaki pun lagi cepat lar...



perjalanan raya tahun nih, seperti perjalanan raya tahun-tahun lepas
ape lagi, sangkut jem lar..

kita orang bergerak dari melaka kul 9.30 pagi..
so sepatutnya dijangka sampai sebelum berbuka..so memang tiada langsung bekalan untuk persediaan untuk berbuka..

tapi rupe2nye, kami semua selamat berbuka dalam kete, dengan menggodek2 kuih raya yang di bawak balik ke kampung..so bukak lew balang2 kuih raya tuh..huhuhu...nak buat macam ne kan, dah tengah2 hutan, mana de kedai nak berenti

last2 dalam kul 8 tuh sampai kuala krai..so singgah petronas..sebabnye dah tercekik makan kuih raya, tapi tak minum air..


nasib baik petronas bagi minuman percume..hahaha..so ape lagi, terus serbu lar...
bila semua dah ok, dah segar, kami pun teruskan perjalanan
dalam kul 9 malam sampai KELANTAN

alhamdulillah, selamat juga sampai
perjalanan yang sangat lama
9.30 pagi - 9 malam

korang semua macam ne plak??ada tak pengalaman balik kampung macam ira??

Tuesday, September 21, 2010

day 1 - melaka

7 sept 2010


pagi tuh sempat lagi g kerja
sebab tak de cuti kan
so amik half day je lar

pastuh,
bolew plak masa nak balik tuh,
tetibe ke audit ISO

hisshh, dari planning nak balik awal sikit
dah kene balik lewat sikit

so sampai je umah,
kemas2 beg
terus gerak ke MELAKA

balik kampung..
oooo...balik kampung
sukenye nak balik kampung

tapi masa perjalanan ke MELAKA
ira n adik2 tido jea
hahahha,

masa abah kata sape nak drive nih,
dan dan tuh gak
ira n adik buat2 tido

malasnye nak drive..
hikhik..ape nak jadi nih??




alhamdulillah,
dalam kul 5 lebih kitaorang semua selamat sampai

aik, tetibe macam pelik
owh, rupenye2 umah maklong dah bertukar lar

dah buat renovation,
nampak sangat lar ira nih lupe daratan
tak reti2 nak balik kampung agaknya
sampaikan rumah dah jadi lain pun tak tau

ampunkan saya
saya bz lar,
24/7 tak de masa
sorry sesangat

tunggu lagi 2 tahun
after abis blaja,
mesti bolew balik kampung selalu2
insyallah



ini lar maklong saya
cantik tak??

semenjak nenek meninggal dunia,
setiap kali raya
kami semua akan berkumpul rumah maklong
kire ala2 macam pengganti nenek lar

ok, lepas dah siap2 solat asar,
mandi ape semua

kami gerak g ziarah kubur datuk n nenek
sedekahkan surah fatihah n yassin untuk mereka berdua

doa ira, moga rohnya mereka sentiasa berada dalam lindungan ALLAH
amin


dah siap g ziarah kubur, kitaorang terus gerak g umah acik kat MELAKA gak
acik ajak kami semua bukak pose kat sana



terlalu teruja tengok makanan
terus lupe nak amik gambar makanan

memang banyak tul acik masak untuk kitaorang semua
macam nak buat kenduri
padahal bukan ramai sangat pun

acik excited sangat lar tuh orang nak datang buka pose
huhuh...
segala jenis lauk dia masak,
ada masak lemak cili padi ayam kampung,
sambal sotong
sup tulang
udang celup tepung
ketam masak lemak
ayam goreng
pelbagai jenis sayur

tuh baru makanan
belum tambah minuman lagi,
air pun ada pelbagai jenis tau
air sirap bandung
air mata kucing
air rut bir

banyak kan??


oppsss...nak bagitau satu rahsia..kita orang nih g umah acik muda..
aiyakk..acik ira yang sorang nih kawen banyak lar..ada berapa orang tah
ira pun tak sure...rasanya ada 3 kot isteri dia..

tapi alhamdulillah, semuanya baik-baik...


hah, tengok macam abah dan ibu saya,
dah tua-tua pun tergedik2 lagi macam anak2 muda

hahaha..nih dah terbalik,
bukan kitaorang yang jadi semakin matang

tapi abah n ibu yang terikut-ikut
perangai anak-anak dia yang sewel nih
haih, ape lar nak jadi nih


yea,
ira terlalu jakun
maklumlar, dah lama tak dapat tengok pelita

sukenye,
ingat senang ke nak rasa nikmat berada kat kampung??

susah tau, masa raya macam nih je lar baru ira sempat nak bermanje-manje ngan suasana kampung ;)

ok lar, nanti sambung di lain entry plak eh..

bye..assalamualaikum

Monday, September 20, 2010

last day - KL

6 sept 2010


malam terakhir di KL b4 balik raya
tapi malam tuh juga lar pakcik sayang sorang nih demam
so nak tak nak,
after berbuka pose, ira pun terus gerak ke rumah dia
mengada-ngada nak suh teman g klinik


masa puan doktor cek temprature,
puan dr. kata dia ok, dah tak demam


so ira pun cakap lar kat puan dr. pasal dia nih demam on off
masa tuh jugak, puan dr suh buat cek darah
takut demam denggi


ira pun ape lagi, terus setuju je
tapi dia...macam tak nak je
takut darah lar tuh,


haih, pakcik nih memang takut darah,
nanti kalau ira bersalin memang sah2 lar dia tak de sama dalam labour room tuh
susah tul


so secara pakse rela,
puan dr. pun amik darah dia
nasib baik tak nangis
hahaha



hah, tengok tuh,
kan dah kerut2 muka

harap badan je besar
konon race sini sana
tapi takut darah
ape daa...




after tunggu dalam 15 minit,
result darah pun keluar,

taraa...ye, memang betul ada tanda2 denggi
tapi tak teruk lagi lar
so puan dr. suh jangan puasa untuk 2 hari
suh makan ubat n banyakkan minum air
nanti lagi 2 hari kene datang semula
cek darah sekali lagi

kalau still tak ok,
nampak gayanya kene lar pakcik nih beraya di hospital

huhuhu...



ok, dah siap2 seme,
balik umah,

sempat lagi tuh dera orang sakit packing segala kepek pisang keju
untuk di hantar kepada customer,
maklum lar, semuanya order kepek pisang untuk raya kan




hah, cube tengok gambar nih, dah macam nak g hantar makanan untuk singgah sahur dah
berpack-pack..banyak tul
ini pun tak cukup lagi
ira kene order lagi kepek pisang keju nih
so sesapa yang nak order tuh bolew lar ye,

next order maybe sampai minggu depan
sebab sekarang nih kepek tuh ada dalam kapal laut
jauh tuh datang dari bandung indonesia
rm10 - 500gram

hisshh, bolew plak nak promote pisang keju..
k lar,
nanti kite update citer pasal perjalanan balik kampung plak eh

k buibye




opppsss...lupe nak update, raya ari tuh pakcik tuh tak kene masuk hospital sebab g cek darah kali ke2 dah ok..
alhamdulillah, lega ;)

Sunday, September 19, 2010

salam syawal

salam syawal untuk semua


hehehe..dah bolew mula berblogging seperti sedia kala...
so sebelum mula dengan entry2 raya yang seminggu dah basi tuh, kite tengok gambar nih dulu..


tema raya tahun nih : merah


kalau ada masa terluang, esok ke luse ke tulat ke..ermmm,bile2 je lar nanti ira citer pasal raya 2010 ye..

k bye

salin kulit

ya beda bedu...

yess, akhir nya dapat gak background lama nih..tadi setelah menggodeh2 lappy kesayangan, dengan hasrat untuk mencari benda lain, tetibe, taraaa...terjumpe benda yang di cari2 selama ini...huhuhu


sukenya saya..memang amat happy ok..


sebelum nih tah macam mana tergatal tangan g delete kod html background yang comel nih, pastuh cari semula dah tak jumpe..seminggu tak de mood, gara-gara tak jumpe kod html nih


ok, pasnih, janji, tak mo gatal2 tangan lagi nak g edit2 background lain..errmmm..tapi, nak kene touch up2 sikit lar, supaya jadi macam dulu balik


Wednesday, September 15, 2010

kenapa saya pilih dia??

ada orang tanya saya :
kenapa saya pilih dia??

saya hanya diam dan tersenyum ;)
kalau orang baru kenal dia..dan baru kenal saya..mungkin orang akan kata kami tak sesuai..
ye sangat-sangat tidak sesuai

kenapa ye??
sebab dia bukan seperti lelaki lain
lelaki lain yang saya pernah jumpe sebelum ini

dia lain dari yang lain
mungkin hanya 1 dalam 1000 kot

memang susah nak ungkap dengan kata-kata
betapa lainnya dia dari orang lain

mungkin antara sebab dia lain ialah,
dia tak sayang saya macam mana lelaki lain pernah sayang saya

bagi saya, dia sayang saya sebab diri saya,
dia bukan lelaki yang suka mebisikkankan kata-kata romantik di telinga saya
dalam banyak2 lelaki yang saya kenal,
dialah satu2 nya lelaki yang memang mencabar kesabaran saya
hanya dia sahaja yang berani berterus terang dengan saya ape yang tak kene ngan saya
hanya dia je yang berani marah-marah saya depan orang ramai
hanya dia je yang berani mengkritik saya

dia jarang memuji
apatah lagi mengucapkan kata cinta
memang amat jarang dan susah sangat nak dengar

dia sangat panas baran
bila dia marah, dia dah tak fikir perasan saya masa tuh
ape dia nak buat, ape dia nak cakap, semua akan keluar dari mulut dia
dan saya, hanya diam, malas nak menjawab lebih-lebih lagi melawan
sebab saya tahu, marah dia hanya pada waktu itu sahaja
biarkan dia, dan keesokkan harinya buat seperti biasa

dia memang susah nak di duga
dia lain dari yang lain
dia tak pernah tunjukkan yang dia sayang saya
tapi saya tahu sangat
dia memang sayangkan saya

walaupun dia tak pernah mengucapkan kata cinta
tapi melalui perbuatannya, saya tahu, dia cintakan saya

walau dia tak pernah membisikkan kata-kata romantik untuk saya
tapi saya tahu, dia memang romantik orangnya

saya suka senyuman dia
saya suka layanan dia
saya suka dirinya

saya suka sifat terus terang yang ada pada dirinya
saya sukakan 'dalaman' dia
saya tak pernah pandang 'luaran' dia

memang saya selalu kecik hati bila dia kritik saya macam2
tapi saya tahu
itu semua untuk kebaikan saya

memang saya selalu menangis dengan layanan dia kepada saya
tapi saya tahu
ape yang dia buat tuh kadang2 ada jugak yang betul nya

sebenarnya kalau di lihat dengan mata kasar,
tiada apa yang menarik tentang dirinya
tentang sifatnya
tentang peribadinya
memang langsung tak menepati calon lelaki idaman

tapi jika di lihat dengan mata halus
terus ke dalam jiwa
pasti banyak yang terlindung di situ

juz for u hubby darling,
AZLAN HJ JOHAN
saya sayang sangat awak
walau macam mana pun awak
saya tetap sayang awak
hanya awak di hati saya

doa saya
semoga kite setia bersama
hingga ke akhir hayat
amin

Tuesday, September 7, 2010

selamat hari raya aidilfitri

assalamualaikum semua

ok, hari nih hari last ira kerja,
esok ira dah start cuti raya..bestnye
cutiiii!!!!!!!!

so mulai esok, no update blog ok,
sebabnya ira nak balik kampung,
bile dah ada kat kampung, bermakna tiada jalur lebar
bila tiada jalur lebar, bermakne
no update blog
so nanti,
jangan rindu-rindu tau (hahaha, macam ada je orang baca blog ira nih)

korang semua nanti balik raya mana?
ira insyallah akan balik ke kampung belimbing dalam, durian tunggal, MELAKA petang nih

then ari rabu pagi kami sekeluarga akan bergerak ke KELANTAN
hah, sesapa yang balik raya kelantan tuh, bolew lar singgah umah nenek ira
di kampung pangkal jenereh, machang, KELANTAN
doakan perjalanan ira n family selamat ye..;)

owh, raya tahun nih raya terakhir sebagai anak dara, orang solo
start tahun depan, dah kene bergilir2 balik ke rumah mak mentua
huhuhu..macam takut lar plak kan
mana lar tau kene dera buat rendadng ke nanti
adei, mati larr...dah lar ira nih tak pandai masak
takutnyeeee

ok, lar
sempena bakal menyambut syawal tak lama lagi
ira nak minta maaf pada semua
kalau ada yang terkasar bahasa ke
terguris rasa ke erkk
terkecik ati ke..
tolong lar maafkan ira ;)

salam ramadhan dan salam syawal dari;
~nurul nadhira zainal~

Monday, September 6, 2010

weekend yang memenatkan

agenda dan tentatif weekend

sabtu
: bangun
: buat choc
: tido jap
: bangun
: g kelas sebab ada test highway
: balik umah after abis kelas..
: buat choc
: buka puasa
: buat choc
: tido jap
: buat choc
: tido


ahad
: bangun
: malas g kelas, so ponteng
: buat choc
: tido
: buat choc
: keluar g giant, beli barang2 nak buat kuih raya
: 5544 tayar kene paku plak, g tampal tayar
: buka pose
: buat choc
: buat kuih raya
: akhirnya dapat tido


kesimpulannya : sangat penat ~~~~




sangat penat ini weekend sebabnya secara gigih menyiapkan tempahan choc dari customer
wawawaa...customer nak 2500pc oreo choc untuk wedding nye nanti..sangat penat ok




pastu plus plak dengan buat kuih raya yang bertimbun tuh,
tapi kuih raya nih, ira dera adik ira yang last tuh buat
ira dah siap bahan2 semua, dia masukkan dalam cup je
nasib baik ada dia..nak harapkan adik ira yang no 2 tuh,
haih...entah bilew lewnak siap kuih




so kesimpulannya : kene bagi extra duit raya untuk adik bongsu

naan corner, ampang

salam to all,

tinggal lagi beberapa hari je lagi kan nak raya
ramadhan akan meninggalkan kite semua
syawal plak menjelang tiba

so sebelum habisnya ramadhan,
ira nak kongsi ngan semua
lagi satu tempat berbuka puasa yang ira rasa sedap

ape yang sedap dan ape yang bagus patut di hebahkan pada semua kan
macam orang kata
sharing is caring

ok, kali nih,
ira g ke nan corner, ampang
berdekatan dengan area ampang point

makanan malay n indian..
hehehe..hari tuh makanan cina, kali nih makanan indian plak
maklumlar, kite kan 1 malaysia ;)

ok, jom kite tengok gambar-gambar yang sempat diambil ;)


berbuka bersama officemate



tak blew tinggal hubby darling..hehehe



owh, tengok ape tuh??



nih tengah melayan kerenah danisy..
danisy sibuk nak mintak mama air 100 plus
mama said no
but ira said yes

so dia laju je g kat peti ais tuh
dan amik air 100 plus
sorry mama ;)


ok, bila perut dah kenyang
marilah kite pulang


sesapa nak suke makanan indian style
ira memang suggest sangat kat sini

ermm..yummy, i like it ;)

Sunday, September 5, 2010

videografer

videografer???

penting ke??

cube click sini..suke sangat tengok video2 kawen nih...nak amik videografer ke tak nak ehh??


Saturday, September 4, 2010

ring - done

cincin telah ditempah..maybe siap 15 nov ini..huhu..hope jangan terlewat lew..;)


juz want to inform all, ingat tak entry nih??masa tuh memang dah nak tempah, tapi kakak tuh sangat baik hati, katanya nanti ada sale masa bulan puasa, jangan bayar lagi, nanti datang semula, cakap no model baru bayar, sebab masa tuh ada sale..


so kami pun terus amik semua no model cincin dan terus balik..dengan harapan nak g tempah time sale..


so today is the day...and guess what..memang berbaloi rasanya beli masa sale..ira dapat less sampai 60%...gilew banyak..kami jangkakan juz 20 - 30 %.. rupe2nye up to 60%...memang rasa amat berbaloi-baloi..sukenye!!!!!!


kesimpulan yang dapat dibuat, bagi sesiapa nak g shopping tuh, pergilah shopping waktu sale..memang berbaloi-baloi..


syukur alhamdulillah..so duit lebey tuh bolew topup untuk benda2 lain plak ;)
terima kasih HABIB ;)




p/s : bagi sesapa yang saiz jari dia kecik, better g cari cincin sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum majlis ye..takut nanti tak sempat siap plak ;)

Friday, September 3, 2010

nur ayuni fathiah


lalalalala..ye, hari nih tetibe terhappy lebey (◕‿◕✿)

wah..tak tau kenapa, raya kali nih ira punye ex-ex boss seme baik2...hahaha..kali nih, my ex boss (en ZD) bagi duit raya lar plak..huhu..ye, extra happy..berganda-ganda..ari tuh ex boss (en BMZ) bagi kad raya, kali nih dapat duit raya lar plak...sukenye saya


TERIMA KASIH en ZD...memang tiap2 tahun dapat duit raya dari dia, walaupun bukan lagi staff dia..tapi tahun nih punye duit raya banyak lar plak berbanding tahun2 sebelum nih..agaknye tahun nih last kot, sebab tahun depan dah kawen kan..huhu..mesti dah tak dapat lagi duit raya...


ini lar yang dikatakan rezeki datang bergolek..

syukur alhamdulillah



p/s : ada sesiapa lagi nak bagi duit raya???








ok, ok..abis cerita pasal duit raya..nih dah lari dari tajuk entry nih..huhuh..


ayuni??sape ayuni tuh??ini lar ayuni...anak sedara hubby darling


owh, sangat rindu ngan ini budak..lama tul tak jumpe dia..so semalam kitaorang pun dengan muke tak malu, call abang jeril cakap nak bukak pose kat umah...huhuhu...eee..tak malu tul, orang tak ajak, tetibe je nak g..


masa sampai je kat umah ayuni, dia dah meluru2 dah kat pintu..tergedik2..menyampah tengok..tapi bila kitaorang masuk je umah, dia dah melekat kat ibu dia..macam ada gam..tak mo berganjak langsung..susah tul nak amik dia..


kire ala2 jinak2 merpati lar..asyik jeling2, senyum je kat ira..tapi bila nak amik dia tak nak..siap nangis tuh..hisshh..geram tul lar budak nih..


pastuh, ibu dia bangun, jelan cepat2 kidnap dia..hahaha..masa nih meraung lar..tapi terus pujuk2 cakap nak bawak jalan, terus senyap..memang mengada-ngada tul..rasa nak cubit2 je..


hah, bile dah bolew nak merapat2kan diri ngan dia, so baru lar aktiviti bergambar berlangsung..



owh, nape muke aunty ira hitam..haih..tak blew jadik nih..nak kene g facial nih..



tengok tuh, gelak aje..pastuh suke nak mengacah-acah kite plak

yuni : chu lan, bangun lar, main ngan ayuni




ok, sekian sahaja untuk hari ini ;)